Friday, December 4, 2009

Pembunuh bersiri berskala kecil

"Tok, camne caranya cucu nak jadi hensem macam Brad Pitt?"

"Ah, senang je tu. Ko ikut petua Tok ni, kompem minggu depan terus hensem macam… eh, sape ko cakap tadi?"

"Macam Brad Pitt, Tok."

"Haa… macam Brekpit ape kejadah tu."

"So, ajar le saya cepat, Tok. Tak sabo dah ni. Minggu depan kalo dah hensem, boleh la pegi Queensbay hari-hari." *sengal*

"Okey, ko dengar elok-elok. Mulai hari ni sampai Isnin depan ko korban 10 orang perawan suci."

"Pakai tikus makmal boleh Tok? Ekeke…"

"Jahanam!"


Hari ni bunuh 10 ekor dah dapat dagu macam Brad Pitt. Esok bedah lagi 10 ekor mungkin dapat rambut blonde pulak. Huhu

Bermulanya proses mice necropsy pada hari ini maka dekatlah sudah projek tahun akhir aku dengan penghujungnya. Necropsy buat 10 ekor sehari sampai hari Isnin depan, lepas tu hantar semua organ kat supervisor untuk proses histology. Lepas tu tamat! Huhu. So, harap-harap lepas ni takde tugasan-tugasan yang berbangkit dah. Cuti semester tinggal lagi 20 hari je lagi. Kurang-kurang dapat cuti seminggu pun jadi lah *please God hear me*.

Semalam tak tido lena sebab takut sangat nak perform necropsy ni. Last bedah tikus pun masa kat matrik dulu. Haha. Nasib baik la tak jadi doktor. Gabra gila. Takut tersilap potong ke...*potong potong potong*. Tapi bila dah perform... whoa, kacang gila! 15 minit dah siap seekor. Ingatkan berjam-jam *mode bongkak seluruh alam*.

Masa bedah tu macam okey je. Kengkonon berangan jadi McDreamy. Tapi aku kesian tengok tikus tu masa nak bunuh dengan chloroform. Sedih woo... terkapai-kapai dalam balang, terasa panas chloroform. Pastu tak cukup oksigen lagi. Macam seksa je mati cara tu. Insap aku nengoknya.

Kepada mencit-mencit belaan aku, korang memang the best sebab tak pernah gigit aku. Kita sangat serasi bersama. Sroot...sroot... *aiseh, tisu dah abes la pulak*.

P/S: May you rest in peace, babes.

2 comments:

cik pelangi said...

pembunuh kejam!!!!waa...kesian cik tikus2 ituh...

chameytto said...

insap wooo... 40 ekor kena bunuh. 20 more to go