Tuesday, December 29, 2009

Perlawanan si bodoh menentang si dungu

Tajuk entry ni ilham daripada game Worms Armageddon yang aku selalu main masa kecik-kecik dulu. *Miss that old days*

Petang tadi Daus ajak aku pergi tengok final match Puncak Piala Emas Raja-raja Kedah lawan Perlis. Mula-mula tu macam confuse jugak. Macam takde calon lain ke nak jemput. Dah lah aku buta sukan. Huhu. Takde lah sangat kot. Time kat sekolah menegah dulu ade je masuk acara balapan tapi sebab dah dicop jadi mamat nerd, maka cikgu-cikgu yang prihatin suruh aku fokus kat study je.*Tamak sangat nak bolot dua-dua bidang.*


Percubaan pertama menangkap gambar memang fail.
*Tetiba boleh amik gambar awek pulak kan*

Daus dan Teha dengan murah hatinya menaja tiket untuk menonton perlawanan tersebut sebagai hadiah hari jadi aku yang dah lepas tu. Bila dah dapat benda free-free camni mestilah tak nak tolak walaupun nak dikatakan yang ulat buku dan sukan adalah tidak pernah sekufu. Lagi pun first time tengok live match ni. Final pulak tu. Maka, petang tu bertolaklah kami ke Stadium Old Trafford Darulaman selepas Asar.


Gambar ni telah membuktikan yang mamat nerd dan sukan boleh hidup bersama.

Sampai je kat area stadium tu, kereta dah penuh kiri kanan. Parking berlapis-lapis pulak tu. Bapak lah ramai tapi baguslah. Aku memang teruja kalo ramai-ramai datang. Meriah sikit stadium tu. Confirm ade drama lepas ni!

Kitorang masuk lambat sebab susah nak cari parking. Tau-tau je Perlis dah score 1 mata. Tapi takpe lah. Awal lagi. Dalam hati aku cuba terapkan prinsip murni yang hero memang akan kalah dulu. Fine, dah nak habis separuh masa pertama Perlis score 1 mata lagi. Ape lah player Kedah ni. Main macam teragak-agak. Dok fikir-fikir lagi nak terima bola tu ke tak nak. Haiyaa... rakyat marhaein macam ni pun ade lagi ke kat muka bumi ni? Sepak je lah, dol! Kalo tak nak, baik ko pegi tolong brader burger kat luar tu meniaga.

Separuh masa pertama tu aku boleh tahan lagi dramanya. Referee yang bertugas malam event tu memang hampass. Dah lah tak jaga game betul-betul. Apetah lagi kad kuning yang seciput tu pon boleh tercicir kat tengah padang. Bola kena tangan tapi masih buat-buat tak nampak. Kalo referee wrestling tu memang aku faham le dia boleh buat-buat tak nampak tapi yang ni...!!! Even penonton suma dah jerit referee bodo pun masih lagi nak tunjuk ego. Sebagai seorang manusia yang pendiam dan pemalu, aku senyap je lah. Takde nak curse-curse ke ape. Kang kalo aku jerit kang sure tenggelam suara aku. Macam takde makna je. Maka sesekali kalo player Kedah miss goal tu aku geleng-geleng kepala je. *Konon tak dapat menerima kenyataan.* 8 kali miss shoot 8 kali gak la aku geleng-gelengkan kepala. Apehal?

Masuk separuh masa kedua dah nampak la sikit usaha player Kedah nak score. Peluang memang dah banyak dah. tapi macam biasa, asyik miss je. Takpe... takpe... yang penting korang berusaha. Kalo player Kedah tu aku boleh tahan lagi. Nampak jugak la semangat dan roh kesukanannya. Ni player Perlis ni apehal?! Sikit-sikit nak tersembam. Terseliuh kaki lah... Telinga kena libas lah... Pastu nak ngadu-ngadu sakit kat referee pulak. Bapak manja gila! Tak pasal-pasal je budak RELA dok ulang alik masuk tengah padang tu angkat korang. Letih tau tak? Korang ingat diorang rela ke nak angkut korang 5-6 kali? Hadoih... korang ingat ni rumah sakit ke nak sakit-sakit bagai?!  Kalo aku jadi referee memang aku biarkan je ko terguling-guling kat padang tu macam tenggiling nak beranak. Nanti ko dah mampus boleh terus korek padang bola tu jadi tanah perkuburan. Menghabiskan masa perlawanan je! Sorang dua takpe lagi. Ni tiap-tiap 10 minit sorang-sorang tersungkur. Kotor gila taktik korang. Ini memang mendatangkan kemarahan setiap penonton! Siap ade bom-bom bagai. Dah lah kitorang duduk kat port penyokong Perlis.*Sesat* Memang jadi main target lah. Pakcik penyokong Perlis ni pun satu. Berani giler lawan cakap penyokong Kedah. Ko tau kan lawan kat negeri Kedah, sah-sah le penyokong Kedah lagi ramai kat stadium ni. Dibuatnya penyokong kedah hangin, dengan aku-aku sekali jadi mangsa pengeboman. Camne?! Dah la Isyak aku tak settle lagi time tu. Mampus aku nak menjawab dengan Tuhan nanti.

Last-last dua-dua team bertumbuk. Haha... First time beb tengok live match terus ade scene gaduh-gaduh ni.*Daus, nanti kalo ade live match ajak aku lagi ye.*

 
Gambar ni mungkin boleh dijadikan bukti betapa sengalnya penonton.

Penonton yang ntahpape pun siap baling botol ngan selipar lagi kat player. Sebab referee pun tak boleh nak control keadaan, sudahnya sorang player Kedah ngan sorang lagi player Perlis dapat kad merah. Fine, nasib baik kad merah tak tercicir.

Tapi kes ni tak abes lagi. Dari dalam padang terus bawak keluar padang. Pengurus dengan jurulatih masing-masing suma tak puas hati. Discuss itu ini dah masuk berapa minit dah. Last-last habis 90 minit camtu je. Sengal! Ko ingat orang bayar tiket tu pakai daun rumput? Aku lain le. Ade orang taja sempena besday aku. Itu pun korang main tak serius lagi. Ni besday aku, sila respect sikit ye!

Sebab bom-bom pun dah takde makna ape dah, ade lah certain penonton tu yang berani mati pegi turun padang. Nasib lah player tak kena lanyak sebab polis kejar diorang balik. Siap bawak anjing lagi tu. Huhu...mencicit diorang lari. Tapi ade jugak sorang penonton yang tak bernasib baik kena tangkap. Tak tau ape jadi kat dia. Depan mata kitorang pun polis-polis tu berani belasah pakai lutut. Kalo kat dalam bilik siasatan nanti apetah lagi. Kat dalam stadium pun dah huru-hara.

 
Ramai gila orang yang datang, tapi performance macam hampass

Konon nak bagi fair, referee suruh diorang sambung game balik dengan baki tempoh yang tertunggak tadi. Ade lah dalam 7-8 minit je kot. Time ni kalo player Perlis nak sakit-sakit lagi memang aku doakan dipanah petir je! Nasib diorang tak buat dah. Ape pun, keputusan tetap tak berubah. Perlis menang 2-0 dengan Kedah.

Kesimpulannya, kalo tahap permainan bola sepak camni baik kasi kitorang 3 orang je main. Player-player tersebut boleh pegi daftar masuk Kelab Kebudayaan. Daus boleh jadi striker... eh, tak payahlah. Lala dengan Aizat dah kasi ko glove kan, ko jadi goal keeper je. Biar aku jadi striker. Defender pun aku jugak. Wing kiri dengan kanan pun aku amik jugak. *Tamak giler.* Teha boleh jadi pom-pom girl kasi semangat kat kitorang.

Huahuahua.   

4 comments:

irfat said...

haha..gempak gile entry ko..padahal mercun je..kah3..

tapi yg player perlis tuh angkat kad kuning kat ref tu mmg klaka habes..padan muke si ref tuh..haha..

pe pun, sory atas kekurangan yg ada smasa kat rumah smalam..hoho..sory3..

chameytto said...

haha. aku rasa time tu mmg ref muka malu giler la. siot punya ref.

xpe2.bes je rumah ko tu. da mcm umah aku sendiri dah. hoho.

liyana bardi said...

wawawa~ ni boleh jadi pengulas sukan nih..ganti hasbullah awang..haha~ ke hyperbolaan yg ditunjukkan semasa mengulas amat padan dgn arena bola sepak kite yg suam2 kuku kaki tu..XD

yg kena tgn tu, sj je referee tu. nak buat ala2 thiery(?) henry. epik.

chameytto said...

ooo...dia pun ade gak ek? igt kan maradona je...huhu