Thursday, December 30, 2010

Tiada watak Doraemon dalam cerita ini

Rupanya selama ini bukan Nobita Nobi dengan Shizuka Minamoto yang dibela tapi Nobita dan Giant aka Takeshi Goda (ah, Suneo Honekawa pun bolehlah!). Abang ipar dah cakap dia nak tukar balik dengan Giant (atau Suneo) kepada Shizuka yang tulen beberapa hari lagi.

Patutlah dah masuk bulan ke-4 pun tak pernah lagi nampak diorang bersenggama.

P/S: Zarep, pinjam anak kau dulu boleh?

Saturday, December 25, 2010

But Syahmi could be missing someone too

 
The stars lean down to kiss you
And I lie awake and miss you
Pour me a heavy dose of atmosphere

'Cause I'll doze off safe and soundly
But I'll miss your arms around me
I'd send a postcard to you dear
'Cause I wish you were here

I'll watch the night turn light-blue
But it's not the same without you
Because it takes two to whisper quietly

The silence isn't so bad
'Til I look at my hands and feel sad
'Cause the spaces between my fingers
Are right where yours fit perfectly

I'll find repose in new ways
Though I haven't slept in two days
'Cause cold nostalgia
Chills me to the bone

But drenched in vanilla twilight
I'll sit on the front porch all night
Waist-deep in thought because
When I think of you 
I don't feel so alone
 I don't feel so alone 
I don't feel so alone

As many times as I blink
I'll think of you tonight
I'll think of you tonight

When violet eyes get brighter
And heavy wings grow lighter
I'll taste the sky and feel alive again

And I'll forget the world that I knew
But I swear I won't forget you
Oh if my voice could reach
Back through the past
I'd whisper in your ear
Oh darling I wish you were here

Monday, November 15, 2010

Curiosity wouldn't kill any cat somehow

Yesterday evening...

  • Met with my ex-schoolmate at Marina Island
  • Haven't met him for quite a long time
  • Had a long chit-chat talking about the other ex-schoolmates
  • Asking who is where, who is doing what, and who else is married

And suddenly...

  • Unintentionally (and with stupidity) told him about my problem
  • To answering his curiosity on why I was wearing 'selipar jamban'

And to my surprise...

He said he is facing with the same problem.

...

Sharing is caring after all.

Saturday, November 13, 2010

Jawatan Kosong: Dr. Love

Salam pagi Sabtu.

Sebenarnya nak tanya sikit, korang lebih suka di'greatest love'kan ke atau di'true love'kan ye?

Faham ke beza 'greatest love' dengan 'true love'? Kalau tak faham jugak cuba rujuk graf kat bawah ni:

Buat graf memang sangat melecehkan

'Greatest love' ni biasanya tahap klimaks nya lebih tinggi berbanding 'true love' sebab kalau tak mestilah tak dinamakan 'greatest' kan? Cuma 'greatest love' ni kadangkala tak ada penghujungnya. Oh ye, klimaks yang disebutkan di sini bukannya macam klimaks masa melakukan seks tu tapi 'spark in love'.

Faham dah bezanya?

Kalau tak faham jugak, cuba ingat balik pasal kisah Imaan dalam cerita Sepi. Imaan (Baizura Kahar) dalam dilema bila dia tak dapat lupakan Khalil (Pierre Andre) yang dah lama mati sebab sembelit *tipu je*. Walaupun Khalil dah lama pergi tinggalkan dia tapi Imaan ni masih lagi tak dapat nak lupakan Khalil sebab cinta dia terlampau mendalam. Lepas tu datang pulak Ian (Sein Ruffedge) yang bisa menggugat jiwa raga Imaan *ceh, bahasa!*. Walaupun Imaan mula-mula menolak cinta Ian sebab masih teringatkan cintanya pada Khalil tapi lama-lama dia terima juga Ian dan akhirnya jatuh cinta sekali lagi. Sekarang, Imaan hidup bahagia bersama Ian sampai akhir hayat tapi Khalil masih tetap ada dalam hati dia sampai bila-bila *sukahati reka sendiri*.

Okey, sekarang dah dapat gambaran pasal perbezaan antara 'greatest love' dan 'true love' kan?

Khalil - greatest love
Ian - true love

Kadang-kadang 'greatest love' boleh jadi 'true love' tapi kadang-kadang jugak dah tersurat manusia ditakdirkan Tuhan diberi rasa dua cinta. Tak ada siapa pun yang mampu mengelak.

Okey, kembali balik pada persoalan tadi, korang lebih suka menjadi 'greatest love' bagi seseorang atau nak jadi 'true love' based on "Cinta tak semestinya memiliki atau dimiliki."

Yang mana lebih istimewa?

Thursday, November 4, 2010

Makan dengan banyak di hujung minggu tanpa rasa malu malu malu malu

Siapa yang terasa dengan tajuk entry ini cepat elaborate tentang kejadian tersebut kerana dah banyak kejadian salah tafsir yang berlaku di Twitter. Tapi semua pun salah jawab sebab sekor-sekor perangai macam pembaris. Lurus bendul. Cis.

Baiklah. Berbalik kepada tajuk entry cukup sampai enam patah perkataan yang terawal sahaja yakni "Makan dengan banyak di hujung minggu," aktiviti makan-makan memang seronok lebih-lebih lagi kalau ianya percuma (tapi bukan NG yang belanja).

1# Makan sikit je tapi banyak kali pada hari Sabtu
Sabtu lepas adalah hari kenduri kahwin kawan semasa di bangku sekolah menengah dahulu. Tapi dia buat kenduri sebelah pengantin perempuan je, dekat Balik Pulau. Jadi terpaksa pergi jugak walaupun jauh sebab tak nak dia kahwin sorang-sorang tanpa berteman. Sedih kot kalo kahwin tapi member tak pergi. Mesti lepas tu rasa macam nak kahwin lagi satu pulak kan. Haha.

Bertolak dari rumah pukul 8.00 pagi tapi sebab singgah kat Manjung nak ambil hadiah dari kawan yang tak dapat pergi, nak tunggu bini, bini, dan bini bersolek lagi, maka sampai sana pukul 12.00 tengahari. Pandai kan? Sedap-sedap je timing untuk makan lunch. Lagi pun tak sesat langsung sepanjang perjalanan. Peta kad kahwin memang sangat membantu.

    Watak supir selalunya takde masa depan yang cerah dalam sesi menangkap gambar

Sampai-sampai je hari dah hujan tapi pengantin lelaki tak sampai lagi. Silap kitorang jugak, lupa nak contact beliau. Patutnya ikut rombongan diorang sekali tapi mana nak tau. Ingatkan dah tengahari diorang dah sampai dah. Sebab perut dah lapar sangat, semua member serbu khemah makanan dulu. Lauk kenduri memang sedap tapi makan sikit je sebab pagi tu pergi dengan perut yang agak kosong. Kalau makan banyak terus rasa macam nak muntah. Rasa macam nak tapau nasi minyak tapi risau je kena lempang dengan makcik yang jaga makanan tu. Lepas habis makan hujan makin lama makin lebat. Kitorang lepak dalam rumah pengantin perempuan. Pengantin perempuan memang cool habis. Walaupun baru kenal time tu tapi bila cakap macam kawan lama je. Kitorang berbangga ade bini kawan yang macam tu.

Sweet doves

Pukul 2.30 petang baru pengantin lelaki sampai. Gambar bersama pengantin tak sempat nak tangkap. Tapi dapat tangkap gambar pengantin pun dah kira okey kot. Janji ade bahan bukti. Nak tunggu pengantin habis makan pun memang tak sempat jugak sebab nak bawak bini, bini, dan bini pergi Queensbay pulak. Nak beli asam la. Jumpa kawan la. Sembahyang pun belum lagi.

Dekat Queensbay pun sambung makan lagi sebab perut dah lapar balik. First time pesan sizzling mee sebab bini nak belanja *jaki gila*. Sebelum ni bedal orang lain je. Macam biasa. Makan sikit je, separuh lagi berjaya ditapau dengan menggunakan bekas Tako Tao. Nak dekat pukul 6.00 petang baru bertolak pulang. Pukul 9.00 malam baru sampai rumah. First time jugak bawak kereta lebih dari 3 jam. Nasib baik tak mengantuk sebab ade ceramah free secara bergilir-gilir oleh bini yang berkhidmat kat agensi dadah dan bini yang bakal menjadi cikgu Sejarah kat sekolah menengah dan bini yang menjadi bekas cikgu Sains kat sekolah rendah. Dalam kereta jugak asyik makan jajan yang entah ape-ape.

Sampai je kat rumah rasa lapar lagi. Tengok kat dapur meja, lauk suma dah habis tapi sebab ade lebih sizzling mee yang separuh tu maka habiskan yang tu je. Bagus. Nasib baik takde berlaku pembaziran. 

2# Makan banyak tapi sekali je pada hari Ahad
Majlis makan-makan ni dikelolakan oleh kawan ayah/abang/abang ipar sebab nak rasmikan rumah baru dia. Makanan punya la banyak. Ade nasi lemak, nasi minyak, ayam masak merah, daging kambing, bihun, satay ayam, cendol, aiskrim, bihun goreng, kuih macam-macam jenis, kira dah tahap pesta makanan dah ni.

Sebenarnya bukan nak cerita pasal makan tapi nak bagitau yang aku sangat respect dengan kawan ayah/abang/abang ipar ni. Dia ni pengusaha stesen minyak. Ade jugak buka kedai runcit. Kalau tengok kedai runcit tepi sawah milik dia tu memang nampak daif gila la. Memang kampung sungguh. Tapi... bila tengok rumah agam dia sebiji macam muzium kesenian kat Turki dengan candeliar besar gedabak, ade kolam renang, sistem CCTV, kereta pulak Nissan Fairlady Z memang hartawan sungguh la. Bila compare rumah baru dengan rumah lama dia, macam enggang dengan pipit.

Abang cakap dia jenis yang berjimat cermat. Keuntungan bisnes stesen minyak dengan kedai runcit tu dia simpan dalam bank sampai la lebih kurang 20 tahun sampai mampu kumpul berjuta-juta ringgit. Sekarang dah nampak kan kebaikan berjimat cermat masa muda? Masa tua boleh goyang kaki. Tapi yang lagi best bila tengok zuriat kawan ayah/abang/abang ipar tu berjaya. Anak-anak dia yang besar semua produk sekolah tahfiz. Bagus betul. Pandai seimbangkan dunia dan akhirat. Kagum...kagum.

Rasa macam nak jadi kaya. Tapi kalau ditakdirkan jadi miskin pun okey je... sebab Allah suka orang kaya yang dermawan, tapi Allah lagi suka kat orang miskin yang dermawan. Yang penting kena kongsi rezeki yang kita ada sebab hidup kat dunia ni sekejap saja. Tak ada makna kalau kita sorang-sorang je yang seronok tapi orang lain hidup sengsara kan?

Hidup itu indah bila kita berkongsi.  :-)    

Friday, October 29, 2010

Walaupun tak boleh nak tido, tapi tetap tak tau nak tulis tajuk entry

Roses are red,
Violets are blue,
I'm insomniac,
Ha ha ha ha.


Saturday, October 23, 2010

Wishing upon the black star


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
 
Kusebut namamu
Di setiap doaku
Bangkitkan setiap 
Kenangan tentangmu
Yangku dapat 
Hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Dalam harapan ...


I could perceive the aged wall of love crumbling and it hurts me to the bone. Hopelessly.

Saturday, October 16, 2010

Entry ni panjangnya mungkin sampai 4km kot *hebat bukan?*

Entry kali ini adalah entry khas bagi menjelaskan kekeliruan Yati Basha dan Siti Nazila Lala (menyibuk2) hikhik yang tak faham apekah yang berlaku sebenarnya.

"hahaha :) camni cerita dye..."

9hb 10 adalah hari jadi adik Simanislollipoppelangi. Mengikut pelan A, sepatutnya pagi-pagi lagi Simanislollipoppelangi dah menapak ke go-kart Ayer Keroh tapi kerna tengahari buta baru terhegeh-hegeh nak bangun maka pelan A itu terpaksa dibatalkan. Dengan muka tak basuhnya, beliau terus memaki diri sendiri secara keterlaluan dan entah macam mana, tiba-tiba saja beliau telah transform jadi Mak Lampir. Mungkin kerana efek marah yang berlebihan telah membuatkan beliau menjadi sedemikian rupa.

Beginilah rupa mak lampir itu. Sangat mengerikan bukan?

Mak Lampir ini telah mengganas di seantero dunia dan ini termasuklah di sekitar Kampung Asam Wajib Ada. Semalam, anggunita Mash dipaksanya makan ikan darat. Tercirit-cirit Mash dibuatnya sampai beliau terpaksa ditahan kat wad ICU.

“Puan Odah, camne ni?” tanya Milah Hassan. “Kampung Asam Wajib Ada dalam bahaya sekarang. Dah banyak anggunita yang tercirit gara-gara perbuatan Mak Lampir itu!”

“Bertenang, Milah Hassan.” Kata Penghuluwati Odah dengan anggun. “Kita mintak pertolongan daripada Adiwirawati Raifana je.”

“Tapi beliau off day hari ni, Puan. Pergi outing dengan tunang dia kat KL.” Jawab Milah Hassan.

“Macam mana pula dengan Adiwirawati Salwa?”

“Beliau pun tak free, Puan. Tengah kerja.”

“Aik? Weekend pun kerja jugak ke? Pekedehal?” Berkerut dahi Odah.

“Err…dia kerja ikut waktu USA, Puan. Memang begitu. Timing USA memang tak sama dengan kita.” Milah Hassan jawab dengan gabra. Nasib baik lepas.

“Kalau macam tu tinggal Adiwirawati Sharmini je lah.”

“Pun tak ade, Puan. Beliau tengah cuti seminggu sebab nak shopping tops untuk Diwali karang.” Jawab Milah Hassan dengan yakin. “Nampaknya kita terpaksa mintak pertolongan dari Kampung Gajah Bau Masam sajalah, Puan. Tu je harapan kita.”

“Cis, tak boleh!” Kata Odah dengan narsistik.

Milah Hassan cuba memujuk lagi. “Tapi kalau kita lambat puan, lagi ramai anggunita yang akan cirit birit. Ini boleh menjejaskan keanggunan kita. Kalau asyik berak je, macam mana kita nak dapat beauty sleep?”

“Betul jugak ape yang ko cakap tu.” Akhirnya si Odah bersetuju juga.

“Well, you know me.” Jawab Milah Hassan dengan bangga. “Biar saya call Penghulu Zarep.”

“Hello, Zarep’s speaking here. Siapa di sana?” Kata Zarep di hujung talian.

“Aku lah, Milah Hassan.”

“Oh, makhluk kaki berbulu yang offer aku kerja kat SimplySiti tu kan?” Teka Zarep tanpa was-was. “Aku tak nak kerja dengan ko la. Full stop. Noktah.”

“Bukan lah, jahanam. Aku ni anggunita Kampung Asam Wajib Ada.” Marah Milah Hassan. “Kitorang nak mintak tolong korang, boleh tak?”

“Boleh, tapi ade syaratnya.” Kata Zarep dengan maksud ada udang di sebalik batu.

“Ape?”

“Ko cakap dulu yang kitorang ni handsome dan beriman.”

Ceh, takde pedoman betul lah diorang ni, desis hati Milah Hassan tapi nak tak nak terpaksa jugak dia cakap. Ade lah sebaldi jugak dia muntah lepas tu. Odah yang menunggu kat belakang dah risau-risau apesal pulak si Milah Hassan ni tetiba je termuntah. Risau takut kesan pembawakan budak je.

“Makan asam ni, Milah Hassan. Insyaallah ko takkan muntah dah.” Pelawa Odah.

“Ko nak kitorang tolong ape ni, Milah Hassan?” Kata Zarep di hujung talian.

“Gini, ko panggil mana-mana adiwira yang ko ade tolong kitorang membasmi Mak Lampir kat sini. Ramai dah anggunita yang tercirit. Stress pulak aku dibuatnya.” Milah Hassan sambung muntah.

“Oh, small matter je tu.”

Maka Zarep pun memanggil semua maskulinawan yang ade di Kampung Gajah Bau Masam untuk datang ke mesyuarat tergempar AKA bachelor party end of the year 2010 yang telah ditaja oleh Ashraff. Tak ketinggalan, Adiwira Van Persie juga turut dijemput supaya Zarep dapat menyampaikan amanat kepadanya untuk menangani masalah di Kampung Asam Wajib Ada.

“Ko pergi ke Kampung Asam Wajib Ada sekarang jugak untuk tolong diorang.” Perintah Zarep kepada Van Persie. “Nah, ko naik kereta Subaru ni. Mat Ezad akan jadi pembantu peribadi merangkap supir ko.”

“Mana kuncinya, Tuan?”

“Syafiq, my darling. Tolong bagi kunci kat Mat Ezad please.”

Ceh, ada skandel rupanya penghulu aku ni dengan si Syafiq, desis hati Van Persie. 

"Nanti ko balik tolong belikan aku nasi goreng ayam kat kedai Kak Nor ye. Nak yang bungkus punya tau. Sebab selalu kalau bungkus, Kak Aishah letak nasi banyak." Pesan Syafiq sebaik saja dia menyerahkan kunci Subaru kepada Mat Ezad. 

 Sebelum bertolak ke Kampung Asam Wajib Ada, Van Persie singgah dulu ke rumah untuk bertemu dengan kakaknya, Ruzanna Shazwani untuk meminta restu. 

"Nanti ko pergi sana, jangan lupa diri. Jangan tinggal sembahyang." Pesan Ruzanna Shazwani sambil mengesat air mata yang tak henti-henti keluar.

Van Persie mengangguk tanda faham. Maka dengan ASAP, Van Persie pun bertolak bersama Mat Ezad ke sana dengan segera tapi entah macam mana boleh tersesat pulak. Tapi dalam perjalanan tu diorang telah bertemu dengan seorang pemuda yang kelihatan sangat tampan dan wajahnya disinari dengan penuh cahaya keimanan.

“Ko Chameytto kan?” Tegur Van Persie.

“Taklah.” Jawab pemuda itu.

“Dah tu, Encik Razak ke?” Teka Mat Ezad pulak. *adakah ini pertandingan teka nama?*

“Bukan jugak. Nama aku Ahmad Durrah.” *ye, aku tukar nama lagi kawan-kawan*

“Kitorang nak pergi Kampung Asam Wajib Ada sebab nak lawan Mak Lampir tapi sesat pulak. Ko tau tak jalan nak pergi sana?”

“Tau. Nah, ko ambik telefon Dosh ni. Dalam ni ade disertakan perkhidmatan GPS. Aku dah setting GPS ni siap-siap dah ke Kampung Asam Wajib Ada.” Beritahu Ahmad Durrah.

“Ko tak nak ikut kitorang sekali ke pergi lawan Mak Lampir?”

“Takpelah. Aku demam.” Ahmad Durrah menolak permintaan mereka dengan penuh tata susila. *Ape ko ingat ini fun fair nak ajak pergi ramai-ramai?*

Selepas berbalas pamit, maka Van Persie dan Mat Ezad pun meneruskan perjalanan. Sekali lagi mereka berhenti apabila ternampak seorang wanita telah berdiri di tengah-tengah jalan macam nak suruh kereta tu stop sekejap. Dengan kelajuan 206 km/j Mat Ezad cuba menghentikan Subarunya serta-merta.

"Ko sape?" tanya Mat Ezad dengan geram.

"Akulah bomoh yang terkenal, Yanut the Famous Amos." Jawab wanita itu dengan rasa rendah diri. "Nah, ko amik kitab 'One Piece' edisi 598 ni. Rujuk mukasurat 9. Kat situ ade tunjuk camne nak bunuh Mak Lampir tu."

Lantas Van Persie pun mengambil kitab itu.

"Think out of the box... Think out of the box." Pesan bomoh tua Yanut berkali-kali sebelum beliau menghilangkan diri secara tiba-tiba di dalam kepulan asap yang tebal. *langsung tak eco-friendly*
 
Tanpa membuang masa, Van Persie pun merujuk mukasurat 9. "Ceh, ni apehal ade tunjuk jari pulak ni?"

"Relaks. Kan bomoh tu cakap kena think out of the box. Aku rasa mungkin jari tu ibarat macam paku kot. Maybe kita kena drill paku kat tengkuk Mak Lampir tu kot lepas tu boleh lah dia transform jadi Simanislollipoppelangi balik." *ceh, think out of the box sangat. padehal tengok tv pun dah tau boleh apply cara ni* 

Mereka pun meneruskan perjalan sekali lagi dan selepas 46 tahun mengembara, barulah mereka nampak signboard Kampung Asam Wajib Ada. Hati mereka girang sekali. Tak lama lagi bakal bertemu juga dengan Mak Lampir.

"Eh, tu! Aku nampak Mak lampir tu bergayut kat pokok kacang bendi tu!" Jerit Van Persie secara tiba-tiba.

Mat Ezad pun terus memberhentikan kereta di bahu jalan.
"Cepat, Mat Ezad. Mak Lampir tu dah culik budak sekali tu." Van Persie jadi gabra.

"Aisehmen! Kita mana ade bawak paku lah." Mat Ezad dah hilang kawalan lantas terus mencungkil skru yang terdapat pada dashboard Subarunya. "Nah, ko amik la skru ni. Buat syarat... alaa... belasah je la."

Terus Van Persie meluru ke arah Mak Lampir yang sedang mengendong budak kecil itu dan seterusnya mencucuk skru tepat ke tengkuk Mak Lampir.

Terus Mak lampir itu mengaduh kesakitan. "Aduhhhh, sakitnya! Ko buat ape ni, shaitan?!"

"Kitorang nak jadikan kau Simanislollipoppelangi balik la." Jawab Van Persie secara segan. "Kau buat ape culik anak orang? Kerajaan kan dah haramkan kita buat pemerdagangan orang."

"Aku Fazlina Fauzi lah. Yang aku kendong ni anak sedara aku. Mak bapak dia pergi kerja. Sebab tu lah aku kena jaga dia. Budak ni asyik menangis je, tu yang aku bawak dia panjat pokok bendi tu demi untuk menikmati keindahan alam semesta ni. Cuba ko sedut udara kat sekeliling pokok bendi ni. Segar bukan?"

"Oh, maafkan kami, Fazlina." Mat Ezad senyum nipis dengan harapan semoga Fazlina Fauzi dapat memaafkan mereka berdua.

"Takpe...takpe... ramai je yang selalu confuse dengan muka kitorang. Sebab tu lah kitorang ni dianggap sebagai kembar yang eksklusif. Mungkin kitorang kembar sebab kitorang berdua sangat kawaii kot...hahaha." Terang Fazlina Fauzi tanpa rasa segan silu. *muka arnab adalah kawaii tapi adakah muka Mak Lampir boleh dikira sebagai sangat kawaii?*

Tiba-tiba Mak Lampir yang sebenar muncul dan terus landing di atas pokok bendi yang sama sebelum say hi kepada Fazlina Fauzi."Ye. Aku setuju dengan ape yang ko cakap tu, kembar. Kalo ade butang 'like' memang aku akan meng'like'kan kata-katamu itu. Hobi sampingan aku ialah meng'like'kan comment orang di Facebook." Mak Lampir itu tersengih seketika mengenangkan hobinya yang unik itu.

"Mak Lampir!" Jerit Mat Ezad tatkala Mak Lampir itu sudah beberapa minit lama berada di situ.

Tanpa membuang masa, sekali lagi Van Persie terus cuba untuk mencucuk skru ke tengkuk Mak Lampir. *kali ni Mak Lampir yang sebenar, bukan Fazlina Fauzi*
Maka Mak Lampir itu pun berubah wajah menjadi Simanislollipopelangi semula. 

"Alhamdulillah, saya dah jadi cantik kembali." Kata Simanislollipoppelangi dengan penuh rasa yakin. "Terima kasih, Van Persie."

"Sama-sama."

Akhirnya dunia kembali aman dari serangan Mak Lampir dan kini tiada lagi yang tercirit birit. Dimaklumkan bahawa Mash pun sudah  keluar dari wad ICU dan akan pulih sepenuhnya sekiranya beliau berjaya melepasi ujian memakan ikan darat yang bakal dikelolakan oleh bomoh Yanut tak lama lagi.
Sekian.

P/S: Kepada mereka yang terlibat dalam cerita ni aku mintak maap sangat-sangat ye. Huhu. *padahal sendiri yang cari bala dulu* Entry ni sekadar parody sahaja, just for the sake of joking and nothing. Sila rasa gembira sekarang.

May the best moments keep locked in our mind, heart, and soul.

Eh, lepas baca balik entry ni baru perasan rasa macam tak menjawab pulak soalan Yati dengan Lala. Bagi keliru lagi ade la kot. *memang hobi aku suka mengelirukan orang* Begini ye, sebelum ni Xira pakai gambar Mak Lampir di atas sebagai gambar profil untuk belog dia. Lepas tu ubah tukar gambar baru *gambarmukadia*. Tapi dia letak gambar Mak lampir tu kat Facebook dia pulak. Lepas tu  

Alaa... aku tak reti nak terang la. *give up* Korang faham-faham sendiri je la eh. Wassalam.

Wednesday, October 13, 2010

Not in love with you quite yet


It's late and I'm feeling so tired
Having trouble sleeping
This constant compromise
Between thinking and breathing

Could it be I'm suffering
Because I'll never give in?
Won't say that I'm falling in love
(Please, please)
Tell me I don't see myself
Couldn't I blame something else?
(No, don't say, yeah)
Don't say I'm falling in love

Some kind of therapy
Is all I need
Please believe me
Some instant remedy
That can cure me completely

Could it be I'm suffering
Because I'll never give in?
Won't say that I'm falling in love
(Please, please)
Tell me I don't see myself
Couldn't I blame something else?
(No, don't say, yeah)
Don't say I'm falling in love 

Cause I've been there before
And it's not enough
So nobody say it
Don't even say it
I got my eyes shut
Oh, no
Oh, no, I'm not in love.

Could it be I'm suffering
Because I'll never give in?
Won't say that I'm falling in love
(Please, please)
Tell me I don't see myself
Couldn't I blame something else?
(No, don't say, yeah)
Don't say I'm falling in love

Monday, October 11, 2010

Jadi siapakah yang telah menangis di hari persandingan Datuk Sheikh Muszaphar?

Ini mungkin bakal menjadi entry yang paling merepek disebabkan timing menulis entry ini adalah selepas berlakunya pembacaan Dik Cerdas, Bintang Paling Kelakar. Oh ye, tajuk entry jugak memang sah-sah tak tally dengan penceritaan entry ini.

#Mahu tukar nama
Buat kali ke berapa entah, aku rasa macam nak tukar nama sebab dah bosan dengan nama sendiri. Bukan setakat nama Syahmi je, nama Chameytto pun nak tukar jugak sebab umur dah semakin meningkat tua tapi nama adalah Chameytto. What the heck? Mungkin lepas ini akan tukar nama kepada Encik Razak tapi tunggu dulu lah. Hitam putih masih belum disiapkan lagi.

Dulu masa kat matrikulasi budak praktikum memanggil Siput. Tapi bila tiba-tiba kawan cakap, "Syahmi... Syahmi, mari kita makan" atau "Syahmi, apakah permainan yang kamu suka lakukan ketika boring?" terus aku rasa tak nak mengaku yang nama aku Syahmi.

Nama Syahmi agak berskema tapi takpe la. Penat je akak aku bagi. Kasihan. Nama tu ilham akak aku ambil dari pembacaan surat khabar, bagi masa aku lahir. Entah nama artis atau nama penjenayah yang dikehendaki atau nama mangsa kemalangan. Yang penting nama aku pernah masuk surat khabar. Lepas ni aku nak salahkan budak sekolah aku pulak yang mula-mula naikkan nama Chameytto tu.*langsung tak kronologi dengan cerita Syahmi dan surat khabar tadi* Tu nasib baik nama Chameytto tu kira pendek lagi. Tapi ada seorang si bedebah yang telah memanggil Chameyttomitomito dengan girang di hadapan guru kelas. Cis!

Oh ye, berkenaan dengan Mak Cik Aji yang digelarkan oleh si Zarep, adekah kerana ketika pertama kali berjumpa dengan Mak Cik Aji lalu terdengar perbualan dia nak pergi haji, maka dia digelar sebagai Mak Cik Aji? Jadi adakah kalau Zarep terdengar perbualan aku nak pergi ke Disneyland, maka aku digelar Abang Disneyland? Eh, nanti dulu, bagaimana pula dengan nama Encik Razak tadi?


#Belaan di rumah
Ini bukan cerita pasal jin yang bertandang di tingkat atas rumah tapi ialah pasal belaan binatang comel bila tiada apa yang hendak dibuat di rumah selepas semua makanan di dapur habis dimakan. Ada tiga belaan semuanya di rumah ini. Mula-mula perlu cerita pasal dua ekor arnab yang comel dulu sebab arnab-arnab ni pernah hampir-hampir sahaja hilang dari pandangan apabila ade seorang yang pura-pura comel telah terlupa untuk menutup pintu sangkar arnab ini. Jadi ape-apehal kena cerita yang ini dulu supaya bila hilang lagi nanti aku dah tak risau dah. Asal rindu je karang boleh baca entry ni balik sebagai pengubat rindu di hati.

 Arnab miang. Siang-siang begini pun mahu kiss-kiss lagi

Arnab-arnab ni bernama Nobita dan Shizuka tapi sebenarnya tak tahu pun mana satu Nobita atau Shizuka sebab testis dengan payudara diorang tak keluar lagi *sudah diedit supaya lebih bersopan*. Abang ipar aku (yang menghasut aku untuk membela arnab ni) cakap tunggu umur diorang dua bulan baru keluar testis tu. Jangan dah umur dua bulan karang, dua-dua sekali keluar testis sudah. Mau pengsan aku membela makhluk-makhluk yang gay ni. Astaga. Oh ye, arnab ni jenis telinga patah. Kadang-kadang nampak macam anak anjing, kadang-kadang pulak boleh nampak macam sheep. Tapi takpe, aku suka je sebab aku kan mudah bosan. Kalau aku bosan bela arnab karang, aku pura-pura la membela sheep. Senang bukan hidup ini?   
Belaan kedua ialah ikan-ikan neon tetra. Masa kali pertama membela ada 10 ekor tapi sekarang dah tinggal empat je. Tiada gambar untuk belaan ini sebab aku sangat segan dengan pencapaian diri sendiri. Nanti bila dah beli balik enam ekor ikan tu mungkin baru aku letakkan gambar di sini. Ai...


Inilah belaan yang ketiga dan terakhir di rumah ini, baby Abbasy yang baru sahaja berumur satu tahun. Cubaan beliau yang terbaru ialah mahu terus berjalan dan skip fasa merangkak. Mungkin kerana tak mahu kelihatan seperti ju-on. Bagaimanapun cubaan beliau gagal. Oh ye, beliau lah yang berpura-pura comel lupa untuk menutup pintu sangkar Nobita dan Shizuka itu sehingga menyebabkan mereka lari dari rumah dan terlupa jalan untuk pulang kembali. Nasib baik pak cik beliau yang tersohor ini cepat bertindak. Maka, masalah penghilangan arnab dapat dibanteras dengan mudah! Syabas, Encik Razak!

#Tak mahu berperangai emo lagi
Ini lagi lah cerita yang paling kuno sekali. Waktu budak-budak Biotech di Mukahead lebih kurang tiga bulan yang lepas. Kat sana kan aku macam mental sikit duduk sorang-sorang lone ranger lepas tu suka marah-marah kengkawan. Ampun ye *bongok, baru nak mintak maap sekarang*. Ni semua salah beruk-beruk yang bersendawa serta-merta kat depan aku ketika sedang melalui tepi pantai. Dah la bau kuih semperit basi. Bongok! Sungguh keji dan tak dapat dimaafkan langsung perbuatan mereka ini!

Sekian.

Saturday, October 2, 2010

A rhapsody for melancholy


Saw the world turning in my sheets
and once again I cannot sleep.
Walk out the door and up the street;
look at the stars beneath my feet.
Remember rights that I did wrong,
so here I go.

Hello, hello...

There is no place I cannot go.
My mind is muddy but my heart is heavy.
Does it show?
I lose the track that loses me,
so here I go.

And so I sent some men to fight,
and one came back at dead of night.
Said he'd seen my enemy.
Said he looked just like me,
So I set out to cut myself
and here I go.

I'm not calling for a second chance,
I'm screaming at the top of my voice.
Give me reason but don't give me choice.
'Cause I'll just make the same mistake again.

And maybe someday we will meet,
and maybe talk and not just speak.
Don't buy the promises
'Cause there are no promises I keep.
And my reflection troubles me,
so here I go.

Sunday, September 26, 2010

Kepada-Mu aku berserah


Tapi langit tak selalunya cerah kan... *kedebushh!!!*


Kesian sangat. Haha...

Thursday, August 19, 2010

Budak kecik yang sekolah tadika pun puasa la

Ape nak jadi la dengan diorang ni. Kot ye pun tak nak puasa, tak perlu la nak bangga diri. Masalah buang anak satu hal, masalah tak reti nak bagi didikan agama kat anak pun satu hal. Yang anak dah besar panjang pun patutnya berakal la sikit. Jangan tunjuk diri tu macam American sangat. What a shamed la!

Wednesday, August 18, 2010

Penipuan gas di bulan Ramadhan al Mubarak

First of all aku nak bagitau entry ini bukannya menyentuh pasal permasalahan gagal mengawal kentut ketika bersembahyang terawikh.

Begini ye rakan-rakan sekalian, semenjak 3 hari lepas, tiap kali lepas waktu berbuka je mesti aku rasa pening-pening lalat campur loya tekak dengan suhu badan yang menaik macam rasa nak demam. Hari first tu memang tak pergi ke masjid sebab masa berbuka makan banyak. So, agak takut bila tiba-tiba loya tekak tu datang, aku termuntah kat karpet masjid. Karpet okey! Kalau sejadah senang la nak basuh. Maka, kejadian sebegini telah membuatkan aku tak happy-go-lucky seperti yang selalu sebab aku rasa macam phobia sikit. Nak terawikh pun rasa tak best sebab asyik terasa loya je. Yang peliknya benda ni berlaku waktu malam je yakni selepas berbuka puasa dengan memakan nasi sepinggan setengah.

Based on simptom-simptom yang ade, kemungkinan besar aku terkena gastrik. Ceh, gastrik ni! *sambil menekan channel 615* Masa mula-mula kena gastrik dulu memang terasa jahanam gila. Tu la kan.  Masa kecik memilih sangat nak makan apa. Selagi ayam masak merah atau keli masak merah takde dalam menu harian memang tak makan la satu hari tu. Eh, ade makan jugak, tapi makan penampar mak aku la sebab guling-guling menangis sakit pedih perut. Haa... dengan keadaan pedih perut tu la maka bermulanya penyakit gastrik ni. Penyakit ni berlaku dalam keadaan perut yang kosong di mana asid dalam perut akan terus merembes lalu menyebabkan luka pada perut. Sebab tu kita akan berasa pedih kat bahagian perut bila tak makan ape-ape. Jadi mulai sekarang latihlah diri anda supaya jangan membiarkan perut kosong terlalu lama. Oh ye, orang gemuk pun tak terkecuali daripada terkena penyakit ni.

Okey, selain itu, ini ade tips-tips pemakanan yang sihat yang aku nak kongsikan sempena bulan puasa ni.

1. Jangan minum air teh atau kopi ketika bersahur. Makan mi segera dan telur masin pun tak boleh. Air teh dan kopi mengandungi kafein yang merangsang pembuangan air kencing supaya lebih kerap manakala mi segera dan telur masin yang mengandungi kandungan garam yang tinggi akan mengakibatkan penyerapan air yang lebih. Kedua-dua keadaan ini akan mengakibatkan kandungan air dalam badan berkurangan lalu membuatkan tubuh badan kita kurang bermaya.

2. Takde selera nak makan waktu bersahur? Makan telur mata kerbau atau telur dadar. Sebenarnya telur dapat menaikkan selera makan kita. Masih mengantuk? Makan la epal. Sebenarnya epal dapat menyegarkan kita dari tidur lebih cepat berbanding kopi. Mengantuk lagi? Meh sini makan penampar mak aku pulak! Baru kau tau tinggi langit dengan bumi.

3. Okay, kalau nak bebuka puasa pulak, elok la dimulai dengan memakan manisan untuk memberikan tenaga dalam kadar yang pantas. Buah kurma adalah sunat dimakan, seperti yang diamalkan oleh Nabi SAW. Kalau takde kurma, air tebu atau Milo yang manis pun boleh jugak. Buah-buah jugak adalah digalakkan dimakan sebagai pembuka selera berbanding sebagai pencuci mulut. Nasi mengambil masa yang lama untuk dihadam. Buah pulak cepat dihadam. So, kalau makan buah lepas makan nasi, maka buah akan terhadam dulu dan sisa penghadaman tersebut akan tinggal lama dalam perut sebelum menunggu giliran untuk keluar dari usus (tunggu giliran nasi hadam dulu, pastu sisa nasi keluar dari usus, sisa buah tadi baru boleh keluar pulak, faham kan?). Benda ni la yang akan menjadi toksin dalam badan. Kesimpulannya, makan benda-benda yang mudah dihadam dulu sebelum makan benda yang susah nak dihadam. Senang cerita, kalau kau jumpa sup rumput dengan batu, kau makan sup rumput tu dulu okey, pastu baru makan batu. *kejam gila contoh*

4. Aku tau korang letih berpuasa dan masa berbuka puasa la adalah waktu yang paling heaven sekali bulan ni. Kalau takde air sejuk memang tak style bukan? Tapi aku nasihatkan baik korang jangan minum air sejuk lepas makan. Lagi-lagi kalau korang bedal nasi kandar kuah kari yang pekat tu. Kolestrol banyak okey dalam makanan-makanan macam tu. Sebenarnya air sejuk ni akan bertindak membekukan kolestrol-kolestrol tersebut dan gumpalan-gumpalan ini akan melekat pada dinding salur darah. Bila dinding salur darah semakin sempit maka terjadilah penyakit hipertensi atau darah tinggi. Kalau nak minum jugak, tunggu lebih kurang 20 minit selepas makan.

Okey, tu je kot setakat ni. Sekarang tolong share dengan aku macam mana nak hilangkan penyakit gastrik yang aku alami sekarang ni. Sahur memang aku makan banyak, so macam takde sebab nak ade penyakit gastrik tu lagi kan? Camne ek?

Thursday, August 12, 2010

Fantasia bulan puasa

Masa sembahyang terawikh tadi aku perasan rupanya orang sebelah aku tu ex-schoolmate aku. Orang panggil dia Ben. Beliau ni kat sekolah dulu baik je dengan aku tapi brutal la jugak.

Pernah dulu masa kitorang ade kursus motivasi SPM, ade sorang fasilitator tu cakap kitorang 'piglet'. Kitorang suma menangis dan tak melawan cakap si fasilitator bangang tu *konon testing pegang watak Bawang Putih*. Tapi Ben ni hebat. Dia mara je ke depan terus nak belasah fasilitator tu sampai si  fasilitator tu nak tercirit-cirit dibuatnya. Tapi nak je la baru. Alah, tu pun sebab geng fasilitator tu dah back up dia. Kalau tak, makan penumbuk la mamat tu kawan aku kerjakan.

Ada second time tu pulak, aku, Ben dengan kawan lain tengah syok sembang kat tengah tapak perhimpunan. Sekali ada sorang cikgu ni gostan kereta tak pandang belakang, terus sondol motor Ben. Budak Ben ni punya la marah, terus dia tendang tayar kereta cikgu tu. Cikgu okey! Mandat besar kot kalau melawan cikgu tapi aku tengok si Ben tu selamba je marah-marah cikgu.

Dan tadi aku tertegur dia "Bendi."

Terus aku kena penyepak 14 kali betul-betul depan pak imam. Lepas tu Ben terus beredar dari saf meninggalkan aku yang kesakitan.

Tapi tu sebenarnya imaginasi aku je la... huhu. Tapi seriously, disebabkan pengimaginasian ni, aku tak berani nak tegur dia walaupun aku duduk sebelah dia sepanjang kitorang terawikh tadi. Cuba kalau aku betul-betul tersebut 'bendi'? Agak-agak mungkin aku makan dodol kat hospital je time raya nanti. Tu pun nasib baik kalau ade gigi lagi la. Kalau ade sumur di ladang, boleh hamba menumpang mandi pulak...wakaka *bongok*. So better aku senyap je dari menempah bala. Kan?

Oh ye, nama bapak Ben tu Fendi.

Selamat berpuasa.

Monday, August 9, 2010

Diet rejim cara Syahmi, amalkanlah

Hai...hai...hai... Syahmi in da house! *sambil mendepangkan tangan dengan riak*

Okey, kali ini aku ade terima permintaan daripada saudara Najmie Aziz dari Sungai Buloh. Kat sini dia mintak supaya aku kongsikan tips-tips untuk mengempiskan perut yang buncit. Ceh, nak kuruskan perut je pun *sambil tergelak dalam hati*. Konvo dah habis la weh. Takde maknanya lagi semua itu. Gambar kau dengan Pro Canselor tu tetap tak dapat nak menyembunyikan kebuncitan kau pun. Hahaha...*hasutan shaitan*

Tapi tak mengapa. Kau jangan risau, Najmie. Benda ni kacang je, okey! Kacang! Yang penting kau ikut diet rejim cara aku ni. Confirm sekejap je nanti kau akan dapat perut yang ideal tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi dan aku yakin akan ade ramai perempuan yang akan terpikat dengan kau. Makcik je la tapi...hiuhiuhiu. Keji di situ.

Di mana? *gedik*

Di situ.

Di mana?

Di situ la.

Di ma... *lempang*

Baiklah. Berbalik kita kepada permasalahan saudara Najmie Aziz tadi, aku dah short-listed kan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadi kurus:

LANGKAH 1: BERJOGGING
Aku tau benda ni memang kadang-kadang susah nak buat lagi-lagi kalau kau dah bekerjaya *hutang jangan lupa bayar okey*. Tapi aku ada cara mudah nak trigger minat berjogging ni. Caranya ialah dengan menendang kawan kau dari belakang. Confirm dia akan kejar kau balik untuk balas dendam. So bila dia kejar kau, takkan kau nak duduk diam je kan? Maka, ambillah peluang ni untuk melarikan diri dan terus berjogging. Teknik ini dinamakan jogging secara berjemaah sebab selain kau, secara tak langsung kawan kau pun akan turut sama kurus. Kira ni win-win situation la kan. Kalau boleh, masa nak tendang kawan kau tu, pakai kasut sport siap-siap okey. Yang ade paku tu pun best jugak. Biar berlubang badan kawan kau tu. Lagi membuak-buak la dia nak kejar kau sampai ke akhirat nanti. Oh ye, elakkan daripada memakai selipar jamban kerana mungkin kau akan tergelincir dan bergolek-golek masuk ke dalam longkang sehingga menjatuhkan air muka.

LANGKAH 2: PERGI BERPERANG
Untuk langkah ini, perkara pertama yang perlu kau buat ialah mendaftarkan diri ke Jabatan Pertahanan Awam cakap "Encik, saya nak pergi ke Semenanjung Gaza untuk berperang dengan rela hatinya" *Pastu kau wasiatkan awek kau kat aku, boleh?* Selain boleh menolong rakan seagama kita, kau boleh ambil peluang ini untuk menguruskan badan. Ye la kan, kau selera ke nak makan kalau tengok darah melimpah sana-sini? Mesti tak kan? Pastu kalau kau ade bawak makanan, better kau sedekahkan je semua makanan tu kat anak-anak Palestin yang kelaparan. Biar kau lapar, yang penting badan kau kurus. Pahala pun dapat. Wah, seronok pulak jadi kau ni.

LANGKAH 3: BERKAWAN DENGAN ORANG YANG JAHANAM
Ni lumrah alam la. Sebenarnya takde sape pun yang suka kalau dapat kawan yang berperangai macam jahanam ni tapi sebab kau nak kurus, kau kena tabahkan hati okey. Yang pertama, kau kena kawan dengan orang yang mulut dia kau rasa macam nak bagi back-hand je. Faham kan maksud aku? Orang macam ni kalau dia tengok kau kuat makan ke... berat kau dah naik ke... pinggang kau kembang ke... asyik sangat nak komen. Tapi memang penting kalau ade kawan macam ni. Atleast, kau takkan ade selera makan bila menghadap orang macam ni. Orait, yang kedua pulak ialah berkawan dengan orang yang suka paw makanan kau. Yang ni mesti kau ade ramai calon-calonnya kan? Wakaka... Baru nak suap je dah ade makhluk-makhluk lain yang hulurkan tangan. Kalau kau dah takde chance nak makan, maka secara logiknya camne perut kau boleh buncit kan? See, bijak tak aku?

LANGKAH 4: JOIN THE BIGGEST LOSER ASIA
Yang ni perlukan wajah komersial tapi... ermm... takpe lah. Langkah ni kita skip je okey. Mari kita ke langkah seterusnya. *ampunkan aku Jimmy, aku gurau je...huhu*

LANGKAH 5:

Eh, tetiba rasa macam dah takde idea dah pulak...hahahalikopter. Lagi pun mak aku dah panggil suruh makan buah. Okey lah ye. Sampai di sini saja segmen kita pada hari ni. Byeeeeeeeeee!!!!

Friday, June 18, 2010

Kini tiada lagi sembelit dalam hidupku

Hari ni aku dah dapat ilham macam mana nak melancarkan pemberakan ikan-ikan belaan aku selain dari cara berdehem *Yes!*. Ye la kan, kelas KAFA Ustaz Khalis time hari Khamis je. Jadi, untuk hari-hari lain ikan aku mungkin dah tak reti nak berdehem dah. Hari Khamis je diorang reti berdehem-dehem ni. Kakaka...

Okey, caranya senang je, kita pakai mesin electrophorator. Dalam kelas TESDEC hari ni, pensyarah aku ada cakap, bila kuasa elektrik dikenakan ke atas bakteria, bakteria tersebut akan terkejut dan lantas akan membuka sedikit bukaan pada badannya.

Maka, dengan mengaplikasikan prinsip ini jugalah aku bercadang untuk mengubati penyakit sembelit ikan-ikan aku tu. Aku syak ikan-ikan aku tu susah nak berak sebab bukaan lubang ehem-ehem diorang kecik sangat. Jadi, kalau aku kenakan arus elektrik kat ikan-ikan tu dan menterkejutkan diorang confirm diorang terkejut. Hebat bukan? *sambil mengawal hidung yang kembang kempis*. Dan ini akan menghasilkan fenomena pembukaan lubang yang lebih besar lantas menyebabkan ikan-ikan aku dapat berak dengan senang hati dan masalah sembelit aku diorang pun hilang *sambil tunjuk isyarat 'good'*.

Semoga impian aku terlunas.

P.S.: Aku harap proposal aku untuk membuat pinjaman mesin electrophorator tu selama seminggu bakal diluluskan oleh Dr. Joe kelak.

Wednesday, June 16, 2010

Impian saya ialah nak jadi babah yang hebat!

Hi kawan-kawan semua! *sambil terlompat-lompat*

Kelmarin saya baru adopt keluarga baru. Diorang ialah dari spesis Tetra Neon. Ada 10 orang ekor semuanya dan semua pun comel dan baik hati belaka. Sekarang saya dah melantik diri saya sendiri sebagai babah kepada diorang ini:

 Diorang kuat makan. Berak pun sama juga.

  1. Azizan Aydin (brilliant, intelligent, light of the moon)
  2. Basil (brave, bold, valiant)
  3. Chairell *Homonym untuk Khairil* (good, blessing, wealth, fortune)
  4. Delia (gentle, tendril, slender branch)
  5. Erina (beautiful lady)
  6. Fawwaz (winner of victory after victory)
  7. Noor Ghazi *tapi panggil NG pun boleh juga* (light of conqueror, hero)
  8. Hanaa (happiness, bliss, felicity)
  9. Ibtisam (smile)
  10. Jannah (heaven)

*Dialog Cerekarama*
Ashraff: Ko memang dah lama minat nak bela ikan ke?
Chameytto: Ha-ah. Dulu dah pernah bela tapi...
Ashraff: Mati? *cis!*
Chameytto: Yang mula-mula tu tahan 3 hari je. Second round bela tahan 2 minggu kot. (-_-!)

Kali ni saya berharap boleh jaga diorang sampai mati. Maksudnya bukan 3 hari atau 2 minggu tapi mungkin boleh jaga sampai 10 tahun ke... atau 18 generasi pun nampak lebih hebat. Mesti diorang kagum dengan kemampuan saya sebagai seorang babah yang berketerampilan tinggi. *sambil melihat diri di hadapan cermin dan menyelak rambut depan*

Hari pertama membela diorang, saya sangat terkesima bila tak sampai 4 jam mereka tinggal bersama-sama, ada 5 ekor ikan dah bunting. Tapi pagi esoknya saya tengok dah kurus balik. Kesian diorang. Bila saya tengok najis yang panjang-panjang kat dasar akuarium tu baru saya tahu diorang ade sembelit buasir batu kar sembelit. Baiklah, nanti saya suruh Khalis mengajar diorang bagaimana untuk berdehem bila teringin nak berak lagi.

Oh ye, nanti bila free saya nak pergi ke Borders atau Popular untuk mencari Kamus Dwibahasa Bahasa Melayu - Bahasa Ikan supaya hubungan kami akan lebih rapat. Komunikasi yang berkesan adalah penting untuk mewujudkan suasana yang harmoni antara ahli keluarga.

P.S.: Kepada Ruzanna atau Mak atau Yanie atau Shazwani Shaikh Bokhdi, jangan sesekali cuba memasang impian untuk menggoreng ikan-ikan ini kalau stok ikan bilis korang sudah habis. Sila makan kuaci bunga matahari sebagai alternatif untuk sumber protein.

P.P.S.: Kemanjaan laptop saya semakin menjadi-jadi. Saya rasa macam nak jual. ade orang nak beli dengan harga RM3200 tak?  

P.P.P.S.: Sekarang baru saya perasaan bahagian mana yang Dr. Azizan sangat ensembles dengan Jalaludin Hassan. Kat bahagian mulut.

Thursday, June 10, 2010

Rempit yang semperit

Macam biasa, cerita ni dah basi dah tapi sebab aku baru je dapat seru nak tulis pasal mende ni korang layan je la eh. Minggu lepas roommate mintak aku tolong amik dia kat stesen bas sebab dia baru balik dari KL. Aku okey je kot bab tolong-tolong orang ni cuma yang tak bestnya aku kena jemput dia pukul 4 pagi. Pehhh, ko tak tau ke tu time para jin dan syaitan tengah bertukar shift nak tawaf satu Penang?

Aku tak pasti mana lagi best, sama ada amik roommate aku tu pakai motor ke atau kereta tapi yang aku yakin modus operandi hantu ni sentiasa nak menyibuk tumpang kenderaan orang lagi-lagi yang jenis penakut batak macam aku ni. Dan perlu tak aku mention kat sini yang aku trauma 2 minggu tak minum sirap lepas tengok citer Kill Bill sampai habis? Oh ye, kat Penang ni aku baru bawak motor 2 kali je kot. So, aku pasrah kalo pagi-pagi buta tu Izrail tetiba berminat nak berkenalan dengan aku.

Tapi syukurlah semuanya selamat *slot cerekarama*. Nak kata aku bawak stail rempit tu takde la sangat tapi banyak jugak la lampu merah yang aku langgar. Kah-kah-kah! *Gelak shaitan*. Peduli hape aku. Aku kasi chance kat tiang lampu isyarat 5 saat je. Kalo tak hijau jugak, aku vroomm-vroomm je terus.*Bebudak TESDEC, korang jangan gelak aku buat aksi vroomm-vroomm ni, kang aku hantar spam lagi macam semalam nak?*

Aku memang takde masa nak layan blues kat tengah-tengah junction tu. Kang tak pasal-pasal mende lain pulak yang melintas, maunya aku terParkinson on the spot kat situ. Roommate aku tu sape pulak nak kutip? Cleaner Tekun mampu? Tidak, bukan?

Disebabkan jalan lengang je sepanjang perjalanan tu, maka dengan sesuka hati je aku masuk line belah kanan macam orang mabuk. Pehhh, baru aku tau nikmat merempit time tu. Sikit masa lagi kalau aku pandai imbang badan, confirm aku buat Superman pulak.

Next time gua nak challenge dengan lu pulak, bro. Ade bran?

P.S.: Aku sangat berbangga dengan performance aku membawa motor malam tu *megah*

Sunday, June 6, 2010

Surat berantai daripada Sirap

Sirap tag aku *nada serius*

1. ADAKAH ANDA RASA HOT?
ye...aku memang sangat hot. *kepala-HOT-ak*

2. UPLOAD WALLPAPER LAPTOP/PC YANG ANDA GUNA SKRANG! DAN NYATAKAN SEBAB


Sebab ia bernada lucu dan pada masa yang sama sarat dengan isu keprihatinan setempat kerana wallpaper ni telah meyakinkan aku bahawa bigfoot memang haiwan yang pemalu dan sebab tu lah tak ramai yang pernah jumpa mereka semasa bershopping di Queensbay. 

Fakta lain yang dapat aku kongsikan melalui penghayatan wallpaper ini ialah seiringan dengan trend anak-anak muda masa kini, anak bigfoot juga tak kurang ajar hebatnya. Dia suka dye bulu sendiri dengan menggunakan warna platinum blonde. Tapi kenapa mesti dye sehingga seluruh badan? Ape ko tak baca belakang botol tu ade cakap 'untuk kegunaan rambut sahaja dan bulu lain adalah tak digalakkan'? *Botol pun keji jugak sebab tulisan kecik sangat, mungkin font 4 je kot*

3. KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA...
Dah lupa. Tapi yang pasti ex-roommate yang belanja. Dia kaya dan dia jugak suka makan pizza yang dihantar ke Restu.

4. LAGU TERAKHIR ANDA DENGAR...
Dah lupa jugak, tapi buat masa ini lagu Lady Gaga - Bad Romance selalu terngiang-ngiang di telinga. Mungkin sebab selanjar dengan kehidupan aku masa kini. Ah, benci apabila mengingati kesudahan cerita cinta aku yang dulu! *bangang*

5. APA ANDA BUAT SELAIN MENYELESAIKAN TAG NI...
Menyelak rambut depan beberapa kali supaya tidak kelihatan seperti Dr Rozmey.

6. SELAIN NAMA SENDIRI, ANDA DIPANGGIL NAMA APA...
Amin, Cikemin, Cakmin, Chameytto, Cami dan Siput. Oh ye, hari ni roommate aku terpanggil aku dengan nama Syafiq. Ceh, kenapa mesti tersasul dengan memanggil nama tu? Nama Jericho adalah lebih sedap untuk dipanggil.

7. TAG LAGI 4 ORANG...
1. Dosh
2. Zarep
3. Azim 
4. Syafiq *Kenapa mesti nama yang menjengkelkan ini muncul lagi?*

8. BERIKAN 5 YG ANDA TAHU TTG ORG YG MENGETAG ANDA...
1. Budak lompat
2. Amat ketagih dengan lagu Untukmu dari Feminin dan Jawapan Kasih dari Amy Mastura
3. Baru je balik daripada karok dan menyerbu bilik aku dengan meyambung nyanyi lagu Azura sehingga membuatkan aku terpinga-pinga.
4. Nama penuh dia ade 14 huruf *ceh, gigih pula aku nak mengira*
5. nk bg aku PS3 *yang ni aku malas nak edit sebab ayat ini nampak berfaedah jugak untuk aku...wakaka*

Saturday, June 5, 2010

I dan I di hujungnya kecuali karim

Tima kasih banyak-banyak kepada Inche Hafifi Hafiz, pakwenya si Asmidar sebab bagi kata-kata ni. Pandai eh ko buat ayat best camni. Si Asmidar tu pun sama jugak bijak karang mende alah ni. Kuat jodoh la korang ni. Hahaha...

Jangan biarkan diri kita hidup sendiri
Nanti hidup kita umpama tidak berkemudi
Carilah insan yg dapat membimbing hati
Agar hati terjaga hingga kita bertemu Ilahi

Hati itu kunci diri
Sempurna ia sempurnalah diri
Rosak ia binasalah diri
Hanya iman dan taqwa penyuci hati
Agar diri sentiasa bercahaya ketika menemui Ilahi

Hati adalah seketul daging dalam diri
Terciptanya rapuh akan nafsu duniawi
Kuatkanlah ia dengan mengingati Ilahi
Sinarilah ia dengan tangisan taubat terhadap Ilahi
Lembutkanlah ia dengan membaca al-Quranul karim
Agar ia sentiasa teguh dan tetap di jalan Ilahi. 

P.S.: You get my tabik spring, bro. *tabik dalam bahasa Inggeris apekah?*

P.P.S.: Jangan suruh aku guna Google translate sebab dia sangat keji dan lurus bendul.

Wednesday, June 2, 2010

kebodohan kambing menjelma!

Isy..isy...isy... Sape la punya kerja ni? Sekali staf school Bio dah marah da...

Tuesday, June 1, 2010

Gua dah berpindah lagi sebab rumah lama banjir daa...

Sorry ye kawan-kawan.

Jangan marah, saya tau saya hensem dan beriman...haha

Wednesday, May 26, 2010

habis jugak viva aku akhirnya *versi lawak basi-basiron*

hai cayang mucuk-mucuk *masih dalam mode kegedikan secara melampau bersama papa dan mama*

tengah malam ni aku nak citer pasal viva aku. pekejadahnya kau dah nak dekat sebulan viva baru nak citer pasal mende ni??? ah, jem! jemmmm! jemmmben!

ah, ko la jemben!

dah, aku nak sambung citer ni jugak! aku kena viva hari selasa pukul 11.40 pagi tapi sebab aku dah memasang impian nak jadi wakil belia 4B bagi Kampung Lekir, Sitiawan, Perak Darul Ridzuan, maka pukul 8.00 pagi lagi aku dah menapak kat bilik tutorial BT145. kat sana ade dalam 3 orang students: aku, farah dengan amoi cina sorang. bila aku masuk bilik tutorial je farah tegur aku "apesal ko pakai jeans? ko batak sangat ke sampai buat presentation viva pun tak nak pakai baju formal?"

hadoih, kena patah balik la pulak. dah la aku pergi berjalan kaki. nasib baik papa syafiq ade motor kan. kata papa... maka haruslah menolong anaknya kan bila berada di alam kesusahan kan. kuikuikui *ceh, perlu ke nak ade alam kesusahan kat dunia ni?!*

lepas dah sampai restu tu terus tukar baju sebab baju kemeja yang pakai awal tu dah berpeluh petani dah. terpaksa aku pakai kemeja baru yang sepatutnya aku pakai untuk kahwin akak aku nanti (-_-!). yang jeans tu memang wajiblah ditukar kepada khakis hitam. seluar slack adalah no-no untuk aku. ye, mulai semester lepas, aku dah buat pengisytiharan yang sekarang ni aku 30% je skema. yang 70% lagi tu ialah untuk menjadi budak nakal yang suka cakap benda yang tak elok dengan wajah yang tak bersalah sebab aku rasa zaman sekarang ni perempuan lebih suka lelaki yang bersifat comel di luar dan keji di dalam. jadi aku cuba mengikut rentak pasaran semasa demi masa depan yang cerah pada masa akan datang.

okey, dah! sambung balik citer viva tadi. sebab aku dah terasa hensem dan dibuktikan pula oleh cik farah, maka keyakinan untuk membentangkan viva sudah bertambah sikit walaupun pada lewat malam sebelumnya aku memang terasa jahanam kerana tak boleh nak tido langsung. takut kepada viva satu hal. takut pada penggawa yang buat spotcheck student yang squatting pun satu hal lagi. cis cis cis. hidup dalam pelarian dan penipuan sebenarnya sangat tak best. rasa macam jumpa lalat dalam kicap tatkala ko sedang menjamah pecalele. bluekkk!

before bentang tu aku dah merasuah examiner aku dengan memberi salinan slide yang aku buat. see, aku sangat memahami orang lain kan? mane la tau kan...sebab ape yang aku nak bentang tu bukannya bidang dia. aku buat pasal kelapa sawit. examiner tu pakar molecular biology je. kot dia soh aku kalih gostan slide ke... kan dah mengganggu konsentrasi jiwa ragaku nak membentang kan...kalo dah ade salinan slide tu, boleh la dia patah balik slide sorang-sorang. aku tak payah. ngahaha...

sementelahan benda tu bukan bidang dia, maka soalan yang examiner tu tanya pun agak tak semenggah jugak la...agakkkk laaa...*nada tak puas ati*

ade ke patut dia tanya aku kat benua afrika tu, negara mana yang buat ubat pakai kelapa sawit tu? patutnya aku jawab la zimbabwe ke, sudan ke, ghana ke, malawi ke ataupun papua new guinea, tapi sebab aku dah terkesima dengan soalan tu aku dapat bagitau satu je iaitu liberia. yang lain aku cakap tak ingat.

pastu dia tanya lagi, kelapa sawit tu dah ade orang buat research pasal kanser ke... aku pun selamba la jawab malaysia ade banyak pokok kelapa sa... sekali dia potong cakap aku. "no! no! i mean bla...bla...bla..."

cis. aku paham la soalan ko. aku baru je nak wat intro dah ko potong camne la aku nak jawab. last-last aku jawab je "research is in progress." kalo korang nak tau, bila seorang saintis mengatakan "research is in progress" tu maka ia adalah the another word untuk "no comment." ah, bila examiner tu dah mengangguk-angguk aku kira pass je sudah. kalo nak dapat A tu mungkin supervisor aku je yang boleh top-up kan. aku sayang supervisor aku sebab dia sangat baik..mwahaha. you're the best bos in this world.

soalan last sekali yang examiner tu tanya adalah apakah struktur kimia untuk methanol. ah, jem! jemmm!!! time tu aku rasa macam nak mencaci diri sendiri je. buat penat je aku hafal undang -undang kanun dan etika penggunaan tikus makmal di dalam kajian makmal. sekali soalan jenis ni yang dia tanya. tapi memandangkan paper kimia organik aku dapat A, maka sedaya upaya aku menggoreng jawapan. dengan cerdik pandirnya aku pun jawab la methanol ade carbon, hydrogen dengan hydroxyl group.

examiner tak puas hati lagi. maka dia sogokkan lagi soalan dengan menanyakan berapa bijik carbon kah yang ade dalam methanol. eh, betul ke bijik ek? ke buah? ah, dua-dua pun bernada tidak lucu dan berbaur kegelian! ah, gelimat! mat! mattt!

memula aku blur nak jawab soalan tu. ape yang aku pasti ethanol ade dua carbon...tapi untuk methanol... haisy...nape ko tak tanya pasal ethanol je? maka dengan sekali lafaz aku pun menyebut bahawasanya methanol ade tiga bijik carbon kesemuanya.

pengerusi rancangan merangkap penjaga masa yang duduk betul-betul dekat depan aku dah bisik-bisik cakap "satu..satu.."

tapi setan dan jin bilik BT 145 telah menghasut aku supaya tak mempercayakan beliau. "dia saje-saje je mainkan ko tu. dia nak tengok ko yakin ke tak dengan jawapan yang ko bagi tadi. baik ko stand up decision ko yang tadi je" lebih kurang camtu lah dia cucuk benak aku ni. *ceh, setan pun pandai cakap omputih gak ke? whaddapish! time tu iman aku dah lemah sangat kot, maybe sebab tak amik breakfast pagi tu maka aku pun termakan hasutan si setan dan jin bilik tersebut.

aku pun setting tune pada level maksimum dan menjerit dengan lebih kuat supaya examiner tu dapat dengar jawapan aku dengan lebih jelas tanpa menggunakan kawah pencawang astro. "TIGAAAAA....."

memula aku perasan sorang je gelak. mungkin aku rasa kelakar sikit waktu tu. tapi bila dah seluruh umat dalam bilik tutorial tu dah gelak berdekah-dekah, aku sangat yakin yang aku telah menconteng arang ke muka supervisor aku sebab aku perasan dia dah tepuk dahi macam kalah peraduan meneka kacang dalam botol.

nak sangat kan tunjuk pendirian ko. hambek sekali!

p.s.: rasa macam sesuai pulak untuk masukkan cerita ni dalam 'senarai kebodohan aku' mwahaha

Tuesday, May 11, 2010

Mari makan tembikai! *Aku sangat alim hari ni*

Bila ada manusia mengajak kepada kebaikan, kadangkala dia akan berhadapan dengan sindiran dan caci maki orang ramai. Tambah memburukkan, sindiran dan caci maki itu melemahkan kekuatan hati untuk terus menyebarkan kebaikan.

Antara kata-kata yang biasa kita dengar adalah:
“Ala, belajar pun tak habis lagi nak dakwah-dakwah”
“Diri pun tak berapa betul, nak ajak orang pada kebaikan”
“Ni dah hafal Al-Quran sepenuhnya ke, nak ajak-ajak orang buat baik ni?”
“Kau dah sempurna sangat ke?”

Dan begitulah antara ayat yang keluar, melemahkan semangat mereka yang ingin mengajak kepada Allah SWT. Kadangkala, alasan-alasan seperti itu, yakni alasan tak sempurna, belum cukup bersedia, ilmu masih tak banyak, dosa masih ada yang tak boleh tinggal, digunakan oleh kita sendiri sebagai jalan keluar untuk tidak bergerak menyebarkan kebaikan.
Adakah benar, hendak mengajak kepada kebaikan, diri kita perlu sempurna dahulu?
Kisah Abu Bakar RA
Dari kalangan lelaki dewasa, Abu Bakar RA adalah yang pertama beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika kita memerhatikan Sirah Nabawiyah, selepas keimanannya, Abu Bakar mengajak ramai manusia untuk mengikuti jalan kepada Allah SWT ini. Antara yang diajaknya adalah:
1. Uthman bin Affan RA – satu dari 10 yang dijamin syurga.
2. Sa’ad ibn Abi Waqqas RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
3. Talhah ibn Ubaidillah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
4. Abdurrahman ibn Auf RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
5. Zubair Al-Awwam RA
6. Abu Ubaidah Al-Jarrah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga

Ini adalah antara yang diseru oleh Abu Bakar RA, sebaik sahaja Abu Bakar beriman kepada Allah SWT. Kalau diperhatikan, mereka yang didakwah oleh Abu Bakar RA pada awal keimanannya ini, kebanyakannya adalah sahabat yang dijamin syurga.

Kita teliti, Abu Bakar RA ketika itu baru sahaja beriman kepada Allah SWT. Adakah Al-Quran ketika itu sudah sempurna sehingga ada ayat-ayat yang boleh menguatkan seruan Abu Bakar? Adakah Rasulullah SAW ketika itu sudah menyempurnakan dakwahnya sampai pada Abu Bakar ada pelbagai teknik yang boleh dia gunakan? Adakah ketika itu orang Islam sudah ramai sampai Abu Bakar boleh menunjukkan si fulan itu, si fulan ini gembira mengikuti Islam?

Kita perhatikan, dalam keadaan serba kekurangan, Abu Bakar RA bergerak juga menyebarkan kefahaman Islam, mengajak kepada kebaikan. Sedangkan ketika itu baru awal waktu seruan Rasulullah SAW. Ayat Al-Quran pun hanya ada beberapa sahaja. Orang Islam hanya ada dia, dan keluarga Rasulullah SAW sahaja.
Jadi kenapa Abu Bakar RA ini mampu bergerak, berani menyeru manusia kepada Islam dalam keadaan kekurangan demikian?

Kerana dia beriman, yakin dengan apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Kerana dia melihat Islam itulah penyelesai kepada masalah insan, dan dia hendakkan Islam itu berada dalam jiwa-jiwa masyarakatnya.
Maka dia bergerak tanpa menanti sempurna. Tidak berlengahan. Tidak memberi alasan itu, alasan ini. Tidak juga jatuh dengan seksaan dan hinaan.

Perbaiki diri, dan ajak orang lain
Allahyarham Sheikh Mustapaha Masyur ada berkata:      “Islah nafsak, wad’u ghairak”
Ramai orang salah faham kata-kata ini dengan menafsirkan seperti berikut: “Perbaiki diri dulu, baru ajak orang lain”

Kalau benar itu maknanya, maka Sheikh Mustaphaa Masyur akan berkata begini:
“Islah nafsak, summa, ud’u ghairak” Perkataan summa di sini membawa maksud kemudian.
Kenapa dia menggunakan ‘dan’, bukannya ‘kemudian’?

Hal ini kerana, ‘dan’ menunjukkan kebersamaan, pada waktu yang sama. Manakala ‘kemudian’ menunjukkan kelewatan, bukan pada waktu yang sama. Maka, makna pada kata-kata “Islah nafsak, wad’u ghairak” hakikatnya adalah:

“Perbaiki diri kamu, dan(pada masa yang sama) ajak orang lain(memperbaiki diri macam kamu juga)”
Kenapa dia menyeru demikian? Kenapa Sheikh Mustapha Masyur tidak suruh kita ajak orang lain lepas diri kita dah sempurna? Kenapa masa tengah perbaiki diri kita sudah perlu ajak orang lain? Kenapa?
Hal ini kerana, manusia memang tidak akan mencapai kesempurnaan. Jadi, jika hendak tunggu sempurna, sampai kiamat pun tidak akan bermulanya seruan kepada kebaikan. Justeru, manusia perlu menyeru dengan apa yang sudah ada di tangannya. Dia ada sikit, dia bagi sikit. Dia ada banyak, dia bagi banyak. Pokoknya, dia memberi, berkongsi, menyeru ke arah kebaikan, mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Sebab itu, Rasulullah SAW bersabda:
“Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat”
Dan dengan kita bergerak mengajak manusia lain ke arah kebaikan, insyaAllah diri kita akan mempunyai satu rasa sensitif untuk menjalankan peningkatan. Hal ini kerana, kita akan merasakan satu tolakan untuk lebih memperkemaskan diri apabila kita mula menyeru manusia ke arah kebaikan. Ini juga satu ‘booster’ untuk peningkatan diri.

Guru saya ada berkata:
“Perempuan yang malas mencuci kukunya, apabila dia mencuci pakaian, maka kukunya akan tercuci sama”

Kebaikan, jangan dilewat-lewatkan…….

Allah SWT berfirman:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;” Ali-Imran ayat 133.
Allah SWT juga mengingatkan kita berkenaan tindakan seorang lelaki yang apabila mendengar ummatnya menolak penyampaian rasul-rasul Allah SWT.  Allah menceritakan bahawa lelaki itu berlari dengan pantas di dalam ayat berikut:
“Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dalam keadaan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu” Surah Yaasin ayat 20.

Apa persamaan dua ayat ini?
Menyegerakan kebaikan.
Hal ini kerana, kalau kita tidak menyegerakan kebaikan, maka hakikatnya kita telah terjerumus dalam kerugian. Mari kita lihat ayat Al-‘Asr yang popular:
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

Ya, perhatikan ayat-ayat itu. Siapakah yang tidak rugi? Yang tidak rugi dalam hidup ini hanyalah mereka yang melakukan amal kebaikan, dan menyebarkannya pula.

Anda, nak untung atau hendak rugi?
Penutup: Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran
Jadi jangan lengah lagi. Jangan takut untuk buat baik. Jangan takut untuk sebarkan kebaikan.
Bila bersembang dengan kawan, selitkan peringatan-peringat an. Bila menghadiri satu majlis, jangan lupa ambil peluang menyebarkan kebenaran. Bila mengetuai satu program, jangan lupa adunkan program itu dengan hubungan kepada Allah SWT.
Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran. Gunakan segala ruang, peluang dan cara yang ada untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran.


Jangan lengah, jangan lewat-lewat.

Bergeraklah.

Bersegeralah.

Tidak perlu menanti sempurna.

Inilah salah satu jalan untuk berusaha menyempurnakan diri kita.

Friday, May 7, 2010

Aku lebih hot dari USMHotspot

Klik pada gambar supaya korang boleh ketawa dengan lebih lanjut dan menjengkelkan

Awek ni telah memollow aku di Twitter dan ini telah membuatkan aku rasa seperti seorang lelaki yang hot. Hal ini kerana hanya wanita yang hot sahaje yang akan memilih lelaki yang hot, bukankah begitu?

Mwahaha...waklu!

Tapi tidak ye rakan-rakan! Sebenarnya aku merasakan bahawa perkara ini adalah sesuatu yang terlalu menyaikokan! Ianya sepuluh kali ganda lebih saiko berbanding menghadiri kuliah Psiko Abnormal Dr. Effendy. Huhu... Cuba korang tengok Tweet awek ni. Adakah dia menaip keyboard sambil badan bergoncang-goncangan sehingga menyebabkan semua perkataan pun tak betul? Pehhh... meremang bulu tengkok aku. *Tetiba dah lupa camne nak eja tengkok dengan betul. Ah, belasah!*

P.S.: Agak-agak kalo aku volunteer nak jadi cikgu English dia, jenis bayaran apakah yang akan beliau tawarkan?

P.P.S.: Sumpah aku tak kenal sape pompuan ni. (-_-!)

Tuesday, May 4, 2010

Kau pun semanis madu shabu-shabu kah?

Gambar dicilok dari blog Yati Basha si senget tanpa kebenaran beliau. Muahaha

Peh... tajuk buku Shabu-shabu Semanis Madu. Memang tak tahan... Sumpah kelakar tahap senget-benget tajuk buku gambar ayam tu *macam tuan dia jugak*. Yati, pasni nak pinjam eh.

P.S.: Abaikan citer Maid Maiden tu sebab drawing Kaouru dah tak best macam dulu. Si senget, ko jangan marah aku sebab kita adalah kekasih gelap yang sangat manja. Mwahaha.