Sunday, June 6, 2010

Surat berantai daripada Sirap

Sirap tag aku *nada serius*

1. ADAKAH ANDA RASA HOT?
ye...aku memang sangat hot. *kepala-HOT-ak*

2. UPLOAD WALLPAPER LAPTOP/PC YANG ANDA GUNA SKRANG! DAN NYATAKAN SEBAB


Sebab ia bernada lucu dan pada masa yang sama sarat dengan isu keprihatinan setempat kerana wallpaper ni telah meyakinkan aku bahawa bigfoot memang haiwan yang pemalu dan sebab tu lah tak ramai yang pernah jumpa mereka semasa bershopping di Queensbay. 

Fakta lain yang dapat aku kongsikan melalui penghayatan wallpaper ini ialah seiringan dengan trend anak-anak muda masa kini, anak bigfoot juga tak kurang ajar hebatnya. Dia suka dye bulu sendiri dengan menggunakan warna platinum blonde. Tapi kenapa mesti dye sehingga seluruh badan? Ape ko tak baca belakang botol tu ade cakap 'untuk kegunaan rambut sahaja dan bulu lain adalah tak digalakkan'? *Botol pun keji jugak sebab tulisan kecik sangat, mungkin font 4 je kot*

3. KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA...
Dah lupa. Tapi yang pasti ex-roommate yang belanja. Dia kaya dan dia jugak suka makan pizza yang dihantar ke Restu.

4. LAGU TERAKHIR ANDA DENGAR...
Dah lupa jugak, tapi buat masa ini lagu Lady Gaga - Bad Romance selalu terngiang-ngiang di telinga. Mungkin sebab selanjar dengan kehidupan aku masa kini. Ah, benci apabila mengingati kesudahan cerita cinta aku yang dulu! *bangang*

5. APA ANDA BUAT SELAIN MENYELESAIKAN TAG NI...
Menyelak rambut depan beberapa kali supaya tidak kelihatan seperti Dr Rozmey.

6. SELAIN NAMA SENDIRI, ANDA DIPANGGIL NAMA APA...
Amin, Cikemin, Cakmin, Chameytto, Cami dan Siput. Oh ye, hari ni roommate aku terpanggil aku dengan nama Syafiq. Ceh, kenapa mesti tersasul dengan memanggil nama tu? Nama Jericho adalah lebih sedap untuk dipanggil.

7. TAG LAGI 4 ORANG...
1. Dosh
2. Zarep
3. Azim 
4. Syafiq *Kenapa mesti nama yang menjengkelkan ini muncul lagi?*

8. BERIKAN 5 YG ANDA TAHU TTG ORG YG MENGETAG ANDA...
1. Budak lompat
2. Amat ketagih dengan lagu Untukmu dari Feminin dan Jawapan Kasih dari Amy Mastura
3. Baru je balik daripada karok dan menyerbu bilik aku dengan meyambung nyanyi lagu Azura sehingga membuatkan aku terpinga-pinga.
4. Nama penuh dia ade 14 huruf *ceh, gigih pula aku nak mengira*
5. nk bg aku PS3 *yang ni aku malas nak edit sebab ayat ini nampak berfaedah jugak untuk aku...wakaka*

2 comments:

irfat said...

wah.aku di tag.haha.kalau rajin aku buat yek.hehe

Syahmi said...

okay bro. keje elok-elok ye. hahaha