Monday, November 15, 2010

Curiosity wouldn't kill any cat somehow

Yesterday evening...

  • Met with my ex-schoolmate at Marina Island
  • Haven't met him for quite a long time
  • Had a long chit-chat talking about the other ex-schoolmates
  • Asking who is where, who is doing what, and who else is married

And suddenly...

  • Unintentionally (and with stupidity) told him about my problem
  • To answering his curiosity on why I was wearing 'selipar jamban'

And to my surprise...

He said he is facing with the same problem.

...

Sharing is caring after all.

Saturday, November 13, 2010

Jawatan Kosong: Dr. Love

Salam pagi Sabtu.

Sebenarnya nak tanya sikit, korang lebih suka di'greatest love'kan ke atau di'true love'kan ye?

Faham ke beza 'greatest love' dengan 'true love'? Kalau tak faham jugak cuba rujuk graf kat bawah ni:

Buat graf memang sangat melecehkan

'Greatest love' ni biasanya tahap klimaks nya lebih tinggi berbanding 'true love' sebab kalau tak mestilah tak dinamakan 'greatest' kan? Cuma 'greatest love' ni kadangkala tak ada penghujungnya. Oh ye, klimaks yang disebutkan di sini bukannya macam klimaks masa melakukan seks tu tapi 'spark in love'.

Faham dah bezanya?

Kalau tak faham jugak, cuba ingat balik pasal kisah Imaan dalam cerita Sepi. Imaan (Baizura Kahar) dalam dilema bila dia tak dapat lupakan Khalil (Pierre Andre) yang dah lama mati sebab sembelit *tipu je*. Walaupun Khalil dah lama pergi tinggalkan dia tapi Imaan ni masih lagi tak dapat nak lupakan Khalil sebab cinta dia terlampau mendalam. Lepas tu datang pulak Ian (Sein Ruffedge) yang bisa menggugat jiwa raga Imaan *ceh, bahasa!*. Walaupun Imaan mula-mula menolak cinta Ian sebab masih teringatkan cintanya pada Khalil tapi lama-lama dia terima juga Ian dan akhirnya jatuh cinta sekali lagi. Sekarang, Imaan hidup bahagia bersama Ian sampai akhir hayat tapi Khalil masih tetap ada dalam hati dia sampai bila-bila *sukahati reka sendiri*.

Okey, sekarang dah dapat gambaran pasal perbezaan antara 'greatest love' dan 'true love' kan?

Khalil - greatest love
Ian - true love

Kadang-kadang 'greatest love' boleh jadi 'true love' tapi kadang-kadang jugak dah tersurat manusia ditakdirkan Tuhan diberi rasa dua cinta. Tak ada siapa pun yang mampu mengelak.

Okey, kembali balik pada persoalan tadi, korang lebih suka menjadi 'greatest love' bagi seseorang atau nak jadi 'true love' based on "Cinta tak semestinya memiliki atau dimiliki."

Yang mana lebih istimewa?

Thursday, November 4, 2010

Makan dengan banyak di hujung minggu tanpa rasa malu malu malu malu

Siapa yang terasa dengan tajuk entry ini cepat elaborate tentang kejadian tersebut kerana dah banyak kejadian salah tafsir yang berlaku di Twitter. Tapi semua pun salah jawab sebab sekor-sekor perangai macam pembaris. Lurus bendul. Cis.

Baiklah. Berbalik kepada tajuk entry cukup sampai enam patah perkataan yang terawal sahaja yakni "Makan dengan banyak di hujung minggu," aktiviti makan-makan memang seronok lebih-lebih lagi kalau ianya percuma (tapi bukan NG yang belanja).

1# Makan sikit je tapi banyak kali pada hari Sabtu
Sabtu lepas adalah hari kenduri kahwin kawan semasa di bangku sekolah menengah dahulu. Tapi dia buat kenduri sebelah pengantin perempuan je, dekat Balik Pulau. Jadi terpaksa pergi jugak walaupun jauh sebab tak nak dia kahwin sorang-sorang tanpa berteman. Sedih kot kalo kahwin tapi member tak pergi. Mesti lepas tu rasa macam nak kahwin lagi satu pulak kan. Haha.

Bertolak dari rumah pukul 8.00 pagi tapi sebab singgah kat Manjung nak ambil hadiah dari kawan yang tak dapat pergi, nak tunggu bini, bini, dan bini bersolek lagi, maka sampai sana pukul 12.00 tengahari. Pandai kan? Sedap-sedap je timing untuk makan lunch. Lagi pun tak sesat langsung sepanjang perjalanan. Peta kad kahwin memang sangat membantu.

    Watak supir selalunya takde masa depan yang cerah dalam sesi menangkap gambar

Sampai-sampai je hari dah hujan tapi pengantin lelaki tak sampai lagi. Silap kitorang jugak, lupa nak contact beliau. Patutnya ikut rombongan diorang sekali tapi mana nak tau. Ingatkan dah tengahari diorang dah sampai dah. Sebab perut dah lapar sangat, semua member serbu khemah makanan dulu. Lauk kenduri memang sedap tapi makan sikit je sebab pagi tu pergi dengan perut yang agak kosong. Kalau makan banyak terus rasa macam nak muntah. Rasa macam nak tapau nasi minyak tapi risau je kena lempang dengan makcik yang jaga makanan tu. Lepas habis makan hujan makin lama makin lebat. Kitorang lepak dalam rumah pengantin perempuan. Pengantin perempuan memang cool habis. Walaupun baru kenal time tu tapi bila cakap macam kawan lama je. Kitorang berbangga ade bini kawan yang macam tu.

Sweet doves

Pukul 2.30 petang baru pengantin lelaki sampai. Gambar bersama pengantin tak sempat nak tangkap. Tapi dapat tangkap gambar pengantin pun dah kira okey kot. Janji ade bahan bukti. Nak tunggu pengantin habis makan pun memang tak sempat jugak sebab nak bawak bini, bini, dan bini pergi Queensbay pulak. Nak beli asam la. Jumpa kawan la. Sembahyang pun belum lagi.

Dekat Queensbay pun sambung makan lagi sebab perut dah lapar balik. First time pesan sizzling mee sebab bini nak belanja *jaki gila*. Sebelum ni bedal orang lain je. Macam biasa. Makan sikit je, separuh lagi berjaya ditapau dengan menggunakan bekas Tako Tao. Nak dekat pukul 6.00 petang baru bertolak pulang. Pukul 9.00 malam baru sampai rumah. First time jugak bawak kereta lebih dari 3 jam. Nasib baik tak mengantuk sebab ade ceramah free secara bergilir-gilir oleh bini yang berkhidmat kat agensi dadah dan bini yang bakal menjadi cikgu Sejarah kat sekolah menengah dan bini yang menjadi bekas cikgu Sains kat sekolah rendah. Dalam kereta jugak asyik makan jajan yang entah ape-ape.

Sampai je kat rumah rasa lapar lagi. Tengok kat dapur meja, lauk suma dah habis tapi sebab ade lebih sizzling mee yang separuh tu maka habiskan yang tu je. Bagus. Nasib baik takde berlaku pembaziran. 

2# Makan banyak tapi sekali je pada hari Ahad
Majlis makan-makan ni dikelolakan oleh kawan ayah/abang/abang ipar sebab nak rasmikan rumah baru dia. Makanan punya la banyak. Ade nasi lemak, nasi minyak, ayam masak merah, daging kambing, bihun, satay ayam, cendol, aiskrim, bihun goreng, kuih macam-macam jenis, kira dah tahap pesta makanan dah ni.

Sebenarnya bukan nak cerita pasal makan tapi nak bagitau yang aku sangat respect dengan kawan ayah/abang/abang ipar ni. Dia ni pengusaha stesen minyak. Ade jugak buka kedai runcit. Kalau tengok kedai runcit tepi sawah milik dia tu memang nampak daif gila la. Memang kampung sungguh. Tapi... bila tengok rumah agam dia sebiji macam muzium kesenian kat Turki dengan candeliar besar gedabak, ade kolam renang, sistem CCTV, kereta pulak Nissan Fairlady Z memang hartawan sungguh la. Bila compare rumah baru dengan rumah lama dia, macam enggang dengan pipit.

Abang cakap dia jenis yang berjimat cermat. Keuntungan bisnes stesen minyak dengan kedai runcit tu dia simpan dalam bank sampai la lebih kurang 20 tahun sampai mampu kumpul berjuta-juta ringgit. Sekarang dah nampak kan kebaikan berjimat cermat masa muda? Masa tua boleh goyang kaki. Tapi yang lagi best bila tengok zuriat kawan ayah/abang/abang ipar tu berjaya. Anak-anak dia yang besar semua produk sekolah tahfiz. Bagus betul. Pandai seimbangkan dunia dan akhirat. Kagum...kagum.

Rasa macam nak jadi kaya. Tapi kalau ditakdirkan jadi miskin pun okey je... sebab Allah suka orang kaya yang dermawan, tapi Allah lagi suka kat orang miskin yang dermawan. Yang penting kena kongsi rezeki yang kita ada sebab hidup kat dunia ni sekejap saja. Tak ada makna kalau kita sorang-sorang je yang seronok tapi orang lain hidup sengsara kan?

Hidup itu indah bila kita berkongsi.  :-)