Thursday, December 31, 2009

Kesengalan di ambang tahun baru

Semalam masuk Makmal Histologi sebab nak cuci botol yang terisi dengan wax. Nak hilangkan wax ni punyalah susah kalau takde detergent yang khas. Maka masa tengah basuh botol dengan detergent tu, kadang-kadang berselang-seli pulak dengan aktivit SMS *Sayang-menyayangi Syahmi*

Tangan dah comot. Sekali dah berSMS tu, dengan henpon-henpon sekali comot. Maka dengan rajinnya aku pergi basuh henpon aku tu dengan air paip.

Astaga! Zaman bila pulak henpon aku ni ade sistem water-proof?!  *Sambil menghantukkan kepala kat dinding.*

Semalam banyak butang yang rosak. Tapi hari ni, butang 5 je. So, huruf 'j', 'k' dan 'l' memang takkan kelihatan dalam mesej yang aku hantar kat korang.
Contoh: Ahu mahan hat bihih.

Harap korang mengerti.

P/S: Sila jangan memuji kejahilan aku. Kang aku sentap memang 10 tahun aku tak nak cakap dengan sesape dah. Tapi kalo korang nak cakap aku genius ke... takpe. Sangat dialu-alukan. Haha...

Tuesday, December 29, 2009

Perlawanan si bodoh menentang si dungu

Tajuk entry ni ilham daripada game Worms Armageddon yang aku selalu main masa kecik-kecik dulu. *Miss that old days*

Petang tadi Daus ajak aku pergi tengok final match Puncak Piala Emas Raja-raja Kedah lawan Perlis. Mula-mula tu macam confuse jugak. Macam takde calon lain ke nak jemput. Dah lah aku buta sukan. Huhu. Takde lah sangat kot. Time kat sekolah menegah dulu ade je masuk acara balapan tapi sebab dah dicop jadi mamat nerd, maka cikgu-cikgu yang prihatin suruh aku fokus kat study je.*Tamak sangat nak bolot dua-dua bidang.*


Percubaan pertama menangkap gambar memang fail.
*Tetiba boleh amik gambar awek pulak kan*

Daus dan Teha dengan murah hatinya menaja tiket untuk menonton perlawanan tersebut sebagai hadiah hari jadi aku yang dah lepas tu. Bila dah dapat benda free-free camni mestilah tak nak tolak walaupun nak dikatakan yang ulat buku dan sukan adalah tidak pernah sekufu. Lagi pun first time tengok live match ni. Final pulak tu. Maka, petang tu bertolaklah kami ke Stadium Old Trafford Darulaman selepas Asar.


Gambar ni telah membuktikan yang mamat nerd dan sukan boleh hidup bersama.

Sampai je kat area stadium tu, kereta dah penuh kiri kanan. Parking berlapis-lapis pulak tu. Bapak lah ramai tapi baguslah. Aku memang teruja kalo ramai-ramai datang. Meriah sikit stadium tu. Confirm ade drama lepas ni!

Kitorang masuk lambat sebab susah nak cari parking. Tau-tau je Perlis dah score 1 mata. Tapi takpe lah. Awal lagi. Dalam hati aku cuba terapkan prinsip murni yang hero memang akan kalah dulu. Fine, dah nak habis separuh masa pertama Perlis score 1 mata lagi. Ape lah player Kedah ni. Main macam teragak-agak. Dok fikir-fikir lagi nak terima bola tu ke tak nak. Haiyaa... rakyat marhaein macam ni pun ade lagi ke kat muka bumi ni? Sepak je lah, dol! Kalo tak nak, baik ko pegi tolong brader burger kat luar tu meniaga.

Separuh masa pertama tu aku boleh tahan lagi dramanya. Referee yang bertugas malam event tu memang hampass. Dah lah tak jaga game betul-betul. Apetah lagi kad kuning yang seciput tu pon boleh tercicir kat tengah padang. Bola kena tangan tapi masih buat-buat tak nampak. Kalo referee wrestling tu memang aku faham le dia boleh buat-buat tak nampak tapi yang ni...!!! Even penonton suma dah jerit referee bodo pun masih lagi nak tunjuk ego. Sebagai seorang manusia yang pendiam dan pemalu, aku senyap je lah. Takde nak curse-curse ke ape. Kang kalo aku jerit kang sure tenggelam suara aku. Macam takde makna je. Maka sesekali kalo player Kedah miss goal tu aku geleng-geleng kepala je. *Konon tak dapat menerima kenyataan.* 8 kali miss shoot 8 kali gak la aku geleng-gelengkan kepala. Apehal?

Masuk separuh masa kedua dah nampak la sikit usaha player Kedah nak score. Peluang memang dah banyak dah. tapi macam biasa, asyik miss je. Takpe... takpe... yang penting korang berusaha. Kalo player Kedah tu aku boleh tahan lagi. Nampak jugak la semangat dan roh kesukanannya. Ni player Perlis ni apehal?! Sikit-sikit nak tersembam. Terseliuh kaki lah... Telinga kena libas lah... Pastu nak ngadu-ngadu sakit kat referee pulak. Bapak manja gila! Tak pasal-pasal je budak RELA dok ulang alik masuk tengah padang tu angkat korang. Letih tau tak? Korang ingat diorang rela ke nak angkut korang 5-6 kali? Hadoih... korang ingat ni rumah sakit ke nak sakit-sakit bagai?!  Kalo aku jadi referee memang aku biarkan je ko terguling-guling kat padang tu macam tenggiling nak beranak. Nanti ko dah mampus boleh terus korek padang bola tu jadi tanah perkuburan. Menghabiskan masa perlawanan je! Sorang dua takpe lagi. Ni tiap-tiap 10 minit sorang-sorang tersungkur. Kotor gila taktik korang. Ini memang mendatangkan kemarahan setiap penonton! Siap ade bom-bom bagai. Dah lah kitorang duduk kat port penyokong Perlis.*Sesat* Memang jadi main target lah. Pakcik penyokong Perlis ni pun satu. Berani giler lawan cakap penyokong Kedah. Ko tau kan lawan kat negeri Kedah, sah-sah le penyokong Kedah lagi ramai kat stadium ni. Dibuatnya penyokong kedah hangin, dengan aku-aku sekali jadi mangsa pengeboman. Camne?! Dah la Isyak aku tak settle lagi time tu. Mampus aku nak menjawab dengan Tuhan nanti.

Last-last dua-dua team bertumbuk. Haha... First time beb tengok live match terus ade scene gaduh-gaduh ni.*Daus, nanti kalo ade live match ajak aku lagi ye.*

 
Gambar ni mungkin boleh dijadikan bukti betapa sengalnya penonton.

Penonton yang ntahpape pun siap baling botol ngan selipar lagi kat player. Sebab referee pun tak boleh nak control keadaan, sudahnya sorang player Kedah ngan sorang lagi player Perlis dapat kad merah. Fine, nasib baik kad merah tak tercicir.

Tapi kes ni tak abes lagi. Dari dalam padang terus bawak keluar padang. Pengurus dengan jurulatih masing-masing suma tak puas hati. Discuss itu ini dah masuk berapa minit dah. Last-last habis 90 minit camtu je. Sengal! Ko ingat orang bayar tiket tu pakai daun rumput? Aku lain le. Ade orang taja sempena besday aku. Itu pun korang main tak serius lagi. Ni besday aku, sila respect sikit ye!

Sebab bom-bom pun dah takde makna ape dah, ade lah certain penonton tu yang berani mati pegi turun padang. Nasib lah player tak kena lanyak sebab polis kejar diorang balik. Siap bawak anjing lagi tu. Huhu...mencicit diorang lari. Tapi ade jugak sorang penonton yang tak bernasib baik kena tangkap. Tak tau ape jadi kat dia. Depan mata kitorang pun polis-polis tu berani belasah pakai lutut. Kalo kat dalam bilik siasatan nanti apetah lagi. Kat dalam stadium pun dah huru-hara.

 
Ramai gila orang yang datang, tapi performance macam hampass

Konon nak bagi fair, referee suruh diorang sambung game balik dengan baki tempoh yang tertunggak tadi. Ade lah dalam 7-8 minit je kot. Time ni kalo player Perlis nak sakit-sakit lagi memang aku doakan dipanah petir je! Nasib diorang tak buat dah. Ape pun, keputusan tetap tak berubah. Perlis menang 2-0 dengan Kedah.

Kesimpulannya, kalo tahap permainan bola sepak camni baik kasi kitorang 3 orang je main. Player-player tersebut boleh pegi daftar masuk Kelab Kebudayaan. Daus boleh jadi striker... eh, tak payahlah. Lala dengan Aizat dah kasi ko glove kan, ko jadi goal keeper je. Biar aku jadi striker. Defender pun aku jugak. Wing kiri dengan kanan pun aku amik jugak. *Tamak giler.* Teha boleh jadi pom-pom girl kasi semangat kat kitorang.

Huahuahua.   

Monday, December 28, 2009

I miss the old her

Entry tajuk macam loser gila. Like there is no other woman in this world.

Ya lorhh... kecik-kecik comel je. *Ye, aku mengaku yang aku obses dengan perkara-perkara yang comel*

Tapi bila dah besar panjang jadi spoil brat pulak. Kesian betul...

 
I want the old her *sedih*
Cun kan dia?

Minggu ni demam nak menonton semua movie LiLo masa kecik-kecik dulu. Dah lama dah meneruskan usaha untuk mendownload cerita dia tapi sampai sekarang fail. Camne ntah suma file yang aku download banyak yang tak cukup sifat. Ade yang upload CD 1 je. Yang CD 2 tak upload. Volume corrupt la... *Haish*

Whoever has these movies please let me know. Aku dah tak tertahan nak membendung perasaan rindu di hati ini. *Ayat tak boleh blah*


The Parent Trap (1998)




Life-Size (2000)

 
Freaky Friday (2003)

P/S: Freaky Friday dah jumpa, tinggal The Parent Trap dengan Life-Size je lagi. Sape-sape yang jumpa link tu (kecuali Rapidshare ngan Torrent) share lah dengan aku ye. *Sangat berharap*

Saturday, December 26, 2009

Camne kalau sesat dalam hutan?

Hi all.

Today's entry is about personality test. I dare you to try this. Jangan takut. Test ni simple je and enjoyable. So sape-sape yang dah tersesat dalam zone of boredom tu boleh lah join the test. Just doing this for fun, and yet you'll know it is quite true at some degree.

Now, get a piece of paper and write down the answers. Tapi sebab tak sustainable *kata budak Bio kan?* maka boleh lah bukak siap-siap comment box aku, tulis je kat situ. Kita share sama-sama. To whom yang ade blog tu can write yours in the blog. Sape-sape yang takde keyakinan diri yang tinggi dan tak mau share, sila catit jawapan korang kat badan roommate masing-masing. *Huahuahua*

Okay. Can't wait to reveal yourself, huh? Joooommm…

Woohoo… Stop! Stop! I got one more announcement: to whomever yang dah pernah buat this test, please pretend that you got amnesia. *Hihi* Penting untuk dapat result yang adil.

Okay, clear your mind. Get ready now!

Here's the situation:

You are in a deep forest. As you walk on you see an old hut standing there.
(1) What is the status of the door?
     [Opened/Closed]

You enter the hut and see a table.
(2) What is the shape of the table?
     [Round/Oval/Square/Rectangle/Triangle]

On top of the table there is a vase filled with water.
(3) How much of the water is it filled up with?
     [Full/Half/Empty]

(4) And what is the vase made of?
     [Glass/Porcelain/Clay/Metal/Plastic/Wood]

Then, you walk out of the hut. As you carry on your walking through the forest, you see a waterfall from far. There is water running down.
(5) What is the speed of the water?
     [Choose a number ranging from 0 to 10]

Some times after the waterfall, you step on something hard on the ground. As you look down, you see glistening gold in colour. You bend down and pick it up. It is a keychain chained with keys.
(6) How many key(s) you see hanging on the keychain?
     [Choose a number ranging from 1 to 10]

You walk on and on, trying to find your way out and suddenly you see a castle.
(7) What is the condition of the castle?
     [Old/New]

You enter the castle and saw a pool of murky water with shining jewels floating on it.
(8) Will you pick up the jewel?
     [Yes/No]

Next to the murky pool, there is another pool with clear water and money floating on it.
(9) Will you pick the money?
     [Yes/No]

Walking to the end of the castle there is an exit. You proceed to walk out of the castle. Outside the exit, there is a big garden. You see a box on the ground.
(10) What is the size of the box?
       [Small/Medium/Big]

(11) What is the material of the box?
       [Cardboard/Paper/Wooden/Metal]

There is a bridge in the garden some distance away from the box.
(12) What is the bridge made of?
       [Metal/Wooden/Rattan]

Across the bridge, there is a horse.
(13) What is the colour of the horse?
       [White/Grey/Brown/Black]

(14) What is the horse doing?
       [Still and quiet/Nibbling grass/Running about]

Oh no! There is a tornado coming some distance from the horse.
(15) What will you do?
       (i) Run and hide in the box
       (ii) Run and hide under the bridge
       (iii) Run to the horse, ride on and gallop away
       (iv) Just fly with the tornado *Saje nak cukupkan 4 pilihan. Heh*

Tired eh answering all these questions? *Panting*

So I want you to get a rest for a while, get drinking ke ape…

Ape?! Nak tau jawapan dia sekarang jugak ke?

*Geleng kepala* Nah, wait until next week, babes. Sabar tu kan sebahagian daripada iman. Hihi…

Fine, Mash dah bising-bising nak jawapan jugak. Korang baca lah kat bawah ni tapi jawapan tak boleh tukar-tukar dah ye.

Here are the interpretations behind all the situations:
(1) The door:
Opened door - you are a person who is willing to share things with people.
Closed door - you are a person who is keeping things to yourself.

(2) The table:
Round/Oval - any friends that came along, you will accept and trust them completely.
Square/Rectangle - you are a bit more choosy on friends and only hangout with those whom you think are on the same frequency.
Triangle - you are really very very picky about friends and there are not many friends in your life.

(3) Water in vase:
Empty - your life is not fulfilled *Kesian...muahaha*
Half filled - what you want in your life is half fullfilled
Full - your life is completely fulfilled and good for you!

(4) Material of vase:
Glass/Clay/Porcelain - you are weak in your life and tends to be fragile.
Metal/Plastic/Wood - you are strong in your life.

(5) Flow of waterfall:
0 - no sex drive at all *Dah baligh ke belom ni?*
1 to 4 - you have a low sex drive.
5 - you have an average sex drive.
6 to 9 - you have a high sex drive.
10 - you can't live without sex. (-_-#) *Rakusnya...*

(6) Keys:
1 - you have one good friend in your life.
2 to 5 - you have a few good friends in your life.
6 to 10 - you have a lot good friends.

(7) Castle:
Old - shows that your last relationship is not a good one and is not memorable to you.
New - your last relationship is good and it's still resh in your heart.

(8) The jewel from the murky pool water:
Yes - when your partner is around you, you will flirt around with others. *Kasanova yang sangat jujur*
No - when your partner is around, you will stick around with him/her most of the time.

(9) The money from the clear water pool:
Yes - even when your partner is not around you, you will still flirt around with others.
No - even when your partner is not around, you will still think of her and and will be loyal to her, not flirting around with others.

(10) The size of the box:
Small - you have a low ego
Medium - you have an average ego
Big - you have a high ego

(11) Material of the box:
Cardboard/Paper/Wooden (non-shining) - humble personality.
Metal - proud and stuck up personality.

(12) The material of the bridge:
Metal bridge - have very strong bond with your friends.
Wooden bridge - average bond with your friends.
Rattan bridge - you are not in good terms with your friends.

(13) Colour of the horse:
White - your partner is pure and good in your heart.
Grey/Brown - your partner is only average in your heart.
Black - your partner doesn't seem to be good in your heart and appears to be bad sign.

(14) Horse action:
Still and quiet/Nibbling grass - your partner is a very homely and humble person.
Running about - your partner is a wild type person.

(15) This the last but most important part of the test. From how I ended the story, a tornado approaches...
What are you going do? There are only 3 options:
(i) Run and hide in the box.
(ii) Run and hide under the bridge.
(iii) Run to the horse, ride on and gallop away.

What will you choose?
Now, the above is signified by these things:
Tornado - problems in your life
Box - you
Bridge - your friends
Horse - your partner

(i) So if you choose the box, you keep your problems to yourself whenever you are met with problems.
(ii) Or if you choose the bridge, you will go to your friends whenever you are met with problems.
(iii) Or lastly if you choose the horse, you seek your partner whenever your partner whenever you are met with problems.
(iv) Sape yang gatal tangan pilih nak terbang sekali dengan tornado tu maknanya dia memang totally a real loser. *Muahaha*

Friday, December 25, 2009

Pelawaan yang tidak mendatangkan hasil

Hai sayang suma-suma darling intan payung. *Khas untuk readers pompuan je*

Untuk laki nak cakap ape ek?

Owh… Hai bro! *Sambil buat give me five*

Hari ni aku sangat malas. Semalam pun sama. Kelmarin jugak tak ketinggalan. Terlalu tiada mood untuk berbuat ape-ape. Entry party hari jadi kat gymnastic Saujana pun belum buat lagi. *Gile malas!*

Entry ni pon published dari Word je. *Huhu… okey, selalu pon memang aku post dari Word*

Bosan-bosan gini paling larat pun aku berjalan-jalan di alam maya je ke blog-blog orang. Huhu. Tiap-tiap kali blog walking, mesti ade review pasal citer Avatar. Suma cakap best sampai ade yang kasi full rate la… nak kasi bulan pun ade sebab bintang-bintang dah tak cukup.

Memandangkan aku tengah boring-boring ni, ade mane-mane awek nak ajak aku dating tak tengok citer ni?

I nak tengok yang 3D punya, you sudi tak temankan I?

You belanja I tiket, nanti I belanja you makan kat Food Court Jusco ek?

Huh… buhsan gila!

Wednesday, December 23, 2009

Kutunggu ucapan darimu

Salam untuk suma orang. Hari ni besday aku. Tapi tiga wishes je yang aku dapat, dari kakak aku si Cikenis dengan 2 orang lagi kawan.

3 je?

Fine. Aku nak merajuk. Penat je aku tido awal-awal semata-mata nak tunggu orang wish pukul 12 pagi nanti. Tapi natijahnya amatlah memeritkan.

Takpe. Setakat wish tu tak kisah sangat.

Betul.

Ape lah sangat.Sebab aku pun suka mendajalkan besday kawan aku dengan membuat wish seminggu selepas hari jadi diorang. Gitu lah bak kata orang. What you give you get back. *Muahaha dan sob sob sob secara bergilir-gilir*

P/S: Diulangi sekali lagi, hari ni besday aku. Sila wish dengan sebanyak yang mungkin.

Monday, December 21, 2009

Bergembira hingga ke saat akhir

Oh, banyaknya dugaan nak balik kampung. Ingatkan lepas siap histology dah boleh balik. Dapat la cuti seminggu. Sekali supervisor busy pulak sampai appointment untuk uji serum pun tak buat-buat lagi. Ini boleh mendatangkan kemarahan! Takde makna aku nak tunggu-tunggu lagi. Dah berapa banyak cuti aku yang terbengkalai.

Si Cikenis dah bising-bising. "Ko balik je kejap. Mak dah tinggalkan rambutan depan rumah untuk ko. Adik beradik lain suma dah makan."

Tak aci! Tak aci! Mana boleh aku tak makan rambutan tu. Dah berjanggut aku tunggu.

Maka hari Khamis adalah yang terbaik untuk waktu balik kampung sebab Jumaat ade Awal Muharam. Dapat cuti lebih. Famili Kak Yong pun balik.

Yeay!

Huh, tidak ye. Sebenarnye tiada 'Yeay!' di sini sebelum aku sampai ke Perak. Ade je halangannya.

Mula-mula visor fume board untuk cleaning ngan staining specimen tersangkut. Inche Khalid bapaknya si Aizat pun tak boleh nak tolong. Tapi dia tau la sebab ape visor tu tersangkut. Aku dah gelisah dah. Dalam hati dup dap dup dap. Sempat ke tak nak balik kampung hari ni?

Alhamdulillah nasib baik ade sorang staf ni tolong.

Yeay!

Hoho… tak semudah itu ye nak ber'Yeay!-Yeay!' bagai. Ade lagi halangannya.

Pukul 3pm langit dah mendung. Lepas tu hujan sekejap… Nasib baik sekejap je. Syukur… syukur…

Pukul 4pm bertolak dari Sungai Dua, USM sampai kat stesen bas Butterworth dalam pukul 5.30pm, Pergi cek kat kaunter Sri Maju, tiket ke Lumut pukul 6.30pm dah takde. Yang tu untuk hari Jumaat je. Maka terpaksa la aku naik flight.

Muahaha… ingat aku hartawan sejati?

Kakak tu cakap ade pukul 8.30pm punya kat kaunter Transnasional. Terpaksa jugak beli walaupun tak larat nak tunggu sampai 3 jam kat stesen bas.

Tipu je. Sebenarnya sangat seronok ye duduk di stesen bas. Lagi-lagi time musim cuti ni banyak awek-awek IPT yang mahu pulang ke kampung. Sewajarnya ini adalah masa yang terbaik untuk aku membersihkan mata. *Kang kalo cakap cuci mata kang nampak sangat gatal benar nak bernikahnya*

Pendekkan cerita, pukul 12am baru sampai ke stesen bas Manjung. Abang Long dengan Kak Yong yang jemput. Mak pun ikut sama. Sampai rumah je terus mak bukak peti ais keluarkan rambutan yang dia simpan. Terharu aku dapat mak yang sangat-sangat baik camni. *Orang nak sayang mak lebih la camni*

Jumaat takde buat ape pun. Pagi tu main badminton jap dengan anak buah, pastu round-round keliling rumah naik motor. Petang dengan malam layan tv je. Tak pun main dengan baby Abbasy, anak si Cikeja.

Sabtu, pergi rumah Abang Besa' sebab nak tengok baby baru yang ke berapa ek… aku pun dah lupa. Jap nak kira: Anak Kak Yong ade 4, Abang Besa' ade 6, Abang Kecik pulak ade 4, Kak Uda ade 5 orang, Abang Di 2 je, anak Andak ade 4, Akak Besa' baru sorang, Kak Ija pun ade sorang jugak, Kak Anis takde lagi sebab baru je tunang, aku dengan si gemuk pun belum mampu lagi nak ade. Huhu. Maka suma nya ade 1 je… hahaha. *Sangat tidak kelakar ye*

Okey, so semuanya ade 27 orang anak buah. Haish… susah betul. Diorang adik beradik ni suka sangat merancang keluarga. Sekali 4 orang terus beranak dalam setahun. Sampai aku pun dah lupa budak tu anak sedara aku ke bukan.

Memandangkan Kak Ita, bini kepada Abang Besa' tak mau mengandung dah *kot*, maka nama baby tu dibubuh sepanjang yang mungkin.

Nur Putriz Lisa Nadiah el Zahraa binti Mohd Burhan.

Gila panjang betul nama! Aku sangat kesian kat budak ni nanti. Kang time exam kat sekolah, orang lain dah abes jawab soalan ko baru nak tulis nama. Camne? Tak ke parah namanya?! Huhuhu.

Dan aku agak musykil camne kakak dia boleh panggil dia Keledek je. Melekat sampai besar kang mampos budak tu. Panggil Kelly je sudah. Huahuahua… *Kelly si keledek*

Malam Sabtu pulak layan Idola Kecil TV9. *Kes terpaksa tengok sebab anak Kak Yong dah conquer remote control*

Ececey… terpaksa konon, padahal layan. Cuba lah korang tengok citer ni nanti, memang best pun. Lagi bagus daripada korang tengok Akademi Fantasia yang makin tak best tu. *Pape pun adalah lebih afdal sekiranya korang menonton al Kuliyyah daripada tengok citer-citer lagha camni. Huhu*

Dayana sangat comel. *Tiba-tiba*

Azzam pun best. *Tiba-tiba sekali lagi*

Pagi Ahad dah bertolak ke USM dengan Abang Wan, hubby si Cikeja.

Kepada mak ngan ayah, orang nak balik lagi nanti. Tengok lah kalo ade cuti nanti, Insyaallah. Sebab orang tak abes lagi nak lepas rindu kat mak ngan ayah.

*Mak ngan ayah jangan nakal-nakal ye kat kampung. Hihi*

Thursday, December 17, 2009

Bila kita dah tak sehaluan dengan roommate…

Entry khas sempena kembali ke USM dan tinggal di desasiswa masing-masing.

Memang la roommate tak bertukar kan, tapi sape tau kot-kot staf desa silap kasi kunci bilik kat korang. Maka dapatlah roommate baru. Huhu. Kalo yang satu kapal tu takpe la jugak. Tapi kalo dapat roommate from hell tu, camne?

Haha. Korang jangan risau. Aku ade plan baik punya. Gerenti beres!


1
Setiap hari Jumaat, pack segala barang korang pastu bagitau kat roommate yang korang nak balik kampung. Lepas sejam, balik ke bilik balik dan terangkan bahawa takde orang pun kat rumah tu. Unpack segala barang korang dan pegi tido.

2
Setiap kali roommate korang balik, jerit sekuat hati "Horeey...ko dah balik" sambil menari cha-cha dalam tempoh 15 minit. Lepas tu, korang tenung jam lama-lama dan cakap kat dia "Sepatutnya kau dah blah dah sekarang."

3
Buat-buat terjaga waktu tengah malam. Lepas tu jerit kuat-kuat "Tolong! Tolong! Aku kat mane sekarang ni?!" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar korang melompat 2-3 kali saje. Kemudian, sambung tido. Esoknya, kalo dia tanya, pura-pura tak tahu apa yg dia cakap.

4
Ambil marker pen dan buat bulatan kecil kat lengan korang. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5
Beli pokok bonsai. Bercakap dan tido dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan ko lagi!" sambil keluar dan menghempaskan pintu bilik dengan kuat. Kemudian, buang pokok tu tapi pasu tu biarkan kat situ.

6
Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate korang sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..." Letak celak tebal-tebal kat mata korang untuk menampakkan aura kemisterian tersebut.

7
Duduk kat depan papan chess 2-3 jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi." Kalo roommate tanya, korang tunjuk kat papan chess tu sambil buat muka tak puas ati.

8
Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tido. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat "Horeey…!" Bukak lampu semula.

9
Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, ko rupanya..."

10
Cakap kat roommate "Ada pesanan penting untuk ko". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang ko dah lupa pasal pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh, aku dah ingat!" Lepas tu buat-buat pengsan balik.

11
Bila roommate ko balik, korang pura-pura tengah bercakap dalam telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat speaker telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate korang yang bercakap dengan korang tadi adalah mak dia. Cakap yang mak dia akan telefon balik.

12
Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate korang dah hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa saje yang menjumpai roommate korang. Sebagai contoh, setin air kosong dari Nasi Kandar Istimewa. *Huhu.*

13
Bila roommate korang tutup lampu untuk tido, nyanyi lagu Selamat Pengantin Baru sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused. Memakai spek mata tebal warna hitam adalah sangat digalakkan pada waktu ini.

14
Masa roommate keluar, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

15
Kalau roommate ada binatang peliharaan, macam ikan ke… hamster ke… offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. Keluarkan minyak rambut atau Kiwi kasut cepat-cepat sebelum dia bagi persetujuan kepada korang.

16
Pegang dan gosok-gosok rambut roommate korang sambil berkata "Rambut ko hitam, lurus dan berkilat la. Macam teknik rebonding..." Kalo roommate botak, offer untuk lapkan kepala dia dengan pengilat cermin. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
Credits to: Syok.org

Tuesday, December 15, 2009

Kenapa mesti pakcik tu memilih aku?!

Lepas habis labwork petang tadi singgah semayang Asar jap kat masjid. Tiba-tiba ade pakcik datang kat aku tanya mane toilet. Aku tunjuk arah luar direction nak pegi ke toilet. *Gila! Aku tengok pakcik ni menggigil semacam je. Sah tengah tahan kencing ni.*

"Okey. Ni beg anak, kan?" Dia tunjuk beg plastik Body Glove aku *beg plastic yang lepas korang beli baju Body Glove tu ye, bukan beg Body Glove yang betul-betul.*

Pakcik tu letak beg dia sebelah beg aku. Guess what, dia pakai sling bag Barbie colour pink. Okay, fine! Aku tak nak komen yang pakcik ni pun salah sorang daripada mangsa fesyen jugak.

Lepas rakaat ketiga aku semayang, aku perasan pakcik tu dok bersila dekat dengan aku. Mengganggu konsentrasi betol la pakcik ni. Dalam hati dah agak dah ni mesti nak bersembang dengan aku ni. *Semayang tak khusyuk bodo!*

Takpe. Layankan saje.

Habis doa je dia tegur aku.

"Belajar kat sini ke? Bila habis?"

"Ha-ah, belajar kat sini. Bulan 4-5 nanti habis."

"Ooo… Pakcik ade anak perempuan kat USM ni, amik Accounting. Dia tahun dua. Sekarang ade kat hospital. Patah kaki sebab eksiden kat Jelutong."

*Aku wat muka concern je sebab tak tau nak cakap ape dah.*

"Pakcik asal Parit tapi nak pergi Sik sebab nak amik buku akaun anak kat umah nenek dia. Dia dapat insurans. Pakcik nak nombor telefon anak boleh?"

"Nak buat ape?"

Pakcik tu ade cakap something… lebih kurang macam nak pinjam duit. So dia nak nombor telefon aku sebab nanti nak pulangkan duit yang dia nak pinjam.

Aku bagi nombor lama aku sebab aku rasa macam something fishy dengan pakcik ni.

"Tulis nama sekali. Nanti senang pakcik nak kenal."

Aku tulis nama samaran aku je. *Sah-sah bukan Chameytto. Huhu.*

"Pakcik nak pinjam duit saya buat ape? Kan ke pakcik dapat insurans tu?"

"Memang la. Tapi pakcik nak kena balik Sik dulu sebab nak amik buku akaun anak pakcik."

"Berapa tambang pergi Sik?"

"Pakcik tak tau sebab pak cik pernah pergi sekali je."

Biar betul?! Ko pergi umah mertua ko sekali je seumur hidup?!

"Saya takde duit ni pakcik. Hujung-hujung sem semua student dah habis duit." *Berdosa tak kalo aku tipu camni?*

"Takkan la takde duit kot. Ade kad pelajar kan? Keluarkan la sikit."

Tak agak-agak pakcik ni nak paksa-paksa aku keluar duit pulak. Pang sekali kang! Aku tak puas hati terus cek latar belakang dia. "Pakcik kerja ape?"

"Menoreh getah. Untung dia lagi lumayan daripada kerja gomen. Sehari boleh dapat RM300."

Hoho! So mana duit ko selama ni sampai nak pergi Sik pun kena pinjam duit orang?! "Habis tu mana duit pakcik?"

"Dah habis dah… beli wheel chair RM1800, bagi makan anak…"

Patut ke aku percaya?

"Anak ni macam tak percaya pakcik je. Demi Allah, buat ape pakcik nak tipu dalam masjid ni? Kiri kanan ade malaikat."

*Sedangkan kasut Daus dengan Syafiq pun orang curi kat masjid, harus susah aku nak percaya.*

Pakcik tu tunjuk dompet dia. "Tengok ni takde duit langsung."

Dompet dia aku tengok memang tinggal sen je. Lepas tu dia keluarkan kertas putih. "Kalo tak percaya ni IC pakcik."

IC 'dia' hilang rupanya. Surat putih tu pengesahan dari polis yang IC dia hilang masa kat pasar malam. Aku sempat scanning sikit je. Lupa nak tengok nama tapi dia memang orang Parit. Still, aku rasa tak sedap hati. So, aku test dia. "Kenapa pakcik mintak kat saya? Saya takde duit banyak macam orang yang kerja. Nape pakcik tak mintak kat orang yang dah kerja je?"

Aku paling kat staf-staf USM yang tengah berborak. Pakcik tu pun paling jugak.

"Takpelah kalo anak tak nak bagi." Dia hulur salam.

Aku sambut salam dia lepas tu terus blah tak pandang muka dia langsung.

Korang agak pakcik tu jujur tak? Kalo nak ikutkan appearance dia memang agak-agak macam org susah. 

P/S: Tetiba aku rasa macam berdosa pulak. *Aku memang ade masalah kalo nak buat keputusan dan memang selalunya keputusan yang aku buat tu silap.*

Wednesday, December 9, 2009

Mencari sinar bahagia di alaf baru

Tajuk entry adalah seperti orang yang baru mendapat pencahayaan agung. Harap maklum.

Lepas zohor tadi pegi Kompleks BJ sebab nak mencari sinar kebahagiaan di situ tapi tak jumpa. So, pasni nak try cari kat Queensbay pulak kot-kot ade. *Kepale otak ko. PANG!*

Okey…okey... niat sebenar aku bersosial petang-petang ni hanyalah untuk mencari keychain untuk souvenir kahwin si Cikenis untuk diberikan kepada VIP majlis untuk hari kawinnya nanti untuk tidak menghampakan VIP tersebut untuk… *PANG!*

Sakit okey lempang kepala aku laju-laju. Niat aku suci je nak terangkan benda ni lebih lanjut untuk… *PANG!*

Okey, fine!

Suma kedai yang aku pegi tawarkan harga lebih kurang je – dalam RM2.50++ untuk… *mengelak* kuantiti sebanyak 300 kuantiti. *Sengal di situ. PANG!*

Lepas survey 3 kedai, yang last tu aku rasa paling unik dan berseni. Memang la takde berkaitan langsung dengan tema perkahwinan tapi at least aku sangat yakin yang orang takkan buang benda tu macam souvenir perkahwinan yang lain.

Aku confirm kalo diorang dapat benda ni mesti takde rase keinginan nak buang dalam tong sampah. Cuba korang tengok ni. Comel je kan? Ade ke yang sanggup buang benda ni dalam tong sampah?



Keychain diorang kait pakai benang bulu kambing. Harga dia RM4.00 je satu tapi sebab aku nak beli dalam 300 unit maka dapat le diskaun dengan harga yang sama nilai dengan tiket perjalanan pegi dan balik dari USM ke BJ dengan menaiki Rapid Penang. Huhu. Sila kira dengan gigih ye. Lepas tu dia cakap, dalam kuantiti 300 tu boleh campur macam-macam jenis.

Selain bentuk hati dan kepala beruang, ade jugak bentuk bunga dan kepala haiwan lain yang diorang buat macam kepala arnab, kepala lembu New Zealand, kepala kucing mata sepet, kepala beruang sejuk beku, kepala rusa hujan, dan kepala harimau belang. Yang ni ade dalam katalog.








Nak kepala je boleh, nak complete satu badan pon boleh tapi harga mungkin lagi tinggi

Yang dia tak jual cuma kepala lutut dengan kepala otak je sebab benda tu macam dah semula jadi boleh dapat kat mana-mana. Takde nilai komersial langsung. So diorang macam agak malas la nak memikirkan kaedah penghasilannya. Huhu boleh ke gitu?

Selain keychain, banyak lagi produk yang diorang buat macam softoys, fancy hair clippers, pencil accessories etc. Kalo korang rasa nak bagi kat awek ke… bakal menantu ke… boleh la pegi kat kaunter diorang kat tingkat 3 Kompleks BJ, agak-agak depan Kamdar jugak la kaunter tu. Diorang jugak ade sediakan kelas mengait. Jadi sesape yang rasa takde hobi lagi boleh la cuba benda ni. Rugi kalo tak join sebab boleh wat duit woo... Aku tak boleh nak join sebab dah ade hobi dah iaitu berenang di atas tilam di waktu petang selama 3 jam berturut-turut. Ekeke. *Sungguh melampau*

Okey, bagi yang berminat nak melanggan atau nak wat joint venture ke boleh la ke laman web diorang iaitu swadeekrub.blogspot.com.

Actually, gambar yang diorang letak kat dalam web tu tak berapa lawa sangat berbanding yang aku nampak secara live. Haish, bab promotion ni diorang memang fail! Patut letak la gambar yang betul-betul lawa.

Tapi korang jangan risau. Yang live punya memang sangat cute. Mungkin ikut emosi pembuatnya la kot. Kalo suaminya kasi intan berlian ke… ade sale kat Queensbay ke… menang cabutan bertuah ke… mungkin hasilnya sangat cantik.

Tapi jika ditakdirkan Tuhan dia gadoh dengan suami ke... atau boyfriend cabut lari, maka agak-agak jahanam jugak la hasilnya itu. Nak buat kepala angsa terus jadi kepala ayam katik. Hah, camne?!

Maka adelah tugas suami ye untuk memberi nafkah zahir dan batin yang secukupnya untuk bini kamu. Hoho.

Pasni giliran aku pulak yang kawin. *Agak teruja walaupun gabra. Huhu*

P/S: Si Cikenis ade exam esok. Semoga dapat A banyak-banyak. Insyaallah. Before exam jangan banyak cakap dengan orang. Kena banyakkan selawat dalam ati. All the best!

Friday, December 4, 2009

Pembunuh bersiri berskala kecil

"Tok, camne caranya cucu nak jadi hensem macam Brad Pitt?"

"Ah, senang je tu. Ko ikut petua Tok ni, kompem minggu depan terus hensem macam… eh, sape ko cakap tadi?"

"Macam Brad Pitt, Tok."

"Haa… macam Brekpit ape kejadah tu."

"So, ajar le saya cepat, Tok. Tak sabo dah ni. Minggu depan kalo dah hensem, boleh la pegi Queensbay hari-hari." *sengal*

"Okey, ko dengar elok-elok. Mulai hari ni sampai Isnin depan ko korban 10 orang perawan suci."

"Pakai tikus makmal boleh Tok? Ekeke…"

"Jahanam!"


Hari ni bunuh 10 ekor dah dapat dagu macam Brad Pitt. Esok bedah lagi 10 ekor mungkin dapat rambut blonde pulak. Huhu

Bermulanya proses mice necropsy pada hari ini maka dekatlah sudah projek tahun akhir aku dengan penghujungnya. Necropsy buat 10 ekor sehari sampai hari Isnin depan, lepas tu hantar semua organ kat supervisor untuk proses histology. Lepas tu tamat! Huhu. So, harap-harap lepas ni takde tugasan-tugasan yang berbangkit dah. Cuti semester tinggal lagi 20 hari je lagi. Kurang-kurang dapat cuti seminggu pun jadi lah *please God hear me*.

Semalam tak tido lena sebab takut sangat nak perform necropsy ni. Last bedah tikus pun masa kat matrik dulu. Haha. Nasib baik la tak jadi doktor. Gabra gila. Takut tersilap potong ke...*potong potong potong*. Tapi bila dah perform... whoa, kacang gila! 15 minit dah siap seekor. Ingatkan berjam-jam *mode bongkak seluruh alam*.

Masa bedah tu macam okey je. Kengkonon berangan jadi McDreamy. Tapi aku kesian tengok tikus tu masa nak bunuh dengan chloroform. Sedih woo... terkapai-kapai dalam balang, terasa panas chloroform. Pastu tak cukup oksigen lagi. Macam seksa je mati cara tu. Insap aku nengoknya.

Kepada mencit-mencit belaan aku, korang memang the best sebab tak pernah gigit aku. Kita sangat serasi bersama. Sroot...sroot... *aiseh, tisu dah abes la pulak*.

P/S: May you rest in peace, babes.

Wednesday, December 2, 2009

Aku mengidamkan sesuatu

Perghhh... lawa gila! Terliur je aku tengok kasut-kasut ni. Roomate aku dah beli satu. Masa dia takde cuba-cuba gak nak pakai tapi tak muat *perbuatan tak diberkati Tuhan*. Sedih siot dilahirkan tapak kaki yang tidak berkadaran terus dengan tinggi aku ni. Huhu. Kao harus bersyukur, Chameytto. Orang lain kaki pon takde.

Buat yang senasib macam aku ni yang teringinkan kasut ni, marilah kita sama-sama berfantasi tentang kasut ini secara berjemaah. Hoho!

Hah! Ko muat saiz 8 kan? Amik yang ni.


Model: Off Road
Price: RM80


Model: Crocband
Price: RM100


Model: Tideline Canvas
Price: RM130

Aku hanya mampu memandangnya dari kejauhan saje. *ayat pasrah*

Credits to: kedaicrocs.com