Wednesday, December 9, 2009

Mencari sinar bahagia di alaf baru

Tajuk entry adalah seperti orang yang baru mendapat pencahayaan agung. Harap maklum.

Lepas zohor tadi pegi Kompleks BJ sebab nak mencari sinar kebahagiaan di situ tapi tak jumpa. So, pasni nak try cari kat Queensbay pulak kot-kot ade. *Kepale otak ko. PANG!*

Okey…okey... niat sebenar aku bersosial petang-petang ni hanyalah untuk mencari keychain untuk souvenir kahwin si Cikenis untuk diberikan kepada VIP majlis untuk hari kawinnya nanti untuk tidak menghampakan VIP tersebut untuk… *PANG!*

Sakit okey lempang kepala aku laju-laju. Niat aku suci je nak terangkan benda ni lebih lanjut untuk… *PANG!*

Okey, fine!

Suma kedai yang aku pegi tawarkan harga lebih kurang je – dalam RM2.50++ untuk… *mengelak* kuantiti sebanyak 300 kuantiti. *Sengal di situ. PANG!*

Lepas survey 3 kedai, yang last tu aku rasa paling unik dan berseni. Memang la takde berkaitan langsung dengan tema perkahwinan tapi at least aku sangat yakin yang orang takkan buang benda tu macam souvenir perkahwinan yang lain.

Aku confirm kalo diorang dapat benda ni mesti takde rase keinginan nak buang dalam tong sampah. Cuba korang tengok ni. Comel je kan? Ade ke yang sanggup buang benda ni dalam tong sampah?



Keychain diorang kait pakai benang bulu kambing. Harga dia RM4.00 je satu tapi sebab aku nak beli dalam 300 unit maka dapat le diskaun dengan harga yang sama nilai dengan tiket perjalanan pegi dan balik dari USM ke BJ dengan menaiki Rapid Penang. Huhu. Sila kira dengan gigih ye. Lepas tu dia cakap, dalam kuantiti 300 tu boleh campur macam-macam jenis.

Selain bentuk hati dan kepala beruang, ade jugak bentuk bunga dan kepala haiwan lain yang diorang buat macam kepala arnab, kepala lembu New Zealand, kepala kucing mata sepet, kepala beruang sejuk beku, kepala rusa hujan, dan kepala harimau belang. Yang ni ade dalam katalog.








Nak kepala je boleh, nak complete satu badan pon boleh tapi harga mungkin lagi tinggi

Yang dia tak jual cuma kepala lutut dengan kepala otak je sebab benda tu macam dah semula jadi boleh dapat kat mana-mana. Takde nilai komersial langsung. So diorang macam agak malas la nak memikirkan kaedah penghasilannya. Huhu boleh ke gitu?

Selain keychain, banyak lagi produk yang diorang buat macam softoys, fancy hair clippers, pencil accessories etc. Kalo korang rasa nak bagi kat awek ke… bakal menantu ke… boleh la pegi kat kaunter diorang kat tingkat 3 Kompleks BJ, agak-agak depan Kamdar jugak la kaunter tu. Diorang jugak ade sediakan kelas mengait. Jadi sesape yang rasa takde hobi lagi boleh la cuba benda ni. Rugi kalo tak join sebab boleh wat duit woo... Aku tak boleh nak join sebab dah ade hobi dah iaitu berenang di atas tilam di waktu petang selama 3 jam berturut-turut. Ekeke. *Sungguh melampau*

Okey, bagi yang berminat nak melanggan atau nak wat joint venture ke boleh la ke laman web diorang iaitu swadeekrub.blogspot.com.

Actually, gambar yang diorang letak kat dalam web tu tak berapa lawa sangat berbanding yang aku nampak secara live. Haish, bab promotion ni diorang memang fail! Patut letak la gambar yang betul-betul lawa.

Tapi korang jangan risau. Yang live punya memang sangat cute. Mungkin ikut emosi pembuatnya la kot. Kalo suaminya kasi intan berlian ke… ade sale kat Queensbay ke… menang cabutan bertuah ke… mungkin hasilnya sangat cantik.

Tapi jika ditakdirkan Tuhan dia gadoh dengan suami ke... atau boyfriend cabut lari, maka agak-agak jahanam jugak la hasilnya itu. Nak buat kepala angsa terus jadi kepala ayam katik. Hah, camne?!

Maka adelah tugas suami ye untuk memberi nafkah zahir dan batin yang secukupnya untuk bini kamu. Hoho.

Pasni giliran aku pulak yang kawin. *Agak teruja walaupun gabra. Huhu*

P/S: Si Cikenis ade exam esok. Semoga dapat A banyak-banyak. Insyaallah. Before exam jangan banyak cakap dengan orang. Kena banyakkan selawat dalam ati. All the best!

2 comments:

cik pelangi said...

nak keychain itu!!!!
kpala katak ade x??

chameytto said...

huhu...mesti la ade. ko pesal suka katak ni? pelik aku. huhu