Thursday, December 17, 2009

Bila kita dah tak sehaluan dengan roommate…

Entry khas sempena kembali ke USM dan tinggal di desasiswa masing-masing.

Memang la roommate tak bertukar kan, tapi sape tau kot-kot staf desa silap kasi kunci bilik kat korang. Maka dapatlah roommate baru. Huhu. Kalo yang satu kapal tu takpe la jugak. Tapi kalo dapat roommate from hell tu, camne?

Haha. Korang jangan risau. Aku ade plan baik punya. Gerenti beres!


1
Setiap hari Jumaat, pack segala barang korang pastu bagitau kat roommate yang korang nak balik kampung. Lepas sejam, balik ke bilik balik dan terangkan bahawa takde orang pun kat rumah tu. Unpack segala barang korang dan pegi tido.

2
Setiap kali roommate korang balik, jerit sekuat hati "Horeey...ko dah balik" sambil menari cha-cha dalam tempoh 15 minit. Lepas tu, korang tenung jam lama-lama dan cakap kat dia "Sepatutnya kau dah blah dah sekarang."

3
Buat-buat terjaga waktu tengah malam. Lepas tu jerit kuat-kuat "Tolong! Tolong! Aku kat mane sekarang ni?!" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar korang melompat 2-3 kali saje. Kemudian, sambung tido. Esoknya, kalo dia tanya, pura-pura tak tahu apa yg dia cakap.

4
Ambil marker pen dan buat bulatan kecil kat lengan korang. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5
Beli pokok bonsai. Bercakap dan tido dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan ko lagi!" sambil keluar dan menghempaskan pintu bilik dengan kuat. Kemudian, buang pokok tu tapi pasu tu biarkan kat situ.

6
Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate korang sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..." Letak celak tebal-tebal kat mata korang untuk menampakkan aura kemisterian tersebut.

7
Duduk kat depan papan chess 2-3 jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi." Kalo roommate tanya, korang tunjuk kat papan chess tu sambil buat muka tak puas ati.

8
Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tido. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat "Horeey…!" Bukak lampu semula.

9
Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, ko rupanya..."

10
Cakap kat roommate "Ada pesanan penting untuk ko". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang ko dah lupa pasal pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh, aku dah ingat!" Lepas tu buat-buat pengsan balik.

11
Bila roommate ko balik, korang pura-pura tengah bercakap dalam telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat speaker telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate korang yang bercakap dengan korang tadi adalah mak dia. Cakap yang mak dia akan telefon balik.

12
Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate korang dah hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa saje yang menjumpai roommate korang. Sebagai contoh, setin air kosong dari Nasi Kandar Istimewa. *Huhu.*

13
Bila roommate korang tutup lampu untuk tido, nyanyi lagu Selamat Pengantin Baru sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused. Memakai spek mata tebal warna hitam adalah sangat digalakkan pada waktu ini.

14
Masa roommate keluar, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

15
Kalau roommate ada binatang peliharaan, macam ikan ke… hamster ke… offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. Keluarkan minyak rambut atau Kiwi kasut cepat-cepat sebelum dia bagi persetujuan kepada korang.

16
Pegang dan gosok-gosok rambut roommate korang sambil berkata "Rambut ko hitam, lurus dan berkilat la. Macam teknik rebonding..." Kalo roommate botak, offer untuk lapkan kepala dia dengan pengilat cermin. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
Credits to: Syok.org

3 comments:

-zArEp- said...

hahaha...ak suke num 12 tuh~

irfat said...

haha..menari cha cha...taklehbelah..haha

chameytto said...

to zarep: ahaha

to irfat: huu... ape pun takziah ye bro. wa pecaya nenek lu memang baik orangnya dan disayangi tuhan.semoga dia ditempatkan di kalangan org2 yg soleh