Monday, December 21, 2009

Bergembira hingga ke saat akhir

Oh, banyaknya dugaan nak balik kampung. Ingatkan lepas siap histology dah boleh balik. Dapat la cuti seminggu. Sekali supervisor busy pulak sampai appointment untuk uji serum pun tak buat-buat lagi. Ini boleh mendatangkan kemarahan! Takde makna aku nak tunggu-tunggu lagi. Dah berapa banyak cuti aku yang terbengkalai.

Si Cikenis dah bising-bising. "Ko balik je kejap. Mak dah tinggalkan rambutan depan rumah untuk ko. Adik beradik lain suma dah makan."

Tak aci! Tak aci! Mana boleh aku tak makan rambutan tu. Dah berjanggut aku tunggu.

Maka hari Khamis adalah yang terbaik untuk waktu balik kampung sebab Jumaat ade Awal Muharam. Dapat cuti lebih. Famili Kak Yong pun balik.

Yeay!

Huh, tidak ye. Sebenarnye tiada 'Yeay!' di sini sebelum aku sampai ke Perak. Ade je halangannya.

Mula-mula visor fume board untuk cleaning ngan staining specimen tersangkut. Inche Khalid bapaknya si Aizat pun tak boleh nak tolong. Tapi dia tau la sebab ape visor tu tersangkut. Aku dah gelisah dah. Dalam hati dup dap dup dap. Sempat ke tak nak balik kampung hari ni?

Alhamdulillah nasib baik ade sorang staf ni tolong.

Yeay!

Hoho… tak semudah itu ye nak ber'Yeay!-Yeay!' bagai. Ade lagi halangannya.

Pukul 3pm langit dah mendung. Lepas tu hujan sekejap… Nasib baik sekejap je. Syukur… syukur…

Pukul 4pm bertolak dari Sungai Dua, USM sampai kat stesen bas Butterworth dalam pukul 5.30pm, Pergi cek kat kaunter Sri Maju, tiket ke Lumut pukul 6.30pm dah takde. Yang tu untuk hari Jumaat je. Maka terpaksa la aku naik flight.

Muahaha… ingat aku hartawan sejati?

Kakak tu cakap ade pukul 8.30pm punya kat kaunter Transnasional. Terpaksa jugak beli walaupun tak larat nak tunggu sampai 3 jam kat stesen bas.

Tipu je. Sebenarnya sangat seronok ye duduk di stesen bas. Lagi-lagi time musim cuti ni banyak awek-awek IPT yang mahu pulang ke kampung. Sewajarnya ini adalah masa yang terbaik untuk aku membersihkan mata. *Kang kalo cakap cuci mata kang nampak sangat gatal benar nak bernikahnya*

Pendekkan cerita, pukul 12am baru sampai ke stesen bas Manjung. Abang Long dengan Kak Yong yang jemput. Mak pun ikut sama. Sampai rumah je terus mak bukak peti ais keluarkan rambutan yang dia simpan. Terharu aku dapat mak yang sangat-sangat baik camni. *Orang nak sayang mak lebih la camni*

Jumaat takde buat ape pun. Pagi tu main badminton jap dengan anak buah, pastu round-round keliling rumah naik motor. Petang dengan malam layan tv je. Tak pun main dengan baby Abbasy, anak si Cikeja.

Sabtu, pergi rumah Abang Besa' sebab nak tengok baby baru yang ke berapa ek… aku pun dah lupa. Jap nak kira: Anak Kak Yong ade 4, Abang Besa' ade 6, Abang Kecik pulak ade 4, Kak Uda ade 5 orang, Abang Di 2 je, anak Andak ade 4, Akak Besa' baru sorang, Kak Ija pun ade sorang jugak, Kak Anis takde lagi sebab baru je tunang, aku dengan si gemuk pun belum mampu lagi nak ade. Huhu. Maka suma nya ade 1 je… hahaha. *Sangat tidak kelakar ye*

Okey, so semuanya ade 27 orang anak buah. Haish… susah betul. Diorang adik beradik ni suka sangat merancang keluarga. Sekali 4 orang terus beranak dalam setahun. Sampai aku pun dah lupa budak tu anak sedara aku ke bukan.

Memandangkan Kak Ita, bini kepada Abang Besa' tak mau mengandung dah *kot*, maka nama baby tu dibubuh sepanjang yang mungkin.

Nur Putriz Lisa Nadiah el Zahraa binti Mohd Burhan.

Gila panjang betul nama! Aku sangat kesian kat budak ni nanti. Kang time exam kat sekolah, orang lain dah abes jawab soalan ko baru nak tulis nama. Camne? Tak ke parah namanya?! Huhuhu.

Dan aku agak musykil camne kakak dia boleh panggil dia Keledek je. Melekat sampai besar kang mampos budak tu. Panggil Kelly je sudah. Huahuahua… *Kelly si keledek*

Malam Sabtu pulak layan Idola Kecil TV9. *Kes terpaksa tengok sebab anak Kak Yong dah conquer remote control*

Ececey… terpaksa konon, padahal layan. Cuba lah korang tengok citer ni nanti, memang best pun. Lagi bagus daripada korang tengok Akademi Fantasia yang makin tak best tu. *Pape pun adalah lebih afdal sekiranya korang menonton al Kuliyyah daripada tengok citer-citer lagha camni. Huhu*

Dayana sangat comel. *Tiba-tiba*

Azzam pun best. *Tiba-tiba sekali lagi*

Pagi Ahad dah bertolak ke USM dengan Abang Wan, hubby si Cikeja.

Kepada mak ngan ayah, orang nak balik lagi nanti. Tengok lah kalo ade cuti nanti, Insyaallah. Sebab orang tak abes lagi nak lepas rindu kat mak ngan ayah.

*Mak ngan ayah jangan nakal-nakal ye kat kampung. Hihi*

3 comments:

irfat said...

haha..pesanan ko kat mak ayah ko last2 tu memang tak leh belah..hahahha

-zArEp- said...

mmg xbleh bla..
syahmi...jht tul ko bersih mate xajak ak!!!!

chameytto said...

To irfat: haha... sila bersihkan minda anda

To -zArEp-: huhu... xbleh2. pembersihan mata hanya dikhaskan utk org yg takde awek je