Sunday, November 1, 2009

Dah bodo nak wat camne

Bangang okey. Bukak-bukak laptop konon nak berblogging pastu boleh terlupa pulak aku nak citer pasal ape.

Ah, alang-alang citer la pasal kebodohan diri sendiri. Sempena bulan exam ni kan, baik aku wat brain storming dulu pasal mende ni. Nanti boleh la baik pulih mana yang kurang. Pastu exam kang mesti dapat 4 flat. Wakaka.Sudah terserlah kebodohanku di situ.

Baiklah, mari kita lihat sape yang kena! Ekeke.

Kebodohan 1 
Masa umur aku 5-6 tahun dulu, buah durian adalah buah tembikai dan buah tembikai adalah buah durian. Sebab dulu orang cakap durian adalah raja segala buah. Disebabkan aku rasa tembikai adalah buah yang paling sedap dan durian adalah buah yang paling tak sedap, secara automatiknya aku claim yang tembikai adalah durian dan durian adalah tembikai. Sesuka hati je. 

Kebodohan 2
Cikgu BM korang pernah tak suruh korang tulis karangan 'Aku Sebatang Pen' ke... 'Aku Seutas Jam Tangan' ke? Mesti pernahkan? Pastu kesudahannya nanti mesti korang cerita yang diri korang tu da season la... rosak la... ditinggalkan tuan la... ape kan...

Ye, alkisahnya aku terbawak-bawak mende ni sampai ke alam realiti. Masa tu anak sedara aku datang umah. Dia bukak laci meja kat ruang tamu, nampak kotak pensel kaler aku punya. Pastu dia amik sebatang, cakap nak bawak balik umah dia. Mesti la aku tak kasi kan sebab sayang harta. Warna biru pulak tu dia amik (note: zaman sebelum akil baligh dulu kaler biru adelah favourite colour aku).

Anak sedara aku ni beria-ria nak jugak. Aku pun dengan berat hatinya bagi je la kat dia. Hati dah sebak dah. Takpe, mungkin dengan melayan cerita Doraemon boleh menenangkan jiwa laraku ini. Masa dok baring layan citer Doraemon kat tv tetiba teringat kat pensel kaler biru tu. Nanti kalau pensel kaler merah tanya pensel biru gi mana aku nak cakap ape? Pastu mampu ke kaler biru nak survive sorang-sorang kat sana? Kang kalo ade orang buli dia nanti camne?Aku nak tolong tapi jauh. Nak bawak kereta pun tak reti lagi time tu.

Bodoh kan? Tetiba pulak aku boleh bermonolog meleret-leret camni. Sampai kuar air mata pulak tu. Jin mane ntah yang hasut aku sampai emo-emo camni.

Aku tak perasan pun abang ipar aku tengok aku. "Lorh... nanges budak nih." 

Malu okey, pasal pensel sebatang pun nak nanges. Ntahpape je aku nih.

P/S: Buat cikgu BM aku, lainkali tolong la jangan seksa aku dengan karangan sebegini lagi. Sensitip okey. Huk huk huk. 

Kebodohan 3
Mende alah ni berlaku masa aku darjah 3 kat dataran perhimpunan. Masa tu aku adalah sangat kerdil jadi terpaksa berdiri kat depan sekali. Kekadang berangan lantik diri sendiri jadi penolong ketua darjah sebab selalu kan ketua darjah dengan penolong je yang berdiri kat depan sekali. Tapi kelas kitorang dua-dua jawatan budak pompuan yang pegang. Huhu. Kecik-kecik lagi dah dayus. Okey, sambung balik. Sebab alignment barisan suma budak-budak tak centre, Cikgu Dolah suruh kitorang bergerak selangkah ke kiri.

Kiri?

Rasanya tu first time aku dengar perkataan 'kiri.' Selalu aku cakap 'ke tepi' je. Disebabkan tak tau arah mana, aku ikut je la orang sebelah aku. Good! Aina kat sebelah aku. Dia ketua darjah kelas kitorang. Dah la pandai budak ni. Tiap-tiap tahun dalam kelas asyik dia je ranking nombor 1 pelajar cemerlang. So aku follow gerak dia je lah. Padahal kaki dia gerak ke kanan. Sumpah okey masa tu aku sangat innocent. Aku ikut je dia. Sekali Cikgu Dolah sound suma budak-budak suruh betulkan sekali lagi gerakan sebab ade budak yang gerak ke kanan. Dalam hati aku baran je sape la yang bodo sangat  gi gerak kaki kanan ni.

So, kitorang pon betulkan langkah sekali lagi. Tapi kali ni kaki Aina gerak ke kiri pulak. Aku pon pelik. Tadi gerak arah lain, ni gerak arah lain. Tapi aku tetap gerakkan kaki aku ke kanan. Kengkonon prinsip hidup ialah 'Tetap kepada Pendirian.' Siap mendabik dada lagi time tu sebab nak mendalami maksud tersirat motto tu. Wahahau.

Motto kepala otak!

Last-last Cikgu Dolah datang dekat aku pastu sebut nama aku depan suma budak. Bayangkan okey, dengan cikgu-cikgu sekali ade time perhimpunan tu. Tetiba je rasa popular.

Dia tengok name tag aku. Pastu terus tanya, "Chameytto, kamu darjah berapa?"

"Darjah 3." Aku menghadiahkan senyuman yang paling mesra.

"Chameytto – dah darjah 3 pon tak reti-reti lagi nak beza kiri dengan kanan."

Cikgu Dolah cakap pakai mikrofon. Sangat kuat dan jelas rasanya waktu itu. Sampai ati Cikgu Dolah wat saya camtu. (-_-!)

Kebodohan 4
Berbanding dengan kebodohan-kebodohan lain, kebodohan ini masih lagi berlaku sampai sekarang. Tapi actually ni bukan masalah bodoh. Cuma masalah tak mau terima hakikat kejadian sendiri.

Tiap-tiap kali beli baju atau seluar mesti nak beli saiz besar. Kengkonon masih ada harapan boleh jadi tinggi lagi. Hampass!

1 comment:

syafiqz said...

ish3...
ko mmg hampas kelape...