Tuesday, November 10, 2009

Mati di dalam bas yang tidak bergerak?

Wah, mengerikan betul pengalaman aku ari ni. Macam berlakon dalam citer Final Destination pun ada. Mungkin boleh kot dijadikan bahan untuk sambungan filem yang seterusnya. Tuan pengarah jangan nak buat-buat lupa pulak jemput aku jadi cameo ye. Signed! Ekeke.

Pagi tadi keluar pergi animal house sebab nak tengok condition mencit-mencit yang bakal menjadi mangsa projek tahun akhir aku nanti. Suma kecik-kecik comel je belaka. Nak bunuh nanti pon tak sampai hati. Tapi bila staf cakap diorang ni suka gigit-gigit tangan orang dan berkemungkinan besar aku tergolong dalam kumpulan itu, maka dah takde lagi dah sifat nurani dihatiku ini. Lantak ko lah mencit! What you give you get back. Kesian kat Doraemon tu. Yang korang pergi gigit telinga dia sampai jahanam apesal? Makan megi je tak boleh? Nak jugak kaco hidup orang. Aku tak kira! Ni dah siap-siap asah parang dah ni. Tunggu masa je ni. Kill! Kill! Kill! Die! Die! Die!

Tetiba je nak emo time petang-petang ni apehal?!

Baik, pak inche. Saya sambung balik ye.

Keluar animal house je terus pergi ke school untuk menempah dissection kit, formalin, etc. tapi tengok-tengok pakcik yang bertugas tu takde pulak. Selalu je time aku pergi dia takde. Patutnya aku tempah terus je pakcik tu sekali dengan barang-barang yang aku nak. Senang sikit kerja aku. Huhuhu. Dah pakcik tu takde, ape lagi?!! Balik bilik le jawabnya.

Masa naik bas tu sorang pun takde. Driver pun takde jugak tapi enjin dengan radio terpasang. Takpelah. Nanti-nanti ade lah student lain yang masuk. Aku pun layan je lah lagu rock kapak sambil memikirkan masa depan yang bertemakan keindahan alam. Hahaha. Lama sikit lepas tu baru driver datang. Dia masuk ikut pintu driver dan aku rasa dia tak perasaan pun aku ade dalam bas tu. Berat pun 50 kg je. Mesti la tak member kesan kan. Huhuhu.

Time bas bergerak tu memang aku sorang je jadi penumpang. Duduk kat line ke-3. Sampai kat dataran PALAPES bas terus masuk simpang belakang bangunan PALAPES. Time tu masih control macho lagi sebab biasanya driver akan berhentikan bas sekejap untuk turunkan penumpang. Tapi…

Tapi…

Uh, tak sanggup aku nak cerita. Huk huk huk.

Driver tu tak berhenti! Bila bas tu stop je dia terus kuar dari situ. Sempat jugak la aku panggil dia, "Bang!" tapi dia tak perasan jugak. Muka cemas je. Tahan kencing le tu.

Pintu penumpang tertutup, so aku tak boleh nak keluar. Nak tekan butang mana satu pon aku tak reti. Kang tertekan butang 'refresh' kang camne? Ekeke. Boleh pulak begitu. Tapi takpelah. Masih boleh kekalkan lagi perasaan macho tu. Enjin bas terpasang lagi. So, aku assume yang abang tu nak singgah toilet kejap je. Sekali tengok-tengok dia naik motor vroom-vroom laju je tak tengok kiri kanan dah. Dengar cerita bini nak beranak. Hoho!

Aku dah cuak dah. Nak jerit-jerit mintak pertolongan rasa macam takde daya dah sebab semalam tido 3 jam je pastu tak sarapan pulak (ayat cover perasan macho, padahal segan nak mintak tolong). Tetiba je aku rasa mengah ngan sesak nafas. Ah, sudah! Teringat pulak kes anak beranak mati dalam kancil sebab sesak nafas. Camne kalo jadi kat aku?!!!

Headline Berita Kosmo "Pelajar USM Ditemui Mati dalam Bas Yang Tidak Bergerak"

Tak mau lah! Nak yang kat bawah ni boleh?

Headline The Harolds "Malaysia's USM Student Died of Hitting by a Ferrari"

Mati nak gempak je kan.

Okey, tak logik! Tak logik! Bas kan besar gedabak siap boleh lari-lari lagi dalam tu. Lagipun aku sorang je dalam tu. Takde lah sesak nafas ape suma patutnya, tapi kalau tetiba datang penyakit claustrophobia tu camne? Dah lah aku ni cepat mengelabah. Tetiba je rasa nak pecahkan tingkap bas tu sebab cemas sangat. Dada dah berdebar kencang (seperti kencangnya penceritaan aku ini. Ekeke).

Pastu pergi dekat tempat driver. Cadang nak keluar ikut pintu driver je tapi tempat tu agak sempit. Tak tau nak pijak kat mana. Takkan nak pijak kerusi driver kot. Kang kotor kena marah pulak.

Bangang kan? Dah nak mati pun masih nak berskema-skema lagi.

Ye. Akhirnya aku telah membuat keputusan untuk keluar dari kepompong skema sekaligus menyelamatkan diri ini yang hampir nyawa-nyawa ikan dah.

p/s: Mintak maap ye bang sebab saya pijak kerusi driver tu dengan kasut (kembali kepada mode skema selepas terselamat dari maut).

Tiba-tiba.

"Baru keje ke, dik? Tak pernah nampak pun sebelum ni."

"Ha-ah, keje part time. Bini nak beranak bulan depan."

Ekeke.

No comments: