Kompleks RST, 18 Oktober 2009 - Seorang pelajar wanita USM yang membawa kereta kaler silver terpaksa menggadaikan maruah sebuah kereta yang lain hari ini kerana terlalu asyik bermain SMS dengan rakan sebayanya. Kereta yang satu lagi tu telah tercemar ketuanannya oleh kerana bontot nya abes rosak disondol oleh kereta perempuan itu. Adegan ini dikhabarkan sebagai perbuatan amat memalukan dan telah mencemarkan maruah kereta-kereta lain yang turut menjadi saksi keadaan.
"Ade ke patut dia langgar bontot kereta tu?! Sepatutnya dia langgar bontot saya yang comel ni. Dari tadi lagi saya dah get ready tapi kenapa kereta lain pulak yang dia langgar. Awek tu sepatutnya memilih saya. Ini tidak adil! Why?! Why?!" Kata sebuah kereta Viva yang turut berada di tempat kejadian.
Malas ye saya nak melayan kereta yang bernafsu ni. Takpe, kita berjumpa dengan pihak polis untuk mengetahui motif perlanggaran.
Ada pun pihak polis mengesyaki bahawa motif sebenar perlanggaran adalah kerana perempuan itu ingin mengorat pemilik kereta yang dilanggar itu. Beliau yang dimaksudkan adalah seorang pelajar lelaki yang berhati waja dan memiliki sehelai tuala Ali Cafe Power Root yang selalu digantung di bilik bersama baju-baju busuk yang lain. Menurut maklumat yang diambil daripada orang awam, mangsa juga sebenarnya merupakan pemegang pingat emas acara jongkang-jongket bersama mak mertua sendiri.
Setelah di-kaw tim sesama mereka, pemangsa telah sanggup menjadi bini mangsa untuk selama-lamanya bagi membayar ganti rugi kereta yang rosak. Mereka berdua dijangka akan bernikah bulan depan dan bakal mengadakan majlis perkahwinan di padang bola sepak SMK Ulam Raja sempena Hari Kantin sekolah tersebut.
Walau bagaimanapun, kerugian yang dianggarkan adalah tidak jadi dianggarkan memandangkan kalkulator kepunyaan pihak polis tersebut telah kehabisan baterinya.
Sekian berita, salam hormat. Berita ini telah disunting oleh Chameytto dari bilik berita Radio Sengal FM.
No comments:
Post a Comment