Thursday, October 15, 2009

Pelajar USM ghaib sebelum menyambut hari jadi

Lala call aku. “Weh, Daus dah hilang.”

Masa ni aku tengah buat ape ek?

Oh yes! Menyiapkan projek paper Marketing yang sepatutnya kena hantar esok.

“Dia menyorok lah tu. Bocor kot rahsia kita nak wat surprise birthday party untuk dia.” Aku bayang kan diri dia macam aku gak yang tak suka menyambut besday sendiri.

“Ala… mana dia pergi ni?! Aku call dia tak angkat-angkat. Azim cari pun tak jumpa. Motor ade je parking kat bawah tu.” Sambung Lala lagi.

“Kacang je. Ko suruh Teha call dia. Mesti dia angkat.” Selalunya cadangan aku ni memang menjadi. Ekeke.

“Dah. Dia tak angkat jugak. Siang tadi diorang macam ade problem sikit. Daus ajak Teha kuar tapi dia takmo. Teha nak cari dia kat Queensbay.”

Cis! Takpe, kita pakai plan B. “Biar aku call dia pulak.”

Tiga-tiga nombor aku call, yang last tu baru ade orang angkat. See, plan B aku sangat berjaya.

“Hello, ni sape?”

“Teha.”

Hampass! Apesal pulak nombor Daus ni ade kat Teha pulak. Cuba explain sikit.

“Macam mane dia boleh tiba-tiba hilang?”

“Entah la.” Suara Teha cuak. Risau woo kekasih hati merajuk di malam hari jadi. “Lala dah call mama Daus suruh dia call Daus pulak.”

Whoa! Dah siap libatkan mak bapak pulak. Tak boleh jadi camni. Aku teruskan dengan plan C pulak.

Bro, kalo mu x reply msg ak, sok ak boikot xmo anta paperwork marketing

Message sent.

Haram kejadah takde reply langsung. Hadoih.

Lama lepas tu Lala call soh aku turun jumpa kat Gee Tom Yam. Nekad betul kitorang malam tu. walaupun takde birthday boy, parti ni harus dijalankan jugak walau camne keadaan sekalipon. Susah woo nak wat unplanning party ni. Komitmen tu kena tinggi. Macam kawin jugak la kan. (Apehal tetiba je cakap pasal kawen?!)


Gambo ade lah tiada kena mengena dengan kenyataan di atas

Sampai kat Gee Tom Yam, suma makanan dah terhidang. Kek Secret Recipe ‘Happy Birthday, Abang!' di-sponsor dengan penuh kasih sayang oleh Che Teha masih tak terusik gara-gara nak tunggu birthday boy. Tapi aku paling tak tahan tengok satay yang diimport segar dari Hammer Bay oleh Inche Hazwan dan Inche Izzat. Menggoda anak tekak aku betul. Sabo je la. Nasib baik lepas tu muncul gak the birthday boy – dengan penampilan istimewa oleh Aizat.

Maap! Bukan Aizat AF tu ye. Kitorang ade Aizat kitorang sendiri yang dijemput khas dari desasiswa Tekun. Beliau ade lah lebih gah dan macho kalo nak bandingkan dengan yang kat dalam TV tu. (Psstt… Aizat, jangan bagi duit RM10 tu sekarang, orang tengah baca blog aku nih!)

Dan rupa-rupanya Daus pergi bilik member dia sebab nak discuss soalan spot test esok. Wat suspen aku ngan member lain je. Sudah! Sudah! Jom kita makan. Aku lapo dah ni.

Okey. dah siap amik tempat masing-masing, ape lagi?! Takkan nak tunggu betul-betul kol 6 pagi baru nak potong kek kot. Pukol 12 sudah. Maka kita…

Terjahhhh!!!!

“Weh, mane aci ko amik satay lagi banyak dari aku!”


Satay yang kelihatan lebih ghairah berbanding Fasha Sandha


Kek pon sangat sedap maklum le, hasil kasih sayang seorang awek


Dapat dilihat di sini ye bahawa Inche Izzat sangat berbakat menjadi 
penghantar delivery satay sepenuh masa


Sempat lagi discuss pasal test esok


Sape ek bagi hadiah ni?

Ye, dengan acara pembukaan hadiah itu, maka selesailah sudah unplanning party ini. Aku nak ucapkan Selamat Hari Jadi ke-21 kepada Inche Firdaus. Semoga berbahagia selalu dengan Che Teha. Agak-agak nak mintak sponsor kenduri kawen kang mu roger-roger je aku. No problem punya. Hehe.

Kepada Teha, Lala, Aizat, Azim, Izzat, Syafiq, Hazwan, Salwa, Put, Asmy, Ani, dan junior KAKUSMA, aku dengan tak sedar dirinya, bagi pihak Daus, nak ucapkan terima kasih sebab berjaya gak menjayakan party ni. That was a great moment! Syabas Inspektor Shahab.
(note: 15 Oktober 1988, 0600 adalah kelahiran Inche Daus)

No comments: