Sunday, October 4, 2009

Jalan-jalan cari pasal

Semalam gi beraya umah Firdaus kat Pokok Sena bersama geng Power Rangers ngan kawan-kawan geng sekali. Pergi dengan 2 buah kereta. Sangat best dan terbaik.

Pastu main bowling.

Sangat seronok.

Nak beraya camni lagi la.

Mmm… lagi nak citer ape ek?

(Senyap satu buana)

Adeh, nape tetiba tak tau nak tulis ape ni? Semalam beria sangat amik gambo bagai.

_________________________________________

From: Chameytto <chameytto@yahoo.com>
To: Lecturer R <lecturerr@gmail.com>
Subject: PROJEK TAHUN AKHIR (PENTING)

Assalamualaikum Dr,

Saya Chameytto, pelajar yang mana projek tahun akhir adalah di bawah seliaan Dr. S dari INFORMM. Untuk makluman Dr, projek saya memerlukan penggunaan tikus makmal sebagai bahan uji kaji.

Oleh itu saya ingin bertanya, apakah prosedur yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan tikus-tikus di rumah haiwan memandangkan Dr. S masih lagi dalam proses menyiapkan 'ethical clearance' sedangkan saya memerlukan tikus-tikus itu dalam masa yang terdekat.

Beliau mencadangkan supaya saya meminta pandangan daripada Dr sama ada Dr boleh memberi kebenaran terus kepada saya untuk menggunakan terus tikus-tikus tersebut atau Dr memerlukan pengesahan daripadanya dahulu.

Sekian, terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan.

Chameytto

_________________________________________

From: Lecturer R <lecturer@gmail.com>
To: Chameytto <chameytto@yahoo.com>
Subject: Re: PROJEK TAHUN AKHIR (PENTING)

tiada siapa yg boleh mengatasi kuasa JK Etika. jadi, tunggu juga. tiada jalan lain kecuali melanggar peraturan/undang2

r


P/S: Sila nanges sekarang.

No comments: