Korang tau ke IDP Fair tu hape? Ade kah ia nya seperti funfair? Atau setanding kah ia dengan PC Fair yang mampu menguja bebudak U sampai sanggup tuang kuliah hari Jumaat?
Well, kalo nak terangkan secara detail pun aku tak tau sangat. Even, sampai sekarang pun aku tak tau ape maksud IDP tu. Sungguh, tiap-tiap laman web ngan booklet yang dia bagi tu aku tak pernah pun terjumpa IDP tu abbreviation untuk ape. But, atleast aku tau la fungsi IDP ni macam satu agensi konsultan yang tolong student Malaysia untuk pursue study ke Aussie.
Dan kenapa pulak aku ngan the geng gigih nak sambung ke sini walhal degree pun tak habis lagi? Punca nya ialah kakak ngan abang ipar aku. Mostly abang ipar aku la. Dia yang suggest sangat-sangat kat aku suruh sambung belajo kat obesi ni. Gaya paksa pun ade aku tengok. Sebab dia cakap lecturer kat Mesia ni banyak yang tak okey. Kualiti kurang. Aku no comment. Dia lecturer, so hanya lecturer yang tau perangai lecturer sendiri camne. Based on pengalaman aku pon, realitinya memang menyedihkan. Huhu. Tapi tak semua la. Ade yang okey ade yang tak.
Diorang suggest kan aku sambung kat Aussie je sebab dekat. Kos pendidikan ngan sara hidup pun kira murah la compare to Europe ngan USA. Lagi pun diorang da dapat tempat kat RMIT, Melbourne. Yes! Diorang pun sambung study gak. Dua-dua akan buat PhD Electronic Engineering kat sana. Kira nanti da ade geng la kat sana. Itu pon kalo dapat la kan. Aku pun malas nak fikir sangat. Benda free je. So, tak rugi la cuba. Dapat ke tak tu lain cerita.
Sampai je first geng kat sana, memula ingat nak tunggu second geng datang dulu, pastu baru masuk dalam hall tu. Tapi sebab macam da takde harapan je, kitorang terus daftar dulu pastu terus masuk hall, tunggu diorang kat dalam je. Kitorang dapat la tote bag hitam orang IDP bagi sebagai door gift. Haha.
Da masuk dalam hall tu rasa berdebar beb! Suma yang incharge kat every counter mostly Australians. Ade la 5-6 orang tu orang Cina Mesia. Well, tak banyak kaunter yang kitorang singgah sebab orang pun ramai. Memula tu pergi kat Uni of Sydney. Takut gak nak sembang dengan foreigner tu tapi lelama lepas tu ok la. Standard sembang dengan lecturer Jepun aku dulu je. Foreigner tu pun entah paham ke tak ape yang kitorang cakap. Kitorang ni pun bermasalah jugak nak paham loghat English diorang tu.
Kitorang abis degree on April 2010 tapi kemasukan tu untuk July 2010. Masalahnya full result insyaallah keluar on June 2010. So tak tau sempat ke tak masuk dalam list kemasukan untuk sesi tu. Dia pun tak yakin sangat kitorang ni boleh apply untuk Feb 2011 sebab benda tu lama lagi kan. IDP cakap mungkin boleh tapi itu pun kalo result latest kitorang bagus, diorang maybe akan pursue proses untuk kemasukan Feb 2011. Haishh!
Lepas tu singgah pulak kat kaunter RMIT (ini pilihan wajib dan yang paling diutamakan ye, kalau dapat nanti tak la aku rasa lonely sebab dah ade geng kat sana). Muka orang yang incharge tu bapak sebijik macam Einstein. Tapi rasanya dia ni muslim kot sebab nama dia Alireza Baghai. Actually dia yang approach kitorang dulu sebab kitorang tengah berdiri kat depan meja dia sambil tunggu giliran nak dengar detail info pasal RMIT dari rakan dia. Bagus kan dia ni? Rambut dia cantik, putih bersih dan sangat berkilat. Huhu.
Masa tengah berbual dengan dia, ade la sikit-sikit dia komen kat kitorang pasal nampak kitorang ni macam unprepared je. Tanya soalan pun yang thoughtless punya soalan. Suara pulak slow je kan. Haha. Takut la aku. Camne la nak survive kat sana kan kalo hidup pun malu-malu kucheng lagik.
Confession nye ialah aku tak mau sambung kat Aussie sebenarnya. Sebab aku kan pemalu. Nanti camne nak hidup malu-malu kat sana? Sambung kat USM yang tercinta ni sudah. Lagipun kan dah bertaraf APEX. Hahaha. Takde la aku tak berminat langsung. Nak juga merasa hidup kat negeri orang camne. Nak merasa nikmat iman yang orang lain tak berpeluang untuk rasa kat benua yang majoritinya non-muslim.
Tapi try je la dulu. Kita manusia ni usaha je. Nanti tuhan yang tentukan jalan. Aussie ke… USM ke… tu belakang kira. First thing first, play cute or be on mute.
Sila mendoakan yang terbaik untuk aku dan the geng ye.
Da penat-penat ni kitorang singgah pulak kat umah Fatin Iz. Dia buat open house. Kitorang pun macam kompius gak ni open house untuk Diwali ke atau Raya hari ke-29 ni. Kompius-kompius pon makan macam cipan gak tak henti-henti. Haha. Suma hidangan pun terbaik. Ade lontong, nasi himpit, bihun, rendang ayam, kari daging, koktel, roti jala, dan satay.
Dah balik, semayang Maghrib terus terjun atas katil. Wahahau. Sebijik macam ular sawa yang baru telan anak lembu. Kol 9.30pm bangun rasa macam mimpi pulak bila gi IDP tadi. Haha. Bila fikir-fikir balik rasa macam tak lepas je nak gi Aussie ni sebab masa isi borang pun 5-6 kali asyik guna liquid paper je. Comot gila. Hadoih! Nak nanges pulak rasanye. Tapi lantaklah, da bodo nak wat camne kan.
Ni ialah cadangan aku untuk abbreviation IDP:
- Internet Death Penalty (Internet pun boleh mati kah?)
- Isometric Dot Paper
- Internally Displaced Person
- Intercept Deployment Plan
- Inosine 5'-Diposphate
- Impuesto a los Derivados del Petroleo (Telenovela jaman bila pulak nih?)
- International Development Program Australian Universities and Colleges Ltd.
No comments:
Post a Comment