Monday, October 5, 2009

Fast & a little furious

Sila imagine korang tengah berada kat dataran perhimpunan sekolah menengah. Sape yang pakai tudung jarang, seluar menggelebeh, ngan tak pakai lencana, sila keluar ke tepi untuk dirotan ye.

Keadaan pada pagi itu sangat panas sebab matahari dah memancar-mancar ke seluruh buana. Muka bebudak suma dah macam cencorot yang meratapi kematian si suami sebab dah tak tahan dengar cikgu membebel entah ape-ape. Bontot memasing dah berakar umbi sampai ke dalam tanah. Pengawas balachi cikgu disiplin pulak boleh seronok-seronok dok atas kerusi cikgu sambil mengorat cikgu pompuan yang cute.

"Di sini ada satu pengumuman. Para pelajar sila ambil bahagian… er, perhatian." Kata seorang pengawas gemuk yang bertugas sebagai pengerusi pada hari itu.

Bebudak lain mula menegakkan kepala nak dengar ape pengumuman best yang bakal disampaikan kepada mereka.

Si pengawas gemuk itu mengetuk mikrofon sekali lagi sebelum memulakan bicara. "Korang suma, memandangkan Chameytto sedang berpuasa 6 bermula pada hari ini, makanya blog dia pun terpaksa berpuasa jugak seiringan dengan keadaannya. Hal ini kerana beliau mahu ber-shopping tetapi banyak pula tugasan yang tertangguh. Selagi tak siap suma tugasan tu, selagi tu tak boleh shopping and blogging."

"Wak lu!" Bangkit seorang pelajar samseng yang bernama Hishamudin.

"Ko le wak lu!" Pengawas gemuk tu balas balik.


Stuffs to buy this Friday (insyaallah):
  • Sweater
  • Asadi version of Croc sandal
  • Sling bag
  • Tee shirts (2 pairs)
  • C++ dictionary  
    Lalalala…

    No comments: