Esok cuti. Kakak aku dah pesan datang awal esok rumah dia. Sembahyang Jumaat kat sana sebab lepas Jumaat terus bertolak balik kampung. Abang ipar aku pulak keje half-day je esok. Memang kena bertolak awal pagi la nanti. Cadangan untuk berjoli sakan di petang Jumaat yang mulia nampaknya terpaksa di-cancel-kan di separuh minit yang kedua.
Huk huk… ape kan dayaku yang tiada berkereta sendiri.
Lepas abes lecture Marketing terus menaiki 'Mercedes' Inche NG meminta tolong beliau hantarkan ke Queensbay itu sebab Danial ngan Ucop dan Nazary mahu berbuka puasa bersamaku di sana. Ade Najmi, Zack ngan Zharif mengikut sekali. Huhu. Padat… padat… Kancil itu. Niat bershopping seorang diri tapi diorang pon da join sekali. Tak ape. Layankan aje. The more the merrier.
Masuk je Queensbay senyap-senyap lari kat NG pesan kat dia nak balik lambat. "Korang chow-sin-chee dulu ek. Nak balik nanti tak perlu nak roger-roger aku."
Kemudian cepat-cepat berlari ke menyelinap ke butik-butik yang ade di situ. Uishh… ade mata-mata yang memerhati di belakang rupanya. Suspek aku nak berdating di bulan yang mulia ini. Takpe… takpe. Janji aku hensem cukup.
Ring… ring…
Talipon… talipon berbunyi! Ade orang dalam kesusahan… lalala (sila sambung sendiri)
Owh… Akak Besa'.
"Hola."
"Hola. Ko katne?"
"Queensbay."
"Café???"
Apehal pulak pukul 5 aku dah menapak ke café nih?! "Queensbay!!!"
"Mak oih, kayanya shopping kat Queensbay!"
"Aku nak balik petang sok dengan Andak."
"Eeiihh… gi Queensbay. Banyaknya duit."
"Kawan ajak aku bukak posa kat Queensbay."
"Kayanya makan kat Queensbay."
Cukup la. Aku dah tak tahan. Wat aku serba salah je kakak aku sorang nih. "Orang makan kat Jusco je la. Kenapa tipon?"
Bla… bla… bla…
"Bye."
Treet… treet…
Di kala itu Danial menerima sepucuk sms dari aku (novel kah?)
'Ak blk. Emergency. Sori'
Huhu. Abes hilang semangat ke-shopping-an aku. Memang takde baju raya la gamaknya tahun ni. Wuarghhh!!! Pening kepala otak aku nak dengar cakap semua orang.
Kakak aku cakap jangan boros (tapi tahun lepas ko gi Cuti-cuti Mesia kat Beijing tu hape kah?).
Adik aku pulak cakap beli la barang branded sikit. Baru tahan lama. "Cuba ko tengok beg ko yang terkoyak tuh!" jari gemuknya menunjuk ke arah beg aku yang sudah usang itu.
Aiseh… Semalam je time aku galas beg tu Ucop dah tegur. "Aku tengok ko ni dah macam mewakili kanak-kanak miskin kat Mesia dah."
Bukan aku tak mau beli tapi sayang la. Beg tu boleh guna lagi. Koyak kat tempat galas dia je pun. Lagipun baru 3 bulan aku pakai beg tu (Ko bawak batang kelapa sawit ke sampai 3 bulan pakai dah koyak rabak???!!)
Iklan jap: time nak beli lauk sahur semalam aku nak terpesan kat akak café tu kelapa sawit sebungkus. Mamai punya pasal.
Okeh. Kembali ke persoalan tadi, 3 bulan pakai dah rosak teruk???
Jawapan: Mungkin kerana beg itu dibeli ngan harga yang murah menandakan bahawa jenama itu tidak bermutu tinggi, sebab aku nak berjimat (kena ngan adik aku nih).
Baju baru pun rasanya Mei lepas last beli. Itu pon beli kemeja ngan suar untuk LI je. Huk huk huk… Tak adil betul.
Okey, aku ngaku la dulu aku boros tapi sebab dah selalu tengok citer Bersamamu aku dah insap la. See, duit ayah yang bagi banyak ari tu pun aku tak guna lagi. Berjimat kan aku?
No comments:
Post a Comment