Untuk pengetahuan semua, parti tersebut diadakan di gym Saujana sama seperti sambutan hari jadi yang lepas-lepas. Kira dah macam identiti hari jadi aku dah. Asal 23 Disember je korang rajin-rajin le menapak kat gym atas bukit Saujana tu. Confirm ade parti kat situ. Huhu.
Sape-sape yang tak pernah datang USM Minden ni confirm tertanya-tanya apehal pulak nak buat parti kat gym kan? Macamlah semangat kesukanan tu tinggi sangat. Okey, bak sini aku terangkan. *Rajin le pulak nak menerangkan time pagi-pagi buta gini.*
Gym kat atas bukit Saujana tu lebih kurang macam taman rekreasi lah kiranya, untuk siswa-siswi beriadah. Nak kasi keluar peluh ke... nak kurangkan lemak ke... tapi ade jugak umat manusia yang menyalah gunakannya untuk tujuan yang tidak berkaitan. Contohnya macam kitorang ni. Aktiviti menambahkan lemak lagi ade la. Sangatlah tidak menyihatkan. Huhu. Tapi gym Saujana ni memang hotspot pun sebab pemandangan sekeliling dia memang picturesque. *Pandai Inggeris rupanya aku ni walaupun menyebutnya memang adalah sangat fail.*
Sebenarnya memang tak jangka pulak diorang nak buat birthday party ni... okey, tak... tak... aku tipu je. Sebenarnya memang sangat berharap diorang buat party ni. Sanggup tido awal sebab nak bangun tengah malam nanti. Sekali takde pulak. Yang wish pun 3 kerat je. Apehal mengungkit ni?
Nasib baik bebudak junior ade. *Bagus, hormat orang tua.*
Yang ni Daus budak tahun 2 yang bagi. Trimas.
Malam tu barulah ade parti. Heh, makan kek lagi. Tapi badan tetap tidak membesar dengan cemerlang.
Member sehidup semati yang hadir ialah (mengikut susunan abjad dengan mengguna pakai nama glamour dan tidak glamour): As, Azim, Basri, Borriskin, Daus, Farah, Intan, Lala, Put, Salwa, Sha, dan juga Shafiq. Terima kasih kepada Lala sebab organizekan parti ni dan tidak dilupakan juga untuk kawan-kawan lain yang turut datang memeriahkan suasana. Memang happening seperti biasa. Syabas! Korang berjaya membuatkan aku terharu sekali lagi. Sanggup keluarkan duit walaupun JPA ngan PTPTN tak masuk lagi.
Yang ni Syafiq ngan Danial yang bagi sebab diorang
cakap malam-malam aku takde sape nak peluk.
Terima kasih jugak kepada member-member lain yang wish tak kiralah SMS ke... kat Friendster ke... secara live ke... aku sangat-sangat menghargainya. *Oh, sedih gila. Lagi 3 bulan kita semua dah nak berpisah dah.*
Aku tak tau nak cakap ape lagi dah. Cuma malam tu diorang ade mengugut pesan, korang yang membaca blog ini, rajin-rajinlah melawat blog diorang sekali. Kalo boleh setiap 10 saat je pergi blog-walking ke blog diorang. *Huhu, nak mampos?!*
AZIM
FIRDAUS
PUTERI *dia hantu pink*
SALWA
SHAFIQ
Mangsa keadaan
No comments:
Post a Comment