Mula-mula memang tak berazam pun nak pergi ke sana tapi terpaksa ganti si Nazzary Mamat sebab dia ade problem pulak. Kalo tak silap dalam 26 orang je kot yang pergi. Yang ramainya budak Bio dengan Management. Yang SUKSISnya macam berapa kerat je. Huhuhu... Budak polis memang tak suka gi jenjalan ek?
Malam tu bertolak dalam pukul 11 malam dan sampai pukul 5 pagi camtu. Dalam bas tu memang tak boleh nak tido langsung sebab fobia naik bas tengah malam. Selalu kan ade je kes bas eksiden sampai banyak orang mati. Kalo dah tido karang tak perasan pulak aku dah mati ke belum. Kang jadi macam citer 4bia pulak. Huhu.
Lebih kurang sejam sebelum sampai ke Genting tu bas berhenti jap kat Batang Kali. Tiba-tiba jumpa kedai ni. Hehehe...
Sape nak memondan boleh pergi sini
Mungkin bila dah bercouple nanti, aku pun akan tulis
journal khas tentang kisah percintaan aku dengan awek *cheewah*
Sampai First World Hotel masa nak dekat pukul 5 pagi. Kat lobi hotel pun orang masih ramai lagi. Rasanya ramai visitor dari China-Taiwan-Korea kot sebab suma mata sepet-sepet. Ni mesti nak berjudi kat kasino ni tapi kitorang tak... kitorang baik je... niat sekadar nak berlatih tubi camne bila duduk kat oversea karang. Muahaha...
Pukul 5 pagi kat lobi First World Hotel
Sebab duduk dalam bas 6 jam, kepala suma orang pon dah senget-benget
Kitorang hanya dibenarkan check-in pukul 12 tengah hari karang. So, bila dah tak tau nak buat ape kitorang pun pergi la merayau sekitar Indoor Themepark. Seronok gila time ni. Sunyi je tapi meriah sebab ade banyak lampu-lampu.
Suasana dalam Indoor Themepark pukul 5 pagi
Sebab lapar sangat pagi tu terus kitorang meredah segala fast food centre yang ade. Nasib baik KFC, McD, dengan Marrybrown bukak 24 jam. Kalo tidak mesti diorang suma kebulur kecuali aku sebab perut aku tetap gagah walaupun tanpa makanan. Huahua...
Breakfast kat KFC time hening-hening pagi. Huhu.
Masa dalam KFC ni aku tak makan ape-ape sebab dalam bas dah makan roti *padahal nak save bajet* Erk... harga makanan kat sini memang cekik darah kaw-kaw. Berganda-ganda mahalnya dari yang kat luar tu. Tapi sebab yang ni je pun yang paling murah so makan la jugak. Lepas makan tu kitorang rehat jap kat surau sementara menanti subuh. Lepas solat je suma orang bergelimpangan kat lantai surau sebab mengantuk yang terlampau. Dalam pukul 9 camtu baru kitorang pergi Outdoor Themepark. Sejuk gila kat luar tu. 12 degree Celcius je weh! Aku yang pakai t-shirt dengan sweater 2 lapis pun menggigil lagi.
Pukul 9 pagi, kabus tebal gila
Aku punya favourite pic. Lawa kan gambar ni?
Belakang tu Double Deck Carousel. Nak main tapi terlupa. Huhu...
Balik kampung nanti nak suruh ayah aku wat pintu gerbang
camni la kat depan rumah. Macam best je.
Woh! Woh! Woh! Aku suka gila kalo ade taman fantasi camni.
Balik karang nak suruh ayah aku buat jugak la satu. Huhu...
Selain taman fantasi, kat Beryl's Chocolate Wonderland ni jugak ade jual pelbagai jenis coklat yang murah-murah. Mula-mula tu aku cadang nak beli untuk korang tapi sebab wallet dah tertinggal kat lobi terus cancel. Huhu...
Next destinasi ialah Cyclone. Memula tu memang teruja nak main. Sanggup beratur sampai 6 meter tapi bila dah nak naik tu terus cakap kat pekerja yang control mesin tu, "Kak, saya tak jadi naik la. Nak muntah." *Masa tu terus rasa macam tak hensem dah*
Aku baru je nak naik Cyclone, tup... tup... rasa nak termuntah pulak.
Terus tak jadi naik. Pelik kan?
Rakan-rakan yang baru je melepasi Pintu Maut. Cuba korang tengok reaksi Daus tu. Hahaha.
Sumpah, memang aku takkan naik Cyclone.
Nak main Tea Cup pun aku dah tak mampu sebab pening kepala punya pasal.
Kang tak pasal-pasal je aku muntah kat situ.
Aku bukan sengaja ye nak pening-pening kepala ni. Kan dalam bas aku tak tido langsung. Lepas tu dalam surau tu tido sejam je kot. Korang bayangkan ek, hari sebelumnya aku tido 13 jam tetiba hari ni tido sejam je. mau pengsan aku kat tengah-tengah Genting tu. Tapi sebab dah bayar RM150 takkan tak main ape-ape kan. Maka aku pun mencuba Pirate Ship. Perghh... menggerunkan betul. Dah la aku takut gayat. Sekali dilambung-lambung pulak camtu. Memang senak la perut aku ni dibuatnya. Pasni aku takkan berumah di tepi pantai dah. Cukup! *tiba-tiba je*
Kenapa korang suka dilambung-lambung ni?
Lepas turun je dari Pirate Ship tu terus aku pening lalat. Rasa nak muntah pun ade tapi tak keluar isi sebab perut kosong. Angin banyak kat dalam sebab tu la kot rasa nak muntah. *Aku ni asyik cakap nak muntah... nak muntah je... pregnant nye tak jugak*
Dah dekat tengah hari tu balik lobi jap sebab nak ambil minyak angin dengan wallet lepas tu terus gerak pergi lunch kat KFC. Bila dah minum Eno tu barulah perut aku rasa lega sikit. Kalo tak asyik rasa macam nak terkentut je.
Menguatkan otot kaki dengan mengayuh Reindeer Cruiser
Masa nak naik Reindeer Cruiser ni takde partner pulak. Aku nak naik sorang-sorang macam tak yakin pulak. Kang kalo aku dah letih sape pulak nak tolong aku kayuh kan? *Padahal benda tu bergerak automatik* Okey, masa ni aku tak naik sebab nak cuci mata. Awek yang incharge Reindeer Cruiser ni memang comel gile ho! Memang lengkap la pakej yang aku nak. Suma ade - muka comel, bertudung, kulit putih, lemah lembut. Nama Julia pulak tu. Moden siot. Peh, kalo aku dapat tackle dia hari tu mau tiap-tiap weekend aku pegi Genting lagi.
Kat dalam bilik. Kat luar tak nampak ape pun sebab kabus tebal gile.
Pemandangan dah smart dah tapi replika kureng sket
Lepas dah check-in tu terus tido tak ingat dunia. Tak bukak kipas pun dah rasa macam air-cond 16 degree Celcius. Huhu. Petang tu keluar pergi Outdoor Themepark sekali lagi. Kali ni kitorang pergi Dinosaurland pulak. Kalo tak silap area ni paling tinggi sekali. So boleh nampak most of the spots kat keliling Outdoor Themepark.
Pemandangan dah smart dah tapi replika kureng sket
Ni menempah maut namanya ye
Yang ni apetah lagi. Huhu... Sape lah yang genius gila pergi reka game camni?
Aku pelik betul. Asal ade themepark je, games yang ade suma nya nak kasi orang muntah-muntah. Ape ko ingat cleaner Bangla suka sangat nak cuci muntah-muntah orang ni? Aku nak main pon tak boleh. Asyik rasa pening ngan nak termuntah je. Tapi pregnant nye tak jugak. *Eh, macam dah tercakap tadi*
Yang ni pun favourite pic aku. Rasa macam kat oversea je
Bila dah malam tu memang perghhh... Tuhan je la yang tau. Sejuk ya rabbi. Aku rasa aku sorang je kot yang menggigil gila-gila. Aku tengok orang lain cool je. Siap pakai mini skirt lagi. Respect betul aku dengan diorang ni. Memang sangat omputih! Nampak benar aku je yang macam orang kampung mengigil tak sudah-sudah. Mane ntah pergi segala lemak-lemak kat badan aku ni? Jadi sabun ke? Huish, masa ni aku rasa macam nak je aku buat unggun api time-time tu jugak. Lantak la ape orang nak kata.
Tapi sejuk-sejuk pun tetap jugak aku gagah masuk ke SnowWorld pukul 8 malam sebab nak berlatih duduk kat oversea nanti. *Padehal Australia mana ade salji* Untuk pengetahuan korang, salji kat SnowWorld takde lah best manapun. Rasa masin pun ade... eh, alamak! Kantoi. Okey... okey, aku mengaku yang aku ade makan sikit salji kat dalam tu sebab nak try rasa camne. Yuck! Tak best! Tak best! *Bocor dah rahsia walau bagaimanapun... huhu*
Kat dalam SnowWorld ni tak boleh tangkap gambar sebab diorang dah sediakan servis sendiri tapi mahal woo harga gambar tu.
Dalam pukul 12 tengah malam camtu masuk Teater 3D dan main Bumper Car pulak. Best gila lah ade tempat macam ni. tengah-tengah malam pun boleh release tension lagi.
Superb!
Yang ni macam tema Chinatown sebab Raya Cina nak dekat dah kot
Pagi esoknya baru boleh nampak pemandangan kat luar bilik
Okey, sejak bila panda ialah haiwan beriklim sejuk?
Sebab aku dah masuk SnowWorld ni hari sebelumnya, diorang suruh aku dok kat luar je tangkap gambar untuk diorang. Cheiss! Camni la kawan. Huhu...
Tengah hari lepas zohor kitorang balik USM. Habis. *Ayat malas nak menulis dah*
No comments:
Post a Comment