Saturday, December 8, 2012

Sebut betul-betul.... Skriiiiiinnnnnn

Hari ni saya nak menyamar jadi cikgu Bahasa Inggeris. Jadi kat sini nak sentuh sikit bab cara pengucapan perkataan Inggeris (pronounciation).

Undang-undang utama yang wajib kita tau ialah perkataan yang kita lihat tak semestinya akan sama dengan bunyi yang kita sebut.

Saya ingat lagi masa minggu pertama saya sekolah darjah satu, kakak mula ajar saya baca buku Bahasa Inggeris. Buku cerita dongeng biasalah... akan mula dengan "One upon a time..."

Tapi awal-awal lagi perkataan pertama saya sebut dah salah.

One tu saya sebut ooo-neyy. Gila ke apa?! Terkekek-kekek kakak saya gelak.

Dan ada juga perkataan Inggeris yang huruf tu wujud tapi tak berbunyi macam kat bawah ni ada senarai perkataan yang saya dah pasti bunyi dia macam mana:

1. Knight:  'nit
2. Gnome: nowm
3. Debt: det
4. Hermione: her-mai-nee
5. Catriona: kat-ree-naa
6. Arkansas: ar-kan-so
7. Illinois: ee-lu'-noy

Okey, yang tu belum lagi nak kira loghat Inggeris UK, Inggeris Australia lagi.

Loghat British/Irish:
Good luck bunyinya 'Good look'.

Loghat Australia:
Mate bunyinya 'might'.

Apa-apa pun tak boleh salahkan kita kalau tersalah sebut sebab saya tengok dalam cerita "Life as We Know It" pun Josh Duhamel tak reti nak sebut 'fraiche'.

Sorry, that's French.... hehe.

3 comments:

Alia said...

Satu lagi penambahan:

Alia - pronounce as "beautiful woman"

hahahahahahahaha

Ok bai.

Syahmi said...

Perghhh... Alia!!! Our Captain of Universe datang sini!!! omaigee...speechless...tak sangka...tak sangka....

Alia said...

wat. Gila apa?

HAHAHAHAHAHAHAHAH