Tuesday, January 26, 2010

Rahsia di sebalik gambar

Guess what is the picture related to.



P.S.: Sorry, yang ni takde hadiah.

Sunday, January 24, 2010

Blog pornografi khas dari aku

Bila aktiviti holiday yang terlampau melampau bergabung dengan awek cun dari Genting Higlands maka terjadilah suatu tindak balas responsive berlabel XXX seperti yang ditunjukkan di bawah:

Aku terharu.

Klik pada gambar untuk pembesaran tanpa susu ibu

P.S.: Kata kunci yang dimasukkan dalam enjin carian tersebut telah dimasukkan oleh seorang pelayar internet dan dikesan oleh Feedjit. Bukan aku yang gatal-gatal taip ek. Harap maklum.

Saturday, January 23, 2010

Pertandingan bertaraf hotel 3 bintang

Dalam entry lepas aku ade cakap kan nak bagi korang coklat Beryl's tapi tak jadi sebab tertinggal wallet kat lobi. Tapi aku sempat beli key chain sebelum pulang ke USM. Okey sekarang ni korang boleh tengok-tengok dulu.


Key chain ni je la yang aku mampu beli. Yang lain suma nya mahal sokmo. 
*Eh, tetiba je terkecek Klate. Apekah?*

Sebab key chain ade 3 je tapi pembacanya adalah lebih daripada 80 juta orang, maka aku bercadang nak buat pertandingan kat sini supaya adil sikit. Yang menang je yang akan dapat hadiah. Yang kalah tu, boleh try lain kali. Mane tau mungkin aku akan pergi ke Genting lagi ke... *Itu pun kalo awek comel yang kerja kat Genting tu ade lagi* 

Okey, cara-cara nak join pertandingan ni senang je. Korang tengok gambar kat bawah ni sampai pening, lepas tu buat dialog yang kelakar berdasarkan gambar tersebut. Kalo boleh buat yang kelakar melampau-lampau sampai aku rasa nak terkencing. Selamat mencuba.


 Korang sendiri jangan muntah pulak tengok gambar ni

Contoh dialog:

      Lelaki muntah: Kak, adik nak pergi kedai basikal la. Tayar helikopter adik meletup. 
Pompuan malang: Ooo... Kalo gitu ko belikan akak sengkuang sekali ye. Malam ni akak nak wat tom yam ikan masin.
*Dialog hawau giler*

 Okey, tak semestinya orang-orang kat depan tu je yang boleh ade dialog, kalo nak letak yang 2 orang kat belakang tu pun takpe. Depend pada kreativiti korang la. Yang penting dialog korang tu lawak.

Suma orang boleh join pertandingan ni. Tak kira la yang pergi Genting sekali dengan aku ke... yang tak pergi ke... silent readers ke... smart readers ke... suma nya dialu-alukan. tak perlu bayar ape-ape pun. FoC je!

Dialog yang kelakar tu korang boleh la e-mel kan ke syahmist@yahoo.com sebab kalo letak kat ruangan comment nanti ade orang curi idea pulak. Harta intelek tu beb, kena jaga betul-betul. Korang nak hantar berapa banyak dialog pun aku tak kesah tapi sorang pemenang dapat 1 hadiah je. *Nak lebih ko gi Genting* Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2010.

Tiba-tiba teringat korang dah habis jawab tag aku ke belum?

Okey, sebab ade 3 key chain maknanya akan ade 3 hadiah... *Ape yang aku merepek kan ni?*

Maka, nanti hanya akan ade 3 je pemenang bertuah yang akan dipilih. Make sure korang buat yang terbaik.

GOOD LUCK!

Friday, January 22, 2010

Holiday yang terlampau melampau

Mesti sebelum ni korang tertanya-tanya kan apesal aku dah jarang buat entry *kalau tak tanya pun sila buat-buat macam tanya, kang aku termalu pulak* Okey, sebenarnya minggu lepas aku ikut rombongan budak SUKSIS pergi... GENTING HIGHLANDS *tepuk-tepuk*

Mula-mula memang tak berazam pun nak pergi ke sana tapi terpaksa ganti si Nazzary Mamat sebab dia ade problem pulak. Kalo tak silap dalam 26 orang je kot yang pergi. Yang ramainya budak Bio dengan Management. Yang SUKSISnya macam berapa kerat je. Huhuhu... Budak polis memang tak suka gi jenjalan ek?

Malam tu bertolak dalam pukul 11 malam dan sampai pukul 5 pagi camtu. Dalam bas tu memang tak boleh nak tido langsung sebab fobia naik bas tengah malam. Selalu kan ade je kes bas eksiden sampai banyak orang mati. Kalo dah tido karang tak perasan pulak aku dah mati ke belum. Kang jadi macam citer 4bia pulak. Huhu.

Lebih kurang sejam sebelum sampai ke Genting tu bas berhenti jap kat Batang Kali. Tiba-tiba jumpa kedai ni. Hehehe...


Sape nak memondan boleh pergi sini


 Mungkin bila dah bercouple nanti, aku pun akan tulis 
journal khas tentang kisah percintaan aku dengan awek *cheewah*

Sampai First World Hotel masa nak dekat pukul 5 pagi. Kat lobi hotel pun orang masih ramai lagi. Rasanya ramai visitor dari China-Taiwan-Korea kot sebab suma mata sepet-sepet. Ni mesti nak berjudi kat kasino ni tapi kitorang tak... kitorang baik je... niat sekadar nak berlatih tubi camne bila duduk kat oversea karang. Muahaha...


Pukul 5 pagi kat lobi First World Hotel


Sebab duduk dalam bas 6 jam, kepala suma orang pon dah senget-benget

Kitorang hanya dibenarkan check-in pukul 12 tengah hari karang. So, bila dah tak tau nak buat ape kitorang pun pergi la merayau sekitar Indoor Themepark. Seronok gila time ni. Sunyi je tapi meriah sebab ade banyak lampu-lampu.

 
Suasana dalam Indoor Themepark pukul 5 pagi

Sebab lapar sangat pagi tu terus kitorang meredah segala fast food centre yang ade. Nasib baik KFC, McD, dengan Marrybrown bukak 24 jam. Kalo tidak mesti diorang suma kebulur kecuali aku sebab perut aku tetap gagah walaupun tanpa makanan. Huahua...


Breakfast kat KFC time hening-hening pagi. Huhu. 

Masa dalam KFC ni aku tak makan ape-ape sebab dalam bas dah makan roti *padahal nak save bajet* Erk... harga makanan kat sini memang cekik darah kaw-kaw. Berganda-ganda mahalnya dari yang kat luar tu. Tapi sebab yang ni je pun yang paling murah so makan la jugak. Lepas makan tu kitorang rehat jap kat surau sementara menanti subuh. Lepas solat je suma orang bergelimpangan kat lantai surau sebab mengantuk yang terlampau. Dalam pukul 9 camtu baru kitorang pergi Outdoor Themepark. Sejuk gila kat luar tu. 12 degree Celcius je weh! Aku yang pakai t-shirt dengan sweater 2 lapis pun menggigil lagi.


Pukul 9 pagi, kabus tebal gila


 Aku punya favourite pic. Lawa kan gambar ni?

 
 Belakang tu Double Deck Carousel. Nak main tapi terlupa. Huhu...

 
Balik kampung nanti nak suruh ayah aku wat pintu gerbang 
camni la kat depan rumah. Macam best je.

 
 Woh! Woh! Woh! Aku suka gila kalo ade taman fantasi camni. 
Balik karang nak suruh ayah aku buat jugak la satu. Huhu...

Selain taman fantasi, kat Beryl's Chocolate Wonderland ni jugak ade jual pelbagai jenis coklat yang murah-murah. Mula-mula tu aku cadang nak beli untuk korang tapi sebab wallet dah tertinggal kat lobi terus cancel. Huhu...

Next destinasi ialah Cyclone. Memula tu memang teruja nak main. Sanggup beratur sampai 6 meter tapi bila dah nak naik tu terus cakap kat pekerja yang control mesin tu, "Kak, saya tak jadi naik la. Nak muntah." *Masa tu terus rasa macam tak hensem dah*

 
 Aku baru je nak naik Cyclone, tup... tup... rasa nak termuntah pulak.
Terus tak jadi naik. Pelik kan? 

 
 Rakan-rakan yang baru je melepasi Pintu Maut. Cuba korang tengok reaksi Daus tu. Hahaha.
Sumpah, memang aku takkan naik Cyclone.

 
 Nak main Tea Cup pun aku dah tak mampu sebab pening kepala punya pasal. 
Kang tak pasal-pasal je aku muntah kat situ. 

Aku bukan sengaja ye nak pening-pening kepala ni. Kan dalam bas aku tak tido langsung. Lepas tu dalam surau tu tido sejam je kot. Korang bayangkan ek, hari sebelumnya aku tido 13 jam tetiba hari ni tido sejam je. mau pengsan aku kat tengah-tengah Genting tu. Tapi sebab dah bayar RM150 takkan tak main ape-ape kan. Maka aku pun mencuba Pirate Ship. Perghh... menggerunkan betul. Dah la aku takut gayat. Sekali dilambung-lambung pulak camtu. Memang senak la perut aku ni dibuatnya. Pasni aku takkan berumah di tepi pantai dah. Cukup! *tiba-tiba je*

 
Kenapa korang suka dilambung-lambung ni? 

Lepas turun je dari Pirate Ship tu terus aku pening lalat. Rasa nak muntah pun ade tapi tak keluar isi sebab perut kosong. Angin banyak kat dalam sebab tu la kot rasa nak muntah. *Aku ni asyik cakap nak muntah... nak muntah je... pregnant nye tak jugak*

Dah dekat tengah hari tu balik lobi jap sebab nak ambil minyak angin dengan wallet lepas tu terus gerak pergi lunch kat KFC. Bila dah minum Eno tu barulah perut aku rasa lega sikit. Kalo tak asyik rasa macam nak terkentut je. 

 
Menguatkan otot kaki dengan mengayuh Reindeer Cruiser

Masa nak naik Reindeer Cruiser ni takde partner pulak. Aku nak naik sorang-sorang macam tak yakin pulak. Kang kalo aku dah letih sape pulak nak tolong aku kayuh kan? *Padahal benda tu bergerak automatik* Okey, masa ni aku tak naik sebab nak cuci mata. Awek yang incharge Reindeer Cruiser ni memang comel gile ho! Memang lengkap la pakej yang aku nak. Suma ade - muka comel, bertudung, kulit putih, lemah lembut. Nama Julia pulak tu. Moden siot. Peh, kalo aku dapat tackle dia hari tu mau tiap-tiap weekend aku pegi Genting lagi. 


Kat dalam bilik. Kat luar tak nampak ape pun sebab kabus tebal gile.

Lepas dah check-in tu terus tido tak ingat dunia. Tak bukak kipas pun dah rasa macam air-cond 16 degree Celcius. Huhu. Petang tu keluar pergi Outdoor Themepark sekali lagi. Kali ni kitorang pergi Dinosaurland pulak. Kalo tak silap area ni paling tinggi sekali. So boleh nampak most of the spots kat keliling Outdoor Themepark.

 
Pemandangan dah smart dah tapi replika kureng sket


Ni menempah maut namanya ye

 
Yang ni apetah lagi. Huhu... Sape lah yang genius gila pergi reka game camni?

Aku pelik betul. Asal ade themepark je, games yang ade suma nya nak kasi orang muntah-muntah. Ape ko ingat cleaner Bangla suka sangat nak cuci muntah-muntah orang ni? Aku nak main pon tak boleh. Asyik rasa pening ngan nak termuntah je. Tapi pregnant nye tak jugak. *Eh, macam dah tercakap tadi*

 
 Yang ni pun favourite pic aku. Rasa macam kat oversea je

Bila dah malam tu memang perghhh... Tuhan je la yang tau. Sejuk ya rabbi. Aku rasa aku sorang je kot yang menggigil gila-gila. Aku tengok orang lain cool je. Siap pakai mini skirt lagi. Respect betul aku dengan diorang ni. Memang sangat omputih! Nampak benar aku je yang macam orang kampung mengigil tak sudah-sudah. Mane ntah pergi segala lemak-lemak kat badan aku ni? Jadi sabun ke? Huish, masa ni aku rasa macam nak je aku buat unggun api time-time tu jugak. Lantak la ape orang nak kata.

Tapi sejuk-sejuk pun tetap jugak aku gagah masuk ke SnowWorld pukul 8 malam sebab nak berlatih duduk kat oversea nanti. *Padehal Australia mana ade salji* Untuk pengetahuan korang, salji kat SnowWorld takde lah best manapun. Rasa masin pun ade... eh, alamak! Kantoi. Okey... okey, aku mengaku yang aku ade makan sikit salji kat dalam tu sebab nak try rasa camne. Yuck! Tak best! Tak best! *Bocor dah rahsia walau bagaimanapun... huhu*

Kat dalam SnowWorld ni tak boleh tangkap gambar sebab diorang dah sediakan servis sendiri tapi mahal woo harga gambar tu.

Dalam pukul 12 tengah malam camtu masuk Teater 3D dan main Bumper Car pulak. Best gila lah ade tempat macam ni. tengah-tengah malam pun boleh release tension lagi.

 
Superb!

 
Yang ni macam tema Chinatown sebab Raya Cina nak dekat dah kot

 
 Pagi esoknya baru boleh nampak pemandangan kat luar bilik

 
 Okey, sejak bila panda ialah haiwan beriklim sejuk?

Sebab aku dah masuk SnowWorld ni hari sebelumnya, diorang suruh aku dok kat luar je tangkap gambar untuk diorang. Cheiss! Camni la kawan. Huhu...

Tengah hari lepas zohor kitorang balik USM. Habis. *Ayat malas nak menulis dah*

Thursday, January 21, 2010

All hells break loose

Okey, sekarang USM dah dekat 2 tahun pegang title APEX. Sekarang ni pun system pembelajaran dah upgrade sampai ade eLearning system. Baguslah.

Tapi yang hampass nye performance wireless USMHotspot masih di takuk lama. Sampai bila nak jadi macam ni? *sambil minum Milo*

Nak tunggu UM jadi leading university in Malaysia dulu?!

Atau nak tunggu UKM dapat status APEX baru orang USM ni terkentut-kentut nak baiki internet kat hostel?!

Tolong la. Cuba korang cari inisiatif yang bernas sikit. Ni tak… Ade dana berjuta-juta tapi berhabis duit guna untuk cat bangunan je. Korang tau tak betapa azab nya student-student ni takde equipment suma nak buat kerja-kerja dalam lab?!

Ape ko ingat kalo ko cat bangunan tu lawa-lawa suma insan berminat nak belajar kat sini? Hoh, kalo ko letak lampu lip-lap kaler pelangi sekalipun tapi facilities teruk gila, belum tentu lagi aku teruja nak sambung master kat sini. Tau tak?!

You get it?! *See, aku dah mula membebel menggunakan bahasa omputih. Nampak benar aku dah naik hangin sehangin-hanginnya*

Kalo mutusamy mutu pencapaian korang masih tak berubah, aku cadang nak berpaling tadah je dengan USM ni. Kang aku sambung master kat UM je sudah. Jadi orang Kolumpo. *Macam bagus je*

Padan muka USM.

Thursday, January 14, 2010

Mana Azim pergi time tu???

Walaupun tiap-tiap pagi aku telan kismis 7 biji sebelum pergi kuliah, seriously malam ni aku sangat sedih sebab tak paham entry Daus.

Monday, January 11, 2010

Download lagu Aizat – Pergi/I Go

Pergi

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya
terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku
kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi... Pergi

Sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apapun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku
kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi... Pergi

P/S: Untuk memuat turun lagu ini dalam versi Bahasa Melayu atau English, sila klik link-link di bawah.



*Semua lagu OSTni sangat sedap*


Tiba-tiba aku rajin pulak nak mengupload lagu ni. *Konon nak bagi traffic naik*

Ahaks! Okey… okey… aku dah chop ye nak jadikan ni lagu tema untuk program bercuti di Perak karang. Daus, ko ingatkan yang masa kat Subaidah malam tu kita dah discuss pasal program ni? Hoh, lupa ke? Alah… yang lepas kita tengok match Kedah-Perlis tu. Lala, ko ingat tak?

Okey, aku ade cakap kan… lepas pergi Tambun, kita terus je direct pergi mampos umah aku… Kita tido kat umah aku sebab confirm korang letihkan lepas mandi kat Sunway Tambun Waterpark tu. Umah aku dengan Tambun tu dekat la jugak. Dalam 1 jam setengah je kot. Betul tak, Azim? Entah la. Kalo naik bas ke… kereta ke… aku asyik tetido je. Haram nak tau jalan arah mana. Nanti Azim, sebagai penaja bersama merangkap jiran belakang umah mungkin boleh tolong tunjukkan jalan. Ko confirm boleh kan, Azim? Takpe, aku yakin dengan kebolehan ko membaca peta. Kang dah sampai Lekir ko jangan risau. Aku dah tau dah jalan kat situ. Start situ boleh la aku jadi penunjuk jalan pulak. Huhu. *Padahal jalan terus je, takde belok-belok dah*

Orait kan idea aku ni? Malam tu pulak kita pergi makan seafood kat Bakau d' Muara… Aku sebagai penaja utama program ni akan belanja korang. Don't worry, babe-babe sekalian. Ade ikan segar, ketam, udang, kerang, sotong… Perghh, ni sape yang tak suka makan seafood ni memang rugi. Kalo boleh sape yang alergik tu cuba practice untuk terlupa alergik mulai hari ni. Nanti senang sikit nak makan. Terus hadam je. Takde pulak rasa nak tercirit ke… gatal tubuh badan ke… pipi kembang ke… Okey, kesian. Hahaha. Kita makan kat Nasi Ayam Mama je.


Nasi Ayam Mama


Teluk Batik


Lumut Waterfront

Pagi esoknya pulak aku dah plan kita pergi makan angin kat Lumut ngan Pangkor… lepas tu kita bermandi-manda lagi tapi kat Teluk Batik pulak. Tak pun nak mandi dulu kat Teluk Batik tu pun takpe. Dari umah aku tu korang pakai je baju tido yang kusam tu. Senang. Kira jimatlah bil air aku nanti. Cuma korang kena bayar yuran penginapan je bila sampai kat umah aku nanti sebab aku cadang nak jadikan umah aku tu homestay. *Tiba-tiba* Sorang bayar RM50 sudah. Tu cas harga kawan tu tau. Kalo orang yang aku tak kenal mungkin cas RM600 je terus. Huahuahua.

Pasal bilik tu korang jangan risau. Aku dah sediakan 2 pakej untuk korang. Pakej Deluxe dengan Business je yang ade. Ekonomi memang aku tak layan. Hoho… Ha… untuk Daus, kalau Teha pergi sekali aku boleh sediakan pakej Bulan Madu untuk korang. Ade extra bunga ros dengan bunga matahari kat atas tilam. Mesti best. Aku dah bagitau kat mak ngan pak aku dah yang nak datang nanti dalam 15 orang. Diorang dah kasi green light. *Itu pun lepas diorang suruh aku cuci bilik bawah tanah yang kena banjir tu*

Okey, nanti kita bincang-bincang lagi ye. Tak semestinya pergi dalam waktu terdekat ni. Lepas abis semester ni pun takpe. Jom-jom, sape nak pergi, sila angkat tangan sekarang. Aku nak kira jap. Huhu.

Aiseh… Weh, apsal ko punya nampak bulu ketiak?

Muahaha…

Credits to: mp3crypt.blogspot.co, j2kfm.blogspot.com

Wednesday, January 6, 2010

Once I called you my friend


You took my hand
You showed me how
You promised me you'd be around
Uh huh
That's right
I took your words
And I believed
In everything
You said to me
Yeah huh
That's right

If someone said three years from now
You'd be long gone
I'd stand up and punch them up
Cause they're all wrong
I know better
Cause you said forever
And ever
Who knew

Remember when we were such fools
And so convinced and just too cool
Oh no
No no
I wish I could touch you again
I wish I could still call you friend
I'd give anything

When someone said count your blessings now
For they're long gone
I guess I just didn't know how
I was all wrong
They knew better
Still you said forever
And ever
Who knew

Yeah yeah
I'll keep you locked in my head
Until we meet again
Until we
Until we meet again
And I won't forget you my friend
What happened

If someone said three years from now
You'd be long gone
I'd stand up and punch them out
Cause they're all wrong and
That last kiss
I'll cherish
Until we meet again
And time makes
It harder
I wish I could remember
But I keep
Your memory
You visit me in my sleep
My darling...
Who knew
My darling...
My darling...
Who knew
My darling...
I miss you
My darlïng...
Who knew
Who knew.



*****
If that is the path that you choose, then why should I cry for you again?

Neither I want to be your friend nor your enemy.

For 10 years of nothing, let's be stranger now.


*****

Goodbye, darling.

~XOXO~

Monday, January 4, 2010

Dance is never as easy as ABDC

This is gonna be on top of my favourite tv show.

TERBAIKLAH!!!


Saturday, January 2, 2010

Sudah terlanjur tarikhnya

Okay. Ni entry untuk parti hari jadi hari tu. *Mode tergesa-gesa sebab dah masuk tahun baru. Takkan ada 2 entry untuk hari jadi dalam setahun, kan? Dah macam pakej berkembar le pulak. Gilo ko apo?!*

Untuk pengetahuan semua, parti tersebut diadakan di gym Saujana sama seperti sambutan hari jadi yang lepas-lepas. Kira dah macam identiti hari jadi aku dah. Asal 23 Disember je korang rajin-rajin le menapak kat gym atas bukit Saujana tu. Confirm ade parti kat situ. Huhu.

Sape-sape yang tak pernah datang USM Minden ni confirm tertanya-tanya apehal pulak nak buat parti kat gym kan? Macamlah semangat kesukanan tu tinggi sangat. Okey, bak sini aku terangkan. *Rajin le pulak nak menerangkan time pagi-pagi buta gini.* 

Gym kat atas bukit Saujana tu lebih kurang macam taman rekreasi lah kiranya, untuk siswa-siswi beriadah. Nak kasi keluar peluh ke... nak kurangkan lemak ke... tapi ade jugak umat manusia yang menyalah gunakannya untuk tujuan yang tidak berkaitan. Contohnya macam kitorang ni. Aktiviti menambahkan lemak lagi ade la. Sangatlah tidak menyihatkan. Huhu. Tapi gym Saujana ni memang hotspot pun sebab pemandangan sekeliling dia memang picturesque. *Pandai Inggeris rupanya aku ni walaupun menyebutnya memang adalah sangat fail.* 

Sebenarnya memang tak jangka pulak diorang nak buat birthday party ni... okey, tak... tak... aku tipu je. Sebenarnya memang sangat berharap diorang buat party ni. Sanggup tido awal sebab nak bangun tengah malam nanti. Sekali takde pulak. Yang wish pun 3 kerat je. Apehal mengungkit ni?

Nasib baik bebudak junior ade. *Bagus, hormat orang tua.*


Yang ni Daus budak tahun 2 yang bagi. Trimas.

Malam tu barulah ade parti. Heh, makan kek lagi. Tapi badan tetap tidak membesar dengan cemerlang.

Member sehidup semati yang hadir ialah (mengikut susunan abjad dengan mengguna pakai nama glamour dan tidak glamour): As, Azim, Basri, Borriskin, Daus, Farah, Intan, Lala, Put, Salwa, Sha, dan juga Shafiq. Terima kasih kepada Lala sebab organizekan parti ni dan tidak dilupakan juga untuk kawan-kawan lain yang turut datang memeriahkan suasana. Memang happening seperti biasa. Syabas! Korang berjaya membuatkan aku terharu sekali lagi. Sanggup keluarkan duit walaupun JPA ngan PTPTN tak masuk lagi.


Yang ni Syafiq ngan Danial yang bagi sebab diorang 
cakap malam-malam aku takde sape nak peluk.

Terima kasih jugak kepada member-member lain yang wish tak kiralah SMS ke... kat Friendster ke... secara live ke... aku sangat-sangat menghargainya. *Oh, sedih gila. Lagi 3 bulan kita semua dah nak berpisah dah.*

Aku tak tau nak cakap ape lagi dah. Cuma malam tu diorang ade mengugut pesan, korang yang membaca blog ini, rajin-rajinlah melawat blog diorang sekali. Kalo boleh setiap 10 saat je pergi blog-walking ke blog diorang. *Huhu, nak mampos?!* 

AZIM

FIRDAUS

PUTERI *dia hantu pink*

SALWA

SHAFIQ


Mangsa keadaan