Sunday, November 29, 2009

Sedekah itu sebahagian daripada iman kan?

Kepada nama-nama di bawah sila take note:
  1. Ashraff
  2. Farah
  3. Azi
  4. NG
  5. Asmy
  6. Khalis
  7. Najmie
Korang ade lagi  kan tote bag hitam yang kita dapat free masa pegi IDP Fair ari tu...
 
Kalo bagi yang korang punya kat aku boleh tak? Hehe (ubah mode gedik). Sebab aku punya dah jahanam... pleaseeee...



Sape yang bagi kat aku karang aku akan sayang dia lebih. Confirm. Hoho!

Saturday, November 28, 2009

Got idea?

Dalam kuliah Marketing dulu ade belajar pasal kepentingan pengiklanan yang berkesan. Antara yang famous ialah iklan "Got Milk?"

Aku suka sangat kat kempen ni sebab dia ade aura yang tersendiri.

Got Milk? is an American advertising campaign encouraging the consumption of cow's milk, which was created by the advertising agency Goodby Silverstein and Partners for the California Milk Processor Board in 1993 and later licensed for use by milk processors and dairy farmers. It has been running since October 1993 and the campaign has been credited with greatly increasing milk sales nationwide after a 20-year slump.

Ooo... Dah lama dah rupanya kempen ni tapi sampai sekarang masih berjalan lagi. Kebanyakan selebriti terkenal telah dilantik menjadi endorsers untuk tujuan publisiti antaranya ialah:


David Beckham


Masi Oka


Amanda Bynes


Marg Helgenberger


The All-American Rejects


Steve Nash


Taylor Swift

Ditambah pulak dengan penampilan superheroes yang kita kagumi ini... hehehe. Patut le sangat berjaya kan kempen ni.


The Fantastic Four


Superman


The Incredible Hulk


The Dark Knight

Dan tidak dilupakan, kucing yang pemalas ni. Hehehe.


Garfield

Sekarang aku tengah fikir macam mane nak wat promosi untuk bisnes akak aku nanti. Perlu ke aku nak jemput selebriti kat Malaysia ni pastu wat poster diorang makan cupcakes akak aku?

Tapi masalah sebenarnya, nak ke diorang makan cupcakes akak aku? Hehehe.

Friday, November 27, 2009

Bila dah lapar perangai pun jadi tak senonoh

Sekarang perut aku dah memekik kelaparan. Dah beli Maggi Cup tapi takde air panas. Agak bangang untuk  sesape yang tak aktifkan hot water kat pantry tu.

Aktifkan?! Hahaha. Terpancar sinar kebodohan di situ.

Ye, aku mengaku sekarang ni aku sangat bodo. Otak aku dah tak boleh nak generate kan idea-dea yang bernas kalo perut ni kosong je.

Semalam dah makan kat Marrybrown. Kalo hari-hari makan kat sana boleh kopak duit aku. Dan tak mau jugak makan kat mapley selalu sebab geli. Dekat sape jangan ditanya!

Tapi perut ini mintak diisi jugak.

"Isi lah! Isi lah! Isi lah!" Perutku dah menghentak-hentak kaki ke lantai macam budak yang kepinginkan sesuatu.

Relaks la perut, aku ade idea.

Lalala... (sambil bukak Google dan terus menaip sesuatu)

 

 

 

 

 

 



 

 

Mengiurkan bukan? Ye, sesungguhnya sekarang ni aku sedang gigih berfantasi... dan yang pasti ia bukanlah sejenis fantasi seksual bersama Fasha Sandha.

Selamat menyambut hari raye haji.


Yang benar,
Aku yang masih lapar dan hopeless.

Thursday, November 26, 2009

Kad raya untuk readers


Assalamualaikum wbt.
Selamat menyambut hari raya aji ye. Aku beraya di perantaun tahun ni. Huk huk. Kepada suma readers, jangan malu-malu. Amik la kad  raya ni penat-penat aku wat untuk korang pagi-pagi hening ni sementara nak tunggu subuh. Aku akan sangat berbangga sekiranya korang amik kad yang tak semenggah ni. Huhu.

Monday, November 23, 2009

Ko pandai ke cakap Perak?

Cepat kome bukak Kitab Vocab Peghak page enam puloh lapan! Ari ni chekgu nak kome suma menghapai suma vocab-vocab di bawah. Karang chekgu nak tanya. Sape tak dapat jawab kang chekgu kasi pelempang je lapan belas das. Tak cakap ape dah. Jadi, sila menghapai dengan lebih gigih ye. Kita mulakan sepuloh minit dari sekarang! Priiitt!!!

ayor = air
Kome datang mengejut, teman hidang ayor kopi bujang aje le ye. 

cer = cuba; ceroya = cari
Mana peginye ceromin mata teman ni? Cer mike ceroya bawah bangku tu, weh! 

setepeket = sijil (certificate)
Anak teman tu keroje tak besor, sekoloh pun tak dapat setepeket. 

sembei = pasir
Jenuh teman nyapu laman ni, idok jugek le bersih nye, bersembei tak abih-abih. 

terambor = terjatuh selerak  
Ateee, mana kunci metokar teman ni? Tadi ada. Terambor tengah jalan tadi gamaknya. 

incit = berambus
Apa lagi kome terhegeh-hegeh kat laman tu?! Incit kamu dari sini! 

ingke = seronok sangat
Kome jangan ingke-ingke sangat, karang ngigau. 

jelabok = jatuh bertaburan
Itu le, sapa suruh angkut banyok-banyok. Udoh jelabok rata-rata. Angkat sikit-sikit udoh le. 

ngombeng = tak bergerak-gerak / tak terbuka
Jenuh dah keme guna sudu nak bukak tin biskut ni. Haram tak ngombeng pun! 

ngimbor = lari
Teman tengoh ngait mempelam, kena kejor tebuan. Ateee, ngimbor le teman. 

peghosah = paksa
Pegi peghosah ayah kamu tu, Salwa. Bior tahun ni kite beraye kat London. 

berahcike = makan
Ateee, mana perut mike tak boyot, berahcike kuat. 

intu api = hidupkan api
Pegi intu api tu, Ajim. Karang tak masak lemang nak bawak beraye ke London.

simpul mengkarung = kejang otot
Adeh... adeh... adeh... tak boleh bangun teman. Udoh kena simpui mengkarung ni. 

transpar = transfer
Bukan ape, kalo mike koje elok-elok karang buleh le transpar ke London. 

meliana = orang kaya (millionaire)
Kamu tengok anak Pak Rasli tu meliana! Pangkat besor, romah besor, metokar besor. Tunggu nak kawin je lagi. 

pentelon = seluar panjang
Raifana, mana mike letok pentelon teman? Tadi ada tepi pintu ni. 

meroloh = tido
Ateee baru pukoi 9 awei benor mike merolohnya. Moh le neman teman nengok cite Sundel Bolong nih. Nengok sesorang karang ngeletor pulok teman. 

nyongen = senyum sengih
Yang kamu nyongen sorang-sorang kat tepi pokok tu nape? Udoh kena sampok jin hutan gayanye. 

tengkeghap = terbalik
Udoh tengkeghap periuk gulai aku dilanggor kucing kamu, Farah oi. 

jerabe = koyak rabak
Udoh takda baju lain ke, yeop? Yang mike pakai baju yang udoh jerabe tu apa keh nye? 

tak semiyok = tak sihat
Teman tak jadi le nak pegi clubbing malam ni. Badan asyik tak semiyok je. 

Credits to: Cari Forum

Friday, November 20, 2009

Power rangers versi tikus makmal

 
Cepat suma amik tempat masing-masing. Kita wat formation Bebola Ikan! 
Ah, silap pulak! Bebola Api sepatutnya!

 
Kawan-kawan, monster tu dah lari kat atas! 
Cepat wat Tangga Power Rangers!


Ah, tak guna! Kita telah dikepung oleh pihak lawan.


Camne ni ketua?! 
 
 
Ketua, ko gi panjat dulu. Kitorang nak minum jap.

 
Wey, mane aci! Gua pun nak join gak.

Moral: Jangan bunuh tikus putih makmal. Diorang sangat suci dan comel.

Wednesday, November 18, 2009

Eksiden ngeri depan mata aku!

Kompleks RST, 18 Oktober 2009 - Seorang pelajar wanita USM yang membawa kereta kaler silver terpaksa menggadaikan maruah sebuah kereta yang lain hari ini kerana terlalu asyik bermain SMS dengan rakan sebayanya. Kereta yang satu lagi tu telah tercemar ketuanannya oleh kerana bontot nya abes rosak disondol oleh kereta perempuan itu.  Adegan ini dikhabarkan sebagai perbuatan amat memalukan dan telah mencemarkan maruah kereta-kereta lain yang turut menjadi saksi keadaan.

"Ade ke patut dia langgar bontot kereta tu?! Sepatutnya dia langgar bontot saya yang comel ni. Dari tadi lagi saya dah get ready tapi kenapa kereta lain pulak yang dia langgar. Awek tu sepatutnya memilih saya. Ini tidak adil! Why?! Why?!" Kata sebuah kereta Viva yang turut berada di tempat kejadian.

Malas ye saya nak melayan kereta yang bernafsu ni. Takpe, kita berjumpa dengan pihak polis untuk mengetahui motif perlanggaran.

Ada pun pihak polis mengesyaki bahawa motif sebenar perlanggaran adalah kerana perempuan itu ingin mengorat pemilik kereta yang dilanggar itu. Beliau  yang dimaksudkan adalah seorang pelajar lelaki yang berhati waja dan memiliki sehelai tuala Ali Cafe Power Root  yang selalu digantung di bilik bersama baju-baju busuk yang lain. Menurut maklumat yang diambil daripada orang awam, mangsa juga sebenarnya merupakan pemegang pingat emas acara jongkang-jongket bersama mak mertua sendiri.



Setelah di-kaw tim sesama mereka, pemangsa telah sanggup menjadi bini mangsa untuk selama-lamanya bagi membayar ganti rugi kereta yang rosak. Mereka berdua dijangka akan bernikah bulan depan dan bakal mengadakan majlis perkahwinan di padang bola sepak SMK Ulam Raja sempena Hari Kantin sekolah tersebut.



Walau bagaimanapun, kerugian yang dianggarkan adalah tidak jadi dianggarkan memandangkan kalkulator kepunyaan pihak polis tersebut telah kehabisan baterinya.

Sekian berita, salam hormat. Berita ini telah disunting oleh Chameytto dari bilik berita Radio Sengal FM.