Saturday, January 22, 2011

Kesengalan semasa menukar tayar semakin menjadi-jadi

Pukul 8.00 malam tadi pergi dengan Syirah (anak sedara) jemput mak lepas dia habis cuci darah kat Manjung. Cuci darah tu tak sama macam cuci lampin. Bahasa saintifik untuk cuci darah ialah haemodialisis.

Pergi ambil mak naik Kelisa Kak Ija. Masa pergi tu okey je tapi waktu nak balik tu perasan Kelisa Kak Ija macam tak berapa okey. Ada macam bunyi angin berdesir sikit. Ingatkan sebab kitorang bukak tingkap (sebab mak tak boleh kena aircond). Lepas tutup cermin kereta bunyi tu dah hilang tapi kereta rasa macam berat sikit. Berhenti tepi jalan, sekali tengok tayar belakang dah terkoyak. Nasib sport rim tak rosak.

Nak tukar tayar tapi tak pernah buat, jadi telefon Kak Ija dengan Abang Wan. Dalam 15 minit tu diorang dah sampai. Sebenarnya jarak tempat kejadian dengan rumah dah dekat pun. Tak la risau sangat. Dalam Twitter tu saja je nak exaggerate lebih. Ngahaha.

Sampai-sampai je Abang Wan terus selongkar bonet kereta, keluar tayar baru dengan tool kits. Okey, sekarang aku dah belajar teori untuk menukar tayar kereta.
  1. Mula-mula letak sign (yang ada reflection tu... atau ranting kayu besar pun boleh jugak kot) beberapa meter yang sesuai kat belakang kereta kita sebab tak nak bagi orang langgar kita free-free je masa kita tengah khusyuk ganti tayar.
  2. Keluarkan tayar baru dan tool kits yang bersesuaian.
  3. Pasang jet kat bawah bahagian tepi kereta.
  4. Longgarkan semua nut pada sport rim kat tayar yang rosak tu.
  5. Adjust jet supaya bahagian yang kita nak tukar tayar tu naik sikit.
  6. Boleh cabut tayar lama ganti dengan yang baru.
Err... okey sampai langkah ke-5 tu je yang aku confident untuk sampaikan kat korang. Yang lain tu tak sure sebab elok je Abang Wan nak longgarkan nut, sekali baru perasan spanar tak sepadan dengan nut pada sport rim. Sepatutnya kena pakai Allen keys. Lagipun aku dah ingat-ingat lupa betul ke tak benda yang guna untuk naikkan kereta tu nama dia 'jet' *double palm slap!*

Sebab dah tak boleh nak buat apa, Abang Wan decide nak panggil mechanic je. Mak ikut Abang Wan dengan Kak Ija, aku dengan Syirah duduk dalam Kelisa tu tunggu diorang. 

Syirah lepak kat seat belakang, aku duduk kat seat pemandu. Masing-masing buat hal sendiri. Aku layan Twitter, dia main mesej. Sekali tu kitorang dengar bunyi pintu belakang tu kena ketuk banyak kali macam bunyi orang ketuk pintu.

"Bunyi apa tu, Cakmin?" Syirah tanya. Aku ingatkan dia yang main-main ketuk sebab dia duduk kat belakang. Masa tu tengah asyik lagi layan Twitter.

Aku lepas kentut sepuas yang mungkin sambil cakap "Amacam, comel tak Cakmin kentut? Macam ada aura babyface kan?" sambil pandang belakang menghadap anak sedara aku.

Sekali aku tengok dia baik punya tekup muka dengan tangan sebab takut tapi bunyi ketuk kat sebelah pintu tu still lagi berbunyi. Aku pandang sekilas je. Tergamam sekejap sebab memang takde siapa-siapa pun kat belakang Kelisa tu. Entah apa entah yang rajin sangat buat overtime kacau kitorang waktu tu. Time tu aku rasa bunyi kentut aku pun dah macam tak kelakar sangat dah. Fine.

Keliling tu memang kawasan ladang kelapa sawit je tapi tak la takut sangat sebab parking kereta betul-betul bawah lampu jalan. Kira terang la jugak kawasan tu. Lagi pun kereta banyak je yang lalu lalang. Kitorang pun dah pasang radio orang mengaji lagi. Maka tak la rasa takut sangat. Mungkin sebab hati aku dah kering kot. Haha.   

Nasib baik tak berapa lama lepas tu Abang Wan sampai tapi dia cakap kedai dah tutup. Last resort, call Abang Besa' pulak sebab dia taiko daerah Manjung. Kira dia banyak kenal orang la kat area Manjung tu. Oh ye, iklan jap. Tesco Manjung sudah dibuka! Popular pun ada dalam tu! Yeppa! Yeppa!

Tapi Abang Besa' sampai pun macam takde makna je sebab semua tool kits yang dia bawa Abang Wan ada. Kitorang tak tau nak buat apa dah. Azam nak tinggalkan Kelisa tu kat tepi jalan je. Redha la apa nak jadi pun. Masa kemas-kemas barang berharga dalam kereta tu sekali jumpa dengan Allen keys dalam tempat letak syiling.

Seronok sekejap.

Dengan menggunakan daya yakni jisim Abang Wan berdaraban dengan graviti bumi, dia cuba longgarkan nut sport rim tapi satu picometer pun nut tu tak bergerak. Ketat sangat sebab dah 3 tahun tayar asal tu tak berganti. Sepatutnya setiap 2 tahun kena tukar semua tayar.

Last-last tinggal je Kelisa kat tepi jalan bulat-bulat macam tu, sadaqallahul 'azim.

Balik tu naik kereta Abang Wan, lepak restoran Pak Din ramai-ramai bagi meraikan kejahilan masing-masing.

Sekian.

6 comments:

jimah said...

pergh.. naseb ade ladang kelapa sawit je kat situ..
lau siap ade peguam skali kat situ, mesti da nebes kan?? aHAHA..

Syahmi said...

actually ade pusat karaoke dengan restoran gak kat sana. memang bising pun.

peguam? haha. yang tu lagi worst.

azim1706 said...

restoran pak din?

Syahmi said...

ayah kau :)

azim1706 said...

dem!homesick~haha

Syahmi said...

relaks bro. lagi berapa hari je pun. haha