Sunday, January 9, 2011

Kalau aku rebel tak nak letak tajuk "Segmen Jom Berkenalan" macho tak?

Hai semua!

tagged by Kiddocrash [member universiti.bukan satu bilik. katil pun semestinya tak sebelah-menyebelah. bukan lahir hari yang sama. negeri pun tak sama. and of course tak sama ic bahagian tengah which is dia 43, aku 38. dia minat korea.jepun.ANIME! aku? err... takat surface-surface tu kira boleh la] oh. sekarang dia jadi pelajar sarjana kat UKM - Universiti Kelakar Mampus [ex-usm]. cool kan perempuan jadi pelajar master? cool.style.gojes.awesome :)

Ye. Copy-paste (dan edit sedikit supaya EndNote tak dapat mengesan penciplakan ini). Syahmi memang pemalas. Tolong ambil nota atau please take note!

You're hired. Nice job!

Tanpa membuang masa lagi, marilah saya sendiri menjawab soalan-soalan itu.

1. Apakah status anda?
Dalam proses... err... hmm. Bukan. Bujanglah! Macam the most eligible bachelor tu tapi yang versi indie punya.

2. Ceritakan tentang diri anda.
Hai, nama saya Syahmi. Berumur 25 tahun dan menetap di Perak. Dulu bersekolah di sekolah depan rumah (bukannya macam Sekolah Kebangsaan Depan Rumah tu tapi sekolah tu dekat depan rumah) sebab lebih santai rasanya pergi sekolah dengan berbasikal sambil singgah di gerai tepi jalan untuk membeli jajan kesukaan yakni Super Ring. Gagal dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (gatal sangat nak ambil kan, amik kau...) tapi sempat bertukar kursus Sains Gunaan Kajihayat di USM - Universiti Suka Makan (tapi belum pasti gemuk).


Sekarang menganggur.

Cita-cita? Rahsia. *bongok sejenak*

3. Ceritakan tentang blog anda.
Blog ni sepatutnya jadi tempat luahan hati peribadi tapi sebab dah jadi public maka fungsi blog ini telah ditukar kepada mode 'parti buih'. Yippie!!!

Oh ye, aku rasa background blog aku ade sipi-sipi sikit macam kad kahwin. (Faz, kenapa kau lurus sangat macam pembaris? Itu lah. Orang dah pesan awal-awal. Tahu tak kalau membakar Oreo Cheesecake sambil bermain Twitter boleh menyebabkan masalah jangkitan nyanyuk berbipolar? Tapi takpe, sikit masa lagi kau akan faham punca sebenar aku berbuat begitu. Hahaharunsalimbachikawasakivespa <--- tak, yang ni bukan kata kunci untuk mesej petang semalam)

4. Pandangan anda tentang dunia blog.
Boleh pandang-pandang,
jangan pegang-pegang,
duduk renggang-renggang,
bertambah sayang... *lempang kuasa enambelas*

5. Nasihat kepada rakan baru buat blog.
Pastikan dah buat benda-benda yang wajib dulu. Pastu baru la boleh tulis blog dengan tenang dan aman. (Sekarang ialah waktu untuk Syahmi sebagai Ustaz Amirul. No long for Ahmad Durrah)

6. Keunikan blog anda.
Kalau tekan simbol pangkah kat penjuru kanan atas tu, blog ni boleh melesapkan diri dengan cara tiba-tiba. Hebat bukan?


7. Sampai bilakan anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Sampai aku lupa password untuk blog ni (sumpah pernah berlaku).
Impian saya dalam dunia blog ini ialah Katy Perry membuat blog peribadinya dan dia menjadi follower saya  :-)

4 comments:

me-myra said...

eh..ajaib lah yang no 6 tuh..dh try..memg berkesan..hahahaha

Syahmi said...

sangat... haha

-zArEp- said...

mengong punye syahmi~hahah

Syahmi said...

-zArEp-
ko nak bertunang dah ek? ;)