Sunday, January 16, 2011

As if my name were Syahmi Tchaikovsky

Sebenarnya nak cakap yang dulu-dulu saya sangat taksub dengan alat muzik piano. Kalau boleh nak masuk kelas bermain piano. Tapi sebab dalam keluarga tak ada sorang pun yang berdarah seni, maka impian nak masuk kelas piano tu terkubur macam tu saja. Tapi kan, lepas baca satu kisah dalam Mastika ni, pasal bahagian sakaratul maut tu la ada sorang lelaki ni dia taksub sangat dengan bunyi violin sampai nak dekat hujung nyawa pun suruh orang mainkan violin untuk dia, terus rasa macam redha dengan ketentuan Ilahi ini. Oh, ngeri betul kalau benda macam tu jadi kat diri sendiri.

Tapi sebenarnya tak salah pun suka dengar muzik cuma jangan sampai melalaikan diri.

Sekarang nafsu ingin bermain piano membuak lagi gara-gara perkara berantai ini.

1. Schubert's Serenade mengingatkan saya kepada piano
Minggu lepas baru khatam novel Schubert's Serenade. Hlovate yang tulis. Juga pasal muzik. Rasanya ni novel dia yang terbaik selain 5 Tahun 5 Bulan dan aA+bB sebab tulisan dia lancar dan ringan. Tak macam Rooftop Rant yang agak berat, banyak monolog dalaman dengan isu remaja dan ketuhanan. Putus fius baca novel ni sebab dah masuk 3 bulan pun belum khatam lagi.

Okey, kalau nak baca Schubert's Serenade versi elektronik, boleh singgah kat hlovatehikayat.blogdrive.com tapi tak pasti sama ada semua bahagian dalam novel tu masih ada kat dalam web dia lagi sebab mungkin akan ada isu hak cipta terpelihara. Jadi kalau ada rasa macam missing line je maka faham-faham la ye.

Bila baca Schubert's Serenade ni la mula teringat balik pasal keasyikan mendengar alunan muzik piano. Terngiang-ngiang bila Abang Shah (okey, nama penuh dia Shaharmi, bukan Syahmi) main piano dan tag team pulak dengan Ju'a yang main violin lagukan Schubert's Serenade la... Pachelbel punya Canon in D Major la... tambah lagi dengan Mozart punya Turkish March, Tchaikovsky punya Dance of the Sugar Plum Fairy sampai la ke Joget Si Pinang Muda... serius rasa macam nak cakap "Ayah, hadiah graduate Amin tak dapat lagi kan, orang nak piano boleh?". Tapi rasa je la kan. Kalau buat betul-betul mungkin dapat palm slap percuma je nanti. Sebab dah kemaruk sangat, sanggup muat turun semua lagu tu.

Schubert's Serenade music is quite fancy, childish and playful. Dah macam muzik latar pementasan Kabuki pun ada tapi bila teringat balik kenangan Ju'a dengan arwah Abang Shah (ye, Abang Shah mati dalam cerita ni) lagu ni memang sedih jugak sebenarnya.

2. Maksim Mrvica mengingatkan saya kepada piano
Masa si gemuk (adik) balik rumah cuti semester dulu, sempat jugak lah godek-godek portable hard disc dia. Sedut lagu-lagu mana yang best tiba-tiba terpempan dekat nama Maksim Mrvica ni. Dialah legenda pemain piano kontemporari. Oh la di da! Jatuh cinta lagi dengan piano. Lepas tu sanggup rujuk Wikipedia untuk cari semua album-album dia. Sebab coverage 3G Celcom di  KL (Kampung Lekir, harap maklum) biasa-biasa je, maka setakat ni baru sempat muat turun 2 album je tapi yang paling best mestilah The Piano Player sebab ada The Flight of the Bumble-bee, Exodus, dan Claudine.   

3. Sesat hingga ke Dewan Philharmonic Petronas mengingatkan saya kepada piano
Bulan lepas juga. Lepas pergi Kinokuniya turun sampai ke tingkat bawah KLCC nak mencari surau kalau tak silap atau nak cari LRT untuk balik ke Cheras tapi asyik tak jumpa walaupun dan tengok peta banyak kali sampai la tersesat ke hujung-hujung alam tu. Kawasan tu luas jugak, pusing-pusing keliling baru perasan logo Dewan Philharmonic tu. Kalau ada duit persembahan mungkin dah teruja nak masuk dalam tu untuk tengok Orkestra Philharmonic.    

4. Mereka juga mengingatkan saya kepada piano

Acap, behave!  ;p

and credits to the owner of these photos, Syafiq Mrvica  :-)

4 comments:

syafiqz said...

wah3...i love to play piano too...
aku pon skrg tgh addicted dgn lagu yiruma... perghhhh...giler best kot die main lagu river flows in you dgn kiss the rain...superb aaahh....
*chantek pic tu..haha

Syahmi said...

oh, ye ke? nak download jugak nanti.

p/s: mahal la pics tu. haha

syafiqz said...

sila lah download..mmg best...

haha...mhl la klu guna kamera mhal... ehem2..

Syahmi said...

ceh, mahal sebab tabir black curtain tu nampak elegan.

baju kau pun ;p