Monday, March 8, 2010

Eyes-eyes baby

Korang ingat lagi tak masa aku kena tag dengan Azim dulu, ade soalan tanya which is better, lips or eyes?

Ape, korang tak ingat? Dah lupa? Fine, hidup aku kat blog ni memang untuk syok sendiri je. *Lalala… ade aku kesah?*

Okey, berbalik pada soalan tadi, which is better the lips or the eyes?

Maka dengan semangat yakin bolehnya aku memilih mata sebab eyes cannot lie. Itu ape yang cikgu aku cakaplah. Kalo nak tengok orang tu menipu ke tak ko tengok ke dalam matanya. Nescaya nanti ko dapat merungkai lubuk hatinya. *Ayat novel tak tahan.* Kecuali kalo dia pukau ko pastu ko pun tenung lama-lama mata dia, itu menempah bala namanya ye. Habis segala ketuanan dan maruah ko tergadai.

Okey, mula-mula nak gostan dulu kejadian minggu lepas.

Specs aku sebenarnya tunggu masa je lagi nak dikuburkan. Almaklum la tuan punya specs kan ganas ya amat orangnya. Kalo tak pakai, mesti letak dalam poket seluar. Tau-tau je la poket seluar tu kan kecik je, lagi-lagi kalo jeans. Sebab selalu sangat terperosok, lama-lama bingkai specs aku tu macam dah retak menanti belah je lagi.

Nak dijadikan cerita, ade satu masa tu baru je aku nak sangkut kat hidung tiba-tiba terus patah dua. Mungkin sebab time tu baru lepas makan kat Pecalele. Makan pulak banyak dan gelojoh. *Siap habiskan nasi ngan ayam orang lain lagi.* Jadi aku rasa kadar perkembangan kepala otak aku pada masa tu adalah sangat pesat sekali sampai specs aku pun dah tak boleh nak tampung dah. Maka tamat la riwayat kesan degil beliau di situ.

Ke… sebab hidung aku ni mancung sangat sampai specs boleh terpatah dua?

 
Contoh prototype asli hidung aku

Yayy,ape pun boleh beli specs baru!

Specs baru ni beli kat BJ je sebab Syafiq cakap kat Sungai Dua mahal. Sampai kat satu kedai ni, ade sorang kakak tu layan la aku. Dia tanya, "bajet specs berapa?"

"RM250 je kak."

Sekali ade sorang nyonya ni, merangkap pekerja kat situ jugak tanya, "you kerja kilang ke?"

Astaga, nyonya ni. Mengucap panjang aku sambil memuji nama Ilahi. Ni kalo aku dengar soalan tu lagi sekali ni memang boleh gugur jantung aku kejap lagi. Tapi sebab bila aku fikirkan balik yang Remy Ishak dengan Brandon Routh dulu pun pernah jadi buruh kasar sebelum diorang popular, maka aku anggap yang soalan itu adalah sejenis pujian yang berbentuk tersirat. Hanya golongan cendekiawan macam aku je yang boleh tafsir benda-benda camni. Sangat poyo gila okey aku. *Berpijak pada bumi yang nyata... lalala.*

Lepas dah pilih specs tu, nyonya tu panggil masuk dalam bilik sebab dia nak buat service. *Sila jangan berfikiran di luar tabii.* Bila dah cek mata, nyonya tu cakap power belah kiri 1.75, yang belah kanan pulak 2.00.

Wah, sangat terkejut okey. Penurunan power yang terlampau drastik sebab power sebelum ni 2.75 (kiri) ngan 2.50 (kanan). Mula-mula rasa macam mesin cek mata tu rosak tapi bila cek kat kedai lain pun result dia tetap camtu jugak. *Suka*

Tapi bila cermin mata tu dah siap, aku pakai rasa macam blur-blur lagi. Ape yang lecturer tulis aku rasa macam dia conteng je kat whiteboard tu. Banyak sangat cacing yang berlingkar-lingkar.

Maka hari ni aku pun pergi la balik ke kedai tu untuk cek semula. Sekali cek, nyonya tu cakap hari ni power dah naik jadi 2.50 balik. Sangat sedih okey bila dengar dia cakap camtu. Perasaan tu rasanya mungkin boleh diibaratkan seperti memakan aiskrim Hadgen Dasz dalam mimpi saje. (T_T)

Suka-suka hati je mata aku ni nak tukar power dia. Hari ni 2.50, esok kalo bosan tukar jadi 2.00. Kalo bosan lagi tukar jadi 5.50 terus. Nyonya tu cakap power mata aku sekarang tak stabil.

Bagus, aku harap lepas ni mata aku boleh keluarkan laser pulak.

Beware of me, nyonya!

10 comments:

cik pelangi said...

aku rase ad sumtin wrong ngn prototype idung ko...

-zArEp- said...

gler la...npk sgt ko kai bc buku...wahh...syahmi hebat..specs bru stylo x??

chameytto said...

@ cik pelangi
haha...aku tengok sempurna je. netah-entah mata ko yang kero. cuba gi kedai tu cek mata ko.

@ -zArEp-
entah la. huhu...okey je kot. emporio armani tapi aku rasa faked punya. harga frame dia rm188 je pun.

jimah said...

hahahaha.. lawak ah.. ade2 je.. lagi2 bab 'pekerja kilang' tuh..

Ashraff said...

eh camitto cop2....aku xpaham kenapa die pnggl ko pekerja kilang?sila terangkan

chameytto said...

@ jimah
sangat terkesima bila dengar dia cakap camtu. (-_-")

@ Ashraff
entah la, bro. muka aku ni ade macam muka mamat kilang kot.

NAJAA said...

hehe.power mata ikot mood kot.ahaks~

chameytto said...

@ NAJAA
haha... mungkin la kot. jangan PMS sudah

liyana bardi said...

ahaha~ ko ganti tmpt cyclops jela kalau mata ko nanti boleh keluar laser.. n,itu baru panahan mata yg membunuh..bahaya gile ahh..

oh, nanti, kalau spec ko bakal patah, ko baling spec itu dengan gaya tom-cruise-mission-impossible.XD
*bahasa yg tunggang terbalik mcm tuan yg menulis juga..aishy.DX *

chameytto said...

@ liyana bardi
haha... kalo aku tak sempat baling specs tu kemungkinan besar yang patah ialah hidung aku