Subjek belog kita pada hari ini ialah benda-benda yang menakutkan saya.
1. Badut
Ye, bermula daripada menonton cerita It la yang membuatkan saya takut dengan badut. Kalau tak silap dalam cerita ni kan, ada sorang lelaki tu dia nak berak rasanya, elok-elok nak aim punggung dia kat mangkuk jamban sekali tiba-tiba BAM! terkeluar tangan hantu badut tu dari mangkuk jamban tu. Kurang hajar kan?
2. Ayam
It's look funny but I tell you, sampai sekarang pun saya tak berani nak pegang ayam. Makan ayam KFC takpe huhuhu... Dulu masa sekolah rendah pernah kena patuk dengan dua ekor ayam secara back-to-back. Tak tau kenapa diorang jaki sangat dengan saya. Menangis jugak la masa tu sebab takut kan...ahaha. Tapi sempat jugak capai tempurung kelapa dan baling kat ayam tu... tapi tak kena. What a loser (-_-')
Lepas tu masa darjah enam pernah tolong ayah sembelih ayam kampung. Ayah sembelih, saya tolong pegang kaki dia.
Tak, bukan pegang kaki ayah saya, tapi pegang kaki ayam tu.
Tapi sebenarnya macam tak pegang sangat sebab takut kena cakar. Pernah pegang badan ayam tak? Panas kan badan dia? Saya tak suka sebab rasa lain macam. Jadi sebab tak pegang betul-betul, ayam tu terlepas. Can you imagine the chicken running here and there... headless? Epic funny! Nasib baik tak terlanggar dinding rumah. Hehehe.
3. Benda tajam dan darah merecik
Dah tengok cerita Final Destination, Kill Bill, Saw, Ninja Assasin, etc.? Geli kan? Semalam saya tengok movie Your Highness versi unrated. Kelakar memang kelakar tapi... zionis gila cara orang jahat tu mati. Ermpphhh... okey, tak mau cakap lebih-lebih sebab takut termuntah.
4. Orang gila
Saya minat sangat bidang psikologi. So during my uni time, I got a chance to learn a little bit about it. Abnormal psychology is very challenging. Dan saya pernah terfikir nak jadi pakar psikologi. Tapi tak jadi sebab mari kita berfikir sejenak ye. Bayangkan masa kita tengah consult patient, dia ambil pen lepas tu cucuk mata kita. Perghh... Deep imaginary, man.
Okey, itu sahaja slot seram kita untuk hari ini. Sekian. Hehehe.
2 comments:
Abnormal psycho mmg psycho..lg2 pensyarahnye..xleh blah ek..huhu
ha'ah...haha. garang pun ye gak
Post a Comment