Wednesday, November 28, 2012

Muhabasah Diri (Sendiri)

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk mana lagi best sama ada Muhabasah Diri ke ataupun Muhasabahserawak Diri *kuikuikui*

Tadi saya balik kerja awal. Bila sampai kat rumah je terus rasa jengkel sebab nampak ada beg plastik penuh sampah kat depan koridor rumah.

Ni Hussin punya kerja la ni. Apesal tak buang je terus kat tempat buang sampah kat bawah tu?! Sama je pun. Turun kerja pagi tadi kena turun bawah jugak. Dah la orang lalu lalang kat koridor ni. Buat malu jiran je.

Lepas masuk dalam rumah, terus saya pergi dapur sebab nak masak nasi.

Eh, ni plastik sampah si Rahim ni. Sama je budak dua ekor ni. Apesal la letak kat tepi sinki ni?! Buang je la terus.

Lepas tu teringat pulak kes minggu lepas, Omar: "Ni sampah dalam baldi ni macam mana ni, Syahmi?"

Perghh... tanya aku pulak. Buang je la terus. Sampah kau jugak kan? Dah la sepanjang menyewa kat sini tak pernah tolong buang sampah.

Sambil basuh beras untuk masak nasi tu saya maki dalam hati. Memang marah betul ni. Lepas tu membebel lagi sorang-sorang dalam hati. Lepas tu rasa hangin lagi.

Lepas dah habis basuh beras tu saya bawak periuk nasi nak masuk dalam bilik (sebab suis kat dapur tak cukup jadi kena pakai yang kat dalam bilik punya). Periuk tu saya pegang guna dua-dua tangan sambil tu kepit sekali senduk nasi kat celah jari kiri.

Pintu bilik tutup, jadi sambil pegang periuk dengan senduk tu saya usaha pulas tombol pintu.

BAM!

Periuk nasi tu terlepas, 180 darjah terlangkup. Beras habis bersepah kat lantai.



Cuba teka sape yang kena buang semua sampah hari ni? hehehe

Moral: Tak baik marah-marah depan rezeki.

Friday, November 16, 2012

Slot seram dan menakutkan

Dah lama tak membelog kan? *tak payah jawab*

Subjek belog kita pada hari ini ialah benda-benda yang menakutkan saya.


1. Badut
Ye, bermula daripada menonton cerita It la yang membuatkan saya takut dengan badut. Kalau tak silap dalam cerita ni kan, ada sorang lelaki tu dia nak berak rasanya, elok-elok nak aim punggung dia kat mangkuk jamban sekali tiba-tiba BAM! terkeluar tangan hantu badut tu dari mangkuk jamban tu. Kurang hajar kan?



2. Ayam
It's look funny but I tell you, sampai sekarang pun saya tak berani nak pegang ayam. Makan ayam KFC takpe huhuhu... Dulu masa sekolah rendah pernah kena patuk dengan dua ekor ayam secara back-to-back. Tak tau kenapa diorang jaki sangat dengan saya. Menangis jugak la masa tu sebab takut kan...ahaha. Tapi sempat jugak capai tempurung kelapa dan baling kat ayam tu... tapi tak kena. What a loser (-_-')

Lepas tu masa darjah enam pernah tolong ayah sembelih ayam kampung. Ayah sembelih, saya tolong pegang kaki dia. 

Tak, bukan pegang kaki ayah saya, tapi pegang kaki ayam tu. 

Tapi sebenarnya macam tak pegang sangat sebab takut kena cakar. Pernah pegang badan ayam tak? Panas kan badan dia? Saya tak suka sebab rasa lain macam. Jadi sebab tak pegang betul-betul, ayam tu terlepas. Can you imagine the chicken running here and there... headless? Epic funny! Nasib baik tak terlanggar dinding rumah. Hehehe.



3. Benda tajam dan darah merecik
Dah tengok cerita Final Destination, Kill Bill, Saw, Ninja Assasin, etc.? Geli kan? Semalam saya tengok movie Your Highness versi unrated. Kelakar memang kelakar tapi... zionis gila cara orang jahat tu mati. Ermpphhh... okey, tak mau cakap lebih-lebih sebab takut termuntah.



4. Orang gila
Saya minat sangat bidang psikologi. So during my uni time, I got a chance to learn a little bit about it. Abnormal psychology is very challenging. Dan saya pernah terfikir nak jadi pakar psikologi. Tapi tak jadi sebab mari kita berfikir sejenak ye. Bayangkan masa kita tengah consult patient, dia ambil pen lepas tu cucuk mata kita. Perghh... Deep imaginary, man.

Okey, itu sahaja slot seram kita untuk hari ini. Sekian. Hehehe.