Friday, June 22, 2012

Ermphhh.... Basah

Tadi lepas balik dari pejabat saya singgah Aeon kejap sebab nak beli hadiah. Sebelum balik tu pergi masuk bilik air kejap. Lepas dah sempurnakan shi-shi pulas-pulas kepala paip air tak keluar-keluar.

Terus rasa gelabah. So saya pusing kepala paip tu sampai tahap maksima. Sekali....

Sruuuttt!!! (tak tau sesuai ke tak bunyi air paip mengalir camni tapi bunyi keceburr...keceburr memang tak sesuai)

Air paip tu terpancut tahap aliran paip bomba sampai terkeluar dari toilet. Nasib baik masa tu ada cleaner je. Malu gila.

Baju basah kuyup kat bahagian belakang sebab masa air tu terpancut terus tertunduk sebab terkejut gila babi. Tapi muka basah jugak sebab kepala pandang ke atas. Walaweh.

Lepas tu terpaksa keluar toilet lalu along the way buat cool macam tak ada apa berlaku. Takpe, basah-basahpun Syahmi tetap hensem.

:-/ jengkel

posted from Bloggeroid

No comments: