First of all aku nak bagitau entry ini bukannya menyentuh pasal permasalahan gagal mengawal kentut ketika bersembahyang terawikh.
Begini ye rakan-rakan sekalian, semenjak 3 hari lepas, tiap kali lepas waktu berbuka je mesti aku rasa pening-pening lalat campur loya tekak dengan suhu badan yang menaik macam rasa nak demam. Hari first tu memang tak pergi ke masjid sebab masa berbuka makan banyak. So, agak takut bila tiba-tiba loya tekak tu datang, aku termuntah kat karpet masjid. Karpet okey! Kalau sejadah senang la nak basuh. Maka, kejadian sebegini telah membuatkan aku tak happy-go-lucky seperti yang selalu sebab aku rasa macam phobia sikit. Nak terawikh pun rasa tak best sebab asyik terasa loya je. Yang peliknya benda ni berlaku waktu malam je yakni selepas berbuka puasa dengan memakan nasi sepinggan setengah.
Based on simptom-simptom yang ade, kemungkinan besar aku terkena gastrik. Ceh, gastrik ni! *sambil menekan channel 615* Masa mula-mula kena gastrik dulu memang terasa jahanam gila. Tu la kan. Masa kecik memilih sangat nak makan apa. Selagi ayam masak merah atau keli masak merah takde dalam menu harian memang tak makan la satu hari tu. Eh, ade makan jugak, tapi makan penampar mak aku la sebab guling-guling menangis sakit pedih perut. Haa... dengan keadaan pedih perut tu la maka bermulanya penyakit gastrik ni. Penyakit ni berlaku dalam keadaan perut yang kosong di mana asid dalam perut akan terus merembes lalu menyebabkan luka pada perut. Sebab tu kita akan berasa pedih kat bahagian perut bila tak makan ape-ape. Jadi mulai sekarang latihlah diri anda supaya jangan membiarkan perut kosong terlalu lama. Oh ye, orang gemuk pun tak terkecuali daripada terkena penyakit ni.
Okey, selain itu, ini ade tips-tips pemakanan yang sihat yang aku nak kongsikan sempena bulan puasa ni.
1. Jangan minum air teh atau kopi ketika bersahur. Makan mi segera dan telur masin pun tak boleh. Air teh dan kopi mengandungi kafein yang merangsang pembuangan air kencing supaya lebih kerap manakala mi segera dan telur masin yang mengandungi kandungan garam yang tinggi akan mengakibatkan penyerapan air yang lebih. Kedua-dua keadaan ini akan mengakibatkan kandungan air dalam badan berkurangan lalu membuatkan tubuh badan kita kurang bermaya.
2. Takde selera nak makan waktu bersahur? Makan telur mata kerbau atau telur dadar. Sebenarnya telur dapat menaikkan selera makan kita. Masih mengantuk? Makan la epal. Sebenarnya epal dapat menyegarkan kita dari tidur lebih cepat berbanding kopi. Mengantuk lagi? Meh sini makan penampar mak aku pulak! Baru kau tau tinggi langit dengan bumi.
3. Okay, kalau nak bebuka puasa pulak, elok la dimulai dengan memakan manisan untuk memberikan tenaga dalam kadar yang pantas. Buah kurma adalah sunat dimakan, seperti yang diamalkan oleh Nabi SAW. Kalau takde kurma, air tebu atau Milo yang manis pun boleh jugak. Buah-buah jugak adalah digalakkan dimakan sebagai pembuka selera berbanding sebagai pencuci mulut. Nasi mengambil masa yang lama untuk dihadam. Buah pulak cepat dihadam. So, kalau makan buah lepas makan nasi, maka buah akan terhadam dulu dan sisa penghadaman tersebut akan tinggal lama dalam perut sebelum menunggu giliran untuk keluar dari usus (tunggu giliran nasi hadam dulu, pastu sisa nasi keluar dari usus, sisa buah tadi baru boleh keluar pulak, faham kan?). Benda ni la yang akan menjadi toksin dalam badan. Kesimpulannya, makan benda-benda yang mudah dihadam dulu sebelum makan benda yang susah nak dihadam. Senang cerita, kalau kau jumpa sup rumput dengan batu, kau makan sup rumput tu dulu okey, pastu baru makan batu. *kejam gila contoh*
4. Aku tau korang letih berpuasa dan masa berbuka puasa la adalah waktu yang paling heaven sekali bulan ni. Kalau takde air sejuk memang tak style bukan? Tapi aku nasihatkan baik korang jangan minum air sejuk lepas makan. Lagi-lagi kalau korang bedal nasi kandar kuah kari yang pekat tu. Kolestrol banyak okey dalam makanan-makanan macam tu. Sebenarnya air sejuk ni akan bertindak membekukan kolestrol-kolestrol tersebut dan gumpalan-gumpalan ini akan melekat pada dinding salur darah. Bila dinding salur darah semakin sempit maka terjadilah penyakit hipertensi atau darah tinggi. Kalau nak minum jugak, tunggu lebih kurang 20 minit selepas makan.
Okey, tu je kot setakat ni. Sekarang tolong share dengan aku macam mana nak hilangkan penyakit gastrik yang aku alami sekarang ni. Sahur memang aku makan banyak, so macam takde sebab nak ade penyakit gastrik tu lagi kan? Camne ek?
5 comments:
giler la..penuh dgn tips2 kesihatan~
(clap3x)
esok penyakit pe lak???
kalau gastrik aku tahu sket2 sbb awek aku slalu gastrik..ko kena byk minum air berakali...mcm susu ke...kalau buat milo tu letak lebeyh susu la...lg bagus minum susu shj...then ko ley try ubat dr farmasi...xsilap aku nama die ectal...atau yg aku suka amalkan...ko minum teh tarik halia~~ pergh layan~ atau air halia eno tu hah!
-zArEp-
esok penyakit lupa tuhan pulak...haha
Ashraff
ha-ah la...good! good! aku lupa nak minum susu. air halia tu perlu dipertimbangkan sebab takut gagal mengawal kentut semasa berterawikh karang...haha
mcm alasan xnk ke terawikh.alasan kukuh.hahahaha..
bijak kan? haha
Post a Comment