Monday, August 9, 2010

Diet rejim cara Syahmi, amalkanlah

Hai...hai...hai... Syahmi in da house! *sambil mendepangkan tangan dengan riak*

Okey, kali ini aku ade terima permintaan daripada saudara Najmie Aziz dari Sungai Buloh. Kat sini dia mintak supaya aku kongsikan tips-tips untuk mengempiskan perut yang buncit. Ceh, nak kuruskan perut je pun *sambil tergelak dalam hati*. Konvo dah habis la weh. Takde maknanya lagi semua itu. Gambar kau dengan Pro Canselor tu tetap tak dapat nak menyembunyikan kebuncitan kau pun. Hahaha...*hasutan shaitan*

Tapi tak mengapa. Kau jangan risau, Najmie. Benda ni kacang je, okey! Kacang! Yang penting kau ikut diet rejim cara aku ni. Confirm sekejap je nanti kau akan dapat perut yang ideal tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi dan aku yakin akan ade ramai perempuan yang akan terpikat dengan kau. Makcik je la tapi...hiuhiuhiu. Keji di situ.

Di mana? *gedik*

Di situ.

Di mana?

Di situ la.

Di ma... *lempang*

Baiklah. Berbalik kita kepada permasalahan saudara Najmie Aziz tadi, aku dah short-listed kan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadi kurus:

LANGKAH 1: BERJOGGING
Aku tau benda ni memang kadang-kadang susah nak buat lagi-lagi kalau kau dah bekerjaya *hutang jangan lupa bayar okey*. Tapi aku ada cara mudah nak trigger minat berjogging ni. Caranya ialah dengan menendang kawan kau dari belakang. Confirm dia akan kejar kau balik untuk balas dendam. So bila dia kejar kau, takkan kau nak duduk diam je kan? Maka, ambillah peluang ni untuk melarikan diri dan terus berjogging. Teknik ini dinamakan jogging secara berjemaah sebab selain kau, secara tak langsung kawan kau pun akan turut sama kurus. Kira ni win-win situation la kan. Kalau boleh, masa nak tendang kawan kau tu, pakai kasut sport siap-siap okey. Yang ade paku tu pun best jugak. Biar berlubang badan kawan kau tu. Lagi membuak-buak la dia nak kejar kau sampai ke akhirat nanti. Oh ye, elakkan daripada memakai selipar jamban kerana mungkin kau akan tergelincir dan bergolek-golek masuk ke dalam longkang sehingga menjatuhkan air muka.

LANGKAH 2: PERGI BERPERANG
Untuk langkah ini, perkara pertama yang perlu kau buat ialah mendaftarkan diri ke Jabatan Pertahanan Awam cakap "Encik, saya nak pergi ke Semenanjung Gaza untuk berperang dengan rela hatinya" *Pastu kau wasiatkan awek kau kat aku, boleh?* Selain boleh menolong rakan seagama kita, kau boleh ambil peluang ini untuk menguruskan badan. Ye la kan, kau selera ke nak makan kalau tengok darah melimpah sana-sini? Mesti tak kan? Pastu kalau kau ade bawak makanan, better kau sedekahkan je semua makanan tu kat anak-anak Palestin yang kelaparan. Biar kau lapar, yang penting badan kau kurus. Pahala pun dapat. Wah, seronok pulak jadi kau ni.

LANGKAH 3: BERKAWAN DENGAN ORANG YANG JAHANAM
Ni lumrah alam la. Sebenarnya takde sape pun yang suka kalau dapat kawan yang berperangai macam jahanam ni tapi sebab kau nak kurus, kau kena tabahkan hati okey. Yang pertama, kau kena kawan dengan orang yang mulut dia kau rasa macam nak bagi back-hand je. Faham kan maksud aku? Orang macam ni kalau dia tengok kau kuat makan ke... berat kau dah naik ke... pinggang kau kembang ke... asyik sangat nak komen. Tapi memang penting kalau ade kawan macam ni. Atleast, kau takkan ade selera makan bila menghadap orang macam ni. Orait, yang kedua pulak ialah berkawan dengan orang yang suka paw makanan kau. Yang ni mesti kau ade ramai calon-calonnya kan? Wakaka... Baru nak suap je dah ade makhluk-makhluk lain yang hulurkan tangan. Kalau kau dah takde chance nak makan, maka secara logiknya camne perut kau boleh buncit kan? See, bijak tak aku?

LANGKAH 4: JOIN THE BIGGEST LOSER ASIA
Yang ni perlukan wajah komersial tapi... ermm... takpe lah. Langkah ni kita skip je okey. Mari kita ke langkah seterusnya. *ampunkan aku Jimmy, aku gurau je...huhu*

LANGKAH 5:

Eh, tetiba rasa macam dah takde idea dah pulak...hahahalikopter. Lagi pun mak aku dah panggil suruh makan buah. Okey lah ye. Sampai di sini saja segmen kita pada hari ni. Byeeeeeeeeee!!!!

8 comments:

D.S.R said...

wah.betul ke abg syami buncitt dolu2??huehue.cam tak percaye je..ngee~

Syahmi said...

haha...cuma buncit air sahaje

jimah said...

ahahaha.. amik ko, tergelak srg2..
adoi.. hurm.. kene ekot jugak ni.. nk kurus punyer pasal..

yatibasha said...

hahaha~
senget punya syahmi..
tp ak rase mmg logik..

Ashraff said...

ni ajaran sesat yng boleh digunakan ni...wey cami, ko nye ikan sehat ke

Syahmi said...

@jimah
kalo gi semenanjung gaza kang wasiatkan abang syahmi monyet tu ye...berkenan la pulak. hihi

@Nurhayati Basharuddin
see, kau pun dah senget jugak sebenarnya sebab menerima pemikiran aku...nguhuhu.

@Ashraff
ikan sihat je. makin panjang. diorang dah pandai makan rambutan sekarang ni. huhu

yatibasha said...

nice picture weh..
*gelak gulin2*

Syahmi said...

well... *menyorok belakang pasu bunga*