Okey, caranya senang je, kita pakai mesin electrophorator. Dalam kelas TESDEC hari ni, pensyarah aku ada cakap, bila kuasa elektrik dikenakan ke atas bakteria, bakteria tersebut akan terkejut dan lantas akan membuka sedikit bukaan pada badannya.
Maka, dengan mengaplikasikan prinsip ini jugalah aku bercadang untuk mengubati penyakit sembelit ikan-ikan aku tu. Aku syak ikan-ikan aku tu susah nak berak sebab bukaan lubang ehem-ehem diorang kecik sangat. Jadi, kalau aku kenakan arus elektrik kat ikan-ikan tu dan menterkejutkan diorang confirm diorang terkejut. Hebat bukan? *sambil mengawal hidung yang kembang kempis*. Dan ini akan menghasilkan fenomena pembukaan lubang yang lebih besar lantas menyebabkan ikan-ikan aku dapat berak dengan senang hati dan masalah sembelit
Semoga impian aku terlunas.
P.S.: Aku harap proposal aku untuk membuat pinjaman mesin electrophorator tu selama seminggu bakal diluluskan oleh Dr. Joe kelak.
2 comments:
kah3..ang mmg xde post laen kan..
sengal...
x sempat pon ikan ko tu nak berak..
diorg dah kojol dulu...
apsal plak kls kafa ari khamis je..??
Post a Comment