Wednesday, June 16, 2010

Impian saya ialah nak jadi babah yang hebat!

Hi kawan-kawan semua! *sambil terlompat-lompat*

Kelmarin saya baru adopt keluarga baru. Diorang ialah dari spesis Tetra Neon. Ada 10 orang ekor semuanya dan semua pun comel dan baik hati belaka. Sekarang saya dah melantik diri saya sendiri sebagai babah kepada diorang ini:

 Diorang kuat makan. Berak pun sama juga.

  1. Azizan Aydin (brilliant, intelligent, light of the moon)
  2. Basil (brave, bold, valiant)
  3. Chairell *Homonym untuk Khairil* (good, blessing, wealth, fortune)
  4. Delia (gentle, tendril, slender branch)
  5. Erina (beautiful lady)
  6. Fawwaz (winner of victory after victory)
  7. Noor Ghazi *tapi panggil NG pun boleh juga* (light of conqueror, hero)
  8. Hanaa (happiness, bliss, felicity)
  9. Ibtisam (smile)
  10. Jannah (heaven)

*Dialog Cerekarama*
Ashraff: Ko memang dah lama minat nak bela ikan ke?
Chameytto: Ha-ah. Dulu dah pernah bela tapi...
Ashraff: Mati? *cis!*
Chameytto: Yang mula-mula tu tahan 3 hari je. Second round bela tahan 2 minggu kot. (-_-!)

Kali ni saya berharap boleh jaga diorang sampai mati. Maksudnya bukan 3 hari atau 2 minggu tapi mungkin boleh jaga sampai 10 tahun ke... atau 18 generasi pun nampak lebih hebat. Mesti diorang kagum dengan kemampuan saya sebagai seorang babah yang berketerampilan tinggi. *sambil melihat diri di hadapan cermin dan menyelak rambut depan*

Hari pertama membela diorang, saya sangat terkesima bila tak sampai 4 jam mereka tinggal bersama-sama, ada 5 ekor ikan dah bunting. Tapi pagi esoknya saya tengok dah kurus balik. Kesian diorang. Bila saya tengok najis yang panjang-panjang kat dasar akuarium tu baru saya tahu diorang ade sembelit buasir batu kar sembelit. Baiklah, nanti saya suruh Khalis mengajar diorang bagaimana untuk berdehem bila teringin nak berak lagi.

Oh ye, nanti bila free saya nak pergi ke Borders atau Popular untuk mencari Kamus Dwibahasa Bahasa Melayu - Bahasa Ikan supaya hubungan kami akan lebih rapat. Komunikasi yang berkesan adalah penting untuk mewujudkan suasana yang harmoni antara ahli keluarga.

P.S.: Kepada Ruzanna atau Mak atau Yanie atau Shazwani Shaikh Bokhdi, jangan sesekali cuba memasang impian untuk menggoreng ikan-ikan ini kalau stok ikan bilis korang sudah habis. Sila makan kuaci bunga matahari sebagai alternatif untuk sumber protein.

P.P.S.: Kemanjaan laptop saya semakin menjadi-jadi. Saya rasa macam nak jual. ade orang nak beli dengan harga RM3200 tak?  

P.P.P.S.: Sekarang baru saya perasaan bahagian mana yang Dr. Azizan sangat ensembles dengan Jalaludin Hassan. Kat bahagian mulut.

12 comments:

Ashraff said...

hahaha~ aku xsangka ko SANGGUp pikir bhgn BADAN mana Dr azizan to resemble jalalludin hassan.

geli dowh~


khalis berdehem tu xseswai utk errmmm....air besaq la!


ko nk jual laptop ko rm3200?.... kalau dpt skali rumate ko sbagai hadiah misteri pun org xnk taw! hahaha tp kalau jual laptop ko ngn laptop aku...HAH! aku rasa berbaloi!amacam nk buat bisnes tak?

Syahmi said...

1) ape pulak geli? the last day aku dapat peluang duduk betul-betul depan dia maka aku pun compared face by face okay. bukan body to body.dah... dah! jangan nak menimbulkan semangat kegelian kat sini.

2) khalis cakap boleh jugak. ape-ape yang tersekat pun boleh diselesaikan dengan berdehem.ngahaha...

3) ceh, takmo. takde orang yang nak beli laptop yang berskrin pink yang cacat. ;p

m.a.s.h said...

ceh. ini ke yg surprisenya.
pape pun, taniah2. suda nmpk usaha anda utk jadi seorang babah yang baik pd anak2 ikan. hoho!

aKu Ruzanna.. said...

s0 sweet panggil babah!!!!!!!!!!hahahahaha..

kang kal0 ank k0 besar, r0ger aku key..
aku nk penggal pala dia..hahahaha

liyana-san said...

hoh, semangat kebapaan yang tinggi. XD mak ikannye ko kenal ke?kalau ko nak blaja bahasa ikan ni, aku cdgkan si spongebob.

yatibasha said...

cami..bnyak gila anak ikan ko.. x sangke ak, ko mmg babah y machoMOT n sweet..hahaha..

syafiqz said...

mane ko dpt name2 yg cambest tu..?
ko cipta sendiri ke hape???

beli pon 2K lebih..dah rosak nak jual 3K..?
sgt x logikkkk Okeyyy...!!!

part dehem 2 sgt lawak okeyyy...!!!
bukan stkat buang air..
bead tersekat kat reactor tu pon bley gune cara berdehem khalis...
mwahahahaaaa.....

kate dr azizan=M.Daud kilau..
celah mane plak timbol jalaludin hasan ni..?

Syahmi said...

@m.a.s.h
hebatkan? hohoho

@aKu Ruzanna
sila langkah mayat aku dulu okey...ngahaha

@liyana bardi
mak ikan tu la yang masih dicari-cari...huhu. spongebob? uh..uh.. kena fikir banyak kali dulu...haha

@Nurhayati Basharuddin
*blushing lebih-lebih*

Syahmi said...

@syafiqz
1) bestkan? gigih aku cari kat tenet nama baby

2)logik kalo aku jual roommate aku sekali...kakaka *ampunkan aku roommate*

3)Khalis memang sangat berhak menjadi guru KAFA. kakaka. esok dia nak ajar bab beristinjak pulak.

4) Dr Azizan = Rambut M. Daud Kilau + mulut Jalaludin Hassan. logik tak? haha

Neko D. 13 said...

oh skg ko bekerja sbg bapak ikan..byk juge anak2 ikan ko yer chami yer.. :p

Syahmi said...

@Neko D. 13
Bonbon ko pe citer cik jep? aku nak bela kucing gak. tapi tunggu dapat umah sewa dulu. haha

Neko D. 13 said...

oh beliau oke je dok maintain perut.. :p