Wednesday, May 26, 2010

habis jugak viva aku akhirnya *versi lawak basi-basiron*

hai cayang mucuk-mucuk *masih dalam mode kegedikan secara melampau bersama papa dan mama*

tengah malam ni aku nak citer pasal viva aku. pekejadahnya kau dah nak dekat sebulan viva baru nak citer pasal mende ni??? ah, jem! jemmmm! jemmmben!

ah, ko la jemben!

dah, aku nak sambung citer ni jugak! aku kena viva hari selasa pukul 11.40 pagi tapi sebab aku dah memasang impian nak jadi wakil belia 4B bagi Kampung Lekir, Sitiawan, Perak Darul Ridzuan, maka pukul 8.00 pagi lagi aku dah menapak kat bilik tutorial BT145. kat sana ade dalam 3 orang students: aku, farah dengan amoi cina sorang. bila aku masuk bilik tutorial je farah tegur aku "apesal ko pakai jeans? ko batak sangat ke sampai buat presentation viva pun tak nak pakai baju formal?"

hadoih, kena patah balik la pulak. dah la aku pergi berjalan kaki. nasib baik papa syafiq ade motor kan. kata papa... maka haruslah menolong anaknya kan bila berada di alam kesusahan kan. kuikuikui *ceh, perlu ke nak ade alam kesusahan kat dunia ni?!*

lepas dah sampai restu tu terus tukar baju sebab baju kemeja yang pakai awal tu dah berpeluh petani dah. terpaksa aku pakai kemeja baru yang sepatutnya aku pakai untuk kahwin akak aku nanti (-_-!). yang jeans tu memang wajiblah ditukar kepada khakis hitam. seluar slack adalah no-no untuk aku. ye, mulai semester lepas, aku dah buat pengisytiharan yang sekarang ni aku 30% je skema. yang 70% lagi tu ialah untuk menjadi budak nakal yang suka cakap benda yang tak elok dengan wajah yang tak bersalah sebab aku rasa zaman sekarang ni perempuan lebih suka lelaki yang bersifat comel di luar dan keji di dalam. jadi aku cuba mengikut rentak pasaran semasa demi masa depan yang cerah pada masa akan datang.

okey, dah! sambung balik citer viva tadi. sebab aku dah terasa hensem dan dibuktikan pula oleh cik farah, maka keyakinan untuk membentangkan viva sudah bertambah sikit walaupun pada lewat malam sebelumnya aku memang terasa jahanam kerana tak boleh nak tido langsung. takut kepada viva satu hal. takut pada penggawa yang buat spotcheck student yang squatting pun satu hal lagi. cis cis cis. hidup dalam pelarian dan penipuan sebenarnya sangat tak best. rasa macam jumpa lalat dalam kicap tatkala ko sedang menjamah pecalele. bluekkk!

before bentang tu aku dah merasuah examiner aku dengan memberi salinan slide yang aku buat. see, aku sangat memahami orang lain kan? mane la tau kan...sebab ape yang aku nak bentang tu bukannya bidang dia. aku buat pasal kelapa sawit. examiner tu pakar molecular biology je. kot dia soh aku kalih gostan slide ke... kan dah mengganggu konsentrasi jiwa ragaku nak membentang kan...kalo dah ade salinan slide tu, boleh la dia patah balik slide sorang-sorang. aku tak payah. ngahaha...

sementelahan benda tu bukan bidang dia, maka soalan yang examiner tu tanya pun agak tak semenggah jugak la...agakkkk laaa...*nada tak puas ati*

ade ke patut dia tanya aku kat benua afrika tu, negara mana yang buat ubat pakai kelapa sawit tu? patutnya aku jawab la zimbabwe ke, sudan ke, ghana ke, malawi ke ataupun papua new guinea, tapi sebab aku dah terkesima dengan soalan tu aku dapat bagitau satu je iaitu liberia. yang lain aku cakap tak ingat.

pastu dia tanya lagi, kelapa sawit tu dah ade orang buat research pasal kanser ke... aku pun selamba la jawab malaysia ade banyak pokok kelapa sa... sekali dia potong cakap aku. "no! no! i mean bla...bla...bla..."

cis. aku paham la soalan ko. aku baru je nak wat intro dah ko potong camne la aku nak jawab. last-last aku jawab je "research is in progress." kalo korang nak tau, bila seorang saintis mengatakan "research is in progress" tu maka ia adalah the another word untuk "no comment." ah, bila examiner tu dah mengangguk-angguk aku kira pass je sudah. kalo nak dapat A tu mungkin supervisor aku je yang boleh top-up kan. aku sayang supervisor aku sebab dia sangat baik..mwahaha. you're the best bos in this world.

soalan last sekali yang examiner tu tanya adalah apakah struktur kimia untuk methanol. ah, jem! jemmm!!! time tu aku rasa macam nak mencaci diri sendiri je. buat penat je aku hafal undang -undang kanun dan etika penggunaan tikus makmal di dalam kajian makmal. sekali soalan jenis ni yang dia tanya. tapi memandangkan paper kimia organik aku dapat A, maka sedaya upaya aku menggoreng jawapan. dengan cerdik pandirnya aku pun jawab la methanol ade carbon, hydrogen dengan hydroxyl group.

examiner tak puas hati lagi. maka dia sogokkan lagi soalan dengan menanyakan berapa bijik carbon kah yang ade dalam methanol. eh, betul ke bijik ek? ke buah? ah, dua-dua pun bernada tidak lucu dan berbaur kegelian! ah, gelimat! mat! mattt!

memula aku blur nak jawab soalan tu. ape yang aku pasti ethanol ade dua carbon...tapi untuk methanol... haisy...nape ko tak tanya pasal ethanol je? maka dengan sekali lafaz aku pun menyebut bahawasanya methanol ade tiga bijik carbon kesemuanya.

pengerusi rancangan merangkap penjaga masa yang duduk betul-betul dekat depan aku dah bisik-bisik cakap "satu..satu.."

tapi setan dan jin bilik BT 145 telah menghasut aku supaya tak mempercayakan beliau. "dia saje-saje je mainkan ko tu. dia nak tengok ko yakin ke tak dengan jawapan yang ko bagi tadi. baik ko stand up decision ko yang tadi je" lebih kurang camtu lah dia cucuk benak aku ni. *ceh, setan pun pandai cakap omputih gak ke? whaddapish! time tu iman aku dah lemah sangat kot, maybe sebab tak amik breakfast pagi tu maka aku pun termakan hasutan si setan dan jin bilik tersebut.

aku pun setting tune pada level maksimum dan menjerit dengan lebih kuat supaya examiner tu dapat dengar jawapan aku dengan lebih jelas tanpa menggunakan kawah pencawang astro. "TIGAAAAA....."

memula aku perasan sorang je gelak. mungkin aku rasa kelakar sikit waktu tu. tapi bila dah seluruh umat dalam bilik tutorial tu dah gelak berdekah-dekah, aku sangat yakin yang aku telah menconteng arang ke muka supervisor aku sebab aku perasan dia dah tepuk dahi macam kalah peraduan meneka kacang dalam botol.

nak sangat kan tunjuk pendirian ko. hambek sekali!

p.s.: rasa macam sesuai pulak untuk masukkan cerita ni dalam 'senarai kebodohan aku' mwahaha

Tuesday, May 11, 2010

Mari makan tembikai! *Aku sangat alim hari ni*

Bila ada manusia mengajak kepada kebaikan, kadangkala dia akan berhadapan dengan sindiran dan caci maki orang ramai. Tambah memburukkan, sindiran dan caci maki itu melemahkan kekuatan hati untuk terus menyebarkan kebaikan.

Antara kata-kata yang biasa kita dengar adalah:
“Ala, belajar pun tak habis lagi nak dakwah-dakwah”
“Diri pun tak berapa betul, nak ajak orang pada kebaikan”
“Ni dah hafal Al-Quran sepenuhnya ke, nak ajak-ajak orang buat baik ni?”
“Kau dah sempurna sangat ke?”

Dan begitulah antara ayat yang keluar, melemahkan semangat mereka yang ingin mengajak kepada Allah SWT. Kadangkala, alasan-alasan seperti itu, yakni alasan tak sempurna, belum cukup bersedia, ilmu masih tak banyak, dosa masih ada yang tak boleh tinggal, digunakan oleh kita sendiri sebagai jalan keluar untuk tidak bergerak menyebarkan kebaikan.
Adakah benar, hendak mengajak kepada kebaikan, diri kita perlu sempurna dahulu?
Kisah Abu Bakar RA
Dari kalangan lelaki dewasa, Abu Bakar RA adalah yang pertama beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika kita memerhatikan Sirah Nabawiyah, selepas keimanannya, Abu Bakar mengajak ramai manusia untuk mengikuti jalan kepada Allah SWT ini. Antara yang diajaknya adalah:
1. Uthman bin Affan RA – satu dari 10 yang dijamin syurga.
2. Sa’ad ibn Abi Waqqas RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
3. Talhah ibn Ubaidillah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
4. Abdurrahman ibn Auf RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
5. Zubair Al-Awwam RA
6. Abu Ubaidah Al-Jarrah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga

Ini adalah antara yang diseru oleh Abu Bakar RA, sebaik sahaja Abu Bakar beriman kepada Allah SWT. Kalau diperhatikan, mereka yang didakwah oleh Abu Bakar RA pada awal keimanannya ini, kebanyakannya adalah sahabat yang dijamin syurga.

Kita teliti, Abu Bakar RA ketika itu baru sahaja beriman kepada Allah SWT. Adakah Al-Quran ketika itu sudah sempurna sehingga ada ayat-ayat yang boleh menguatkan seruan Abu Bakar? Adakah Rasulullah SAW ketika itu sudah menyempurnakan dakwahnya sampai pada Abu Bakar ada pelbagai teknik yang boleh dia gunakan? Adakah ketika itu orang Islam sudah ramai sampai Abu Bakar boleh menunjukkan si fulan itu, si fulan ini gembira mengikuti Islam?

Kita perhatikan, dalam keadaan serba kekurangan, Abu Bakar RA bergerak juga menyebarkan kefahaman Islam, mengajak kepada kebaikan. Sedangkan ketika itu baru awal waktu seruan Rasulullah SAW. Ayat Al-Quran pun hanya ada beberapa sahaja. Orang Islam hanya ada dia, dan keluarga Rasulullah SAW sahaja.
Jadi kenapa Abu Bakar RA ini mampu bergerak, berani menyeru manusia kepada Islam dalam keadaan kekurangan demikian?

Kerana dia beriman, yakin dengan apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Kerana dia melihat Islam itulah penyelesai kepada masalah insan, dan dia hendakkan Islam itu berada dalam jiwa-jiwa masyarakatnya.
Maka dia bergerak tanpa menanti sempurna. Tidak berlengahan. Tidak memberi alasan itu, alasan ini. Tidak juga jatuh dengan seksaan dan hinaan.

Perbaiki diri, dan ajak orang lain
Allahyarham Sheikh Mustapaha Masyur ada berkata:      “Islah nafsak, wad’u ghairak”
Ramai orang salah faham kata-kata ini dengan menafsirkan seperti berikut: “Perbaiki diri dulu, baru ajak orang lain”

Kalau benar itu maknanya, maka Sheikh Mustaphaa Masyur akan berkata begini:
“Islah nafsak, summa, ud’u ghairak” Perkataan summa di sini membawa maksud kemudian.
Kenapa dia menggunakan ‘dan’, bukannya ‘kemudian’?

Hal ini kerana, ‘dan’ menunjukkan kebersamaan, pada waktu yang sama. Manakala ‘kemudian’ menunjukkan kelewatan, bukan pada waktu yang sama. Maka, makna pada kata-kata “Islah nafsak, wad’u ghairak” hakikatnya adalah:

“Perbaiki diri kamu, dan(pada masa yang sama) ajak orang lain(memperbaiki diri macam kamu juga)”
Kenapa dia menyeru demikian? Kenapa Sheikh Mustapha Masyur tidak suruh kita ajak orang lain lepas diri kita dah sempurna? Kenapa masa tengah perbaiki diri kita sudah perlu ajak orang lain? Kenapa?
Hal ini kerana, manusia memang tidak akan mencapai kesempurnaan. Jadi, jika hendak tunggu sempurna, sampai kiamat pun tidak akan bermulanya seruan kepada kebaikan. Justeru, manusia perlu menyeru dengan apa yang sudah ada di tangannya. Dia ada sikit, dia bagi sikit. Dia ada banyak, dia bagi banyak. Pokoknya, dia memberi, berkongsi, menyeru ke arah kebaikan, mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Sebab itu, Rasulullah SAW bersabda:
“Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat”
Dan dengan kita bergerak mengajak manusia lain ke arah kebaikan, insyaAllah diri kita akan mempunyai satu rasa sensitif untuk menjalankan peningkatan. Hal ini kerana, kita akan merasakan satu tolakan untuk lebih memperkemaskan diri apabila kita mula menyeru manusia ke arah kebaikan. Ini juga satu ‘booster’ untuk peningkatan diri.

Guru saya ada berkata:
“Perempuan yang malas mencuci kukunya, apabila dia mencuci pakaian, maka kukunya akan tercuci sama”

Kebaikan, jangan dilewat-lewatkan…….

Allah SWT berfirman:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;” Ali-Imran ayat 133.
Allah SWT juga mengingatkan kita berkenaan tindakan seorang lelaki yang apabila mendengar ummatnya menolak penyampaian rasul-rasul Allah SWT.  Allah menceritakan bahawa lelaki itu berlari dengan pantas di dalam ayat berikut:
“Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dalam keadaan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu” Surah Yaasin ayat 20.

Apa persamaan dua ayat ini?
Menyegerakan kebaikan.
Hal ini kerana, kalau kita tidak menyegerakan kebaikan, maka hakikatnya kita telah terjerumus dalam kerugian. Mari kita lihat ayat Al-‘Asr yang popular:
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

Ya, perhatikan ayat-ayat itu. Siapakah yang tidak rugi? Yang tidak rugi dalam hidup ini hanyalah mereka yang melakukan amal kebaikan, dan menyebarkannya pula.

Anda, nak untung atau hendak rugi?
Penutup: Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran
Jadi jangan lengah lagi. Jangan takut untuk buat baik. Jangan takut untuk sebarkan kebaikan.
Bila bersembang dengan kawan, selitkan peringatan-peringat an. Bila menghadiri satu majlis, jangan lupa ambil peluang menyebarkan kebenaran. Bila mengetuai satu program, jangan lupa adunkan program itu dengan hubungan kepada Allah SWT.
Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran. Gunakan segala ruang, peluang dan cara yang ada untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran.


Jangan lengah, jangan lewat-lewat.

Bergeraklah.

Bersegeralah.

Tidak perlu menanti sempurna.

Inilah salah satu jalan untuk berusaha menyempurnakan diri kita.

Friday, May 7, 2010

Aku lebih hot dari USMHotspot

Klik pada gambar supaya korang boleh ketawa dengan lebih lanjut dan menjengkelkan

Awek ni telah memollow aku di Twitter dan ini telah membuatkan aku rasa seperti seorang lelaki yang hot. Hal ini kerana hanya wanita yang hot sahaje yang akan memilih lelaki yang hot, bukankah begitu?

Mwahaha...waklu!

Tapi tidak ye rakan-rakan! Sebenarnya aku merasakan bahawa perkara ini adalah sesuatu yang terlalu menyaikokan! Ianya sepuluh kali ganda lebih saiko berbanding menghadiri kuliah Psiko Abnormal Dr. Effendy. Huhu... Cuba korang tengok Tweet awek ni. Adakah dia menaip keyboard sambil badan bergoncang-goncangan sehingga menyebabkan semua perkataan pun tak betul? Pehhh... meremang bulu tengkok aku. *Tetiba dah lupa camne nak eja tengkok dengan betul. Ah, belasah!*

P.S.: Agak-agak kalo aku volunteer nak jadi cikgu English dia, jenis bayaran apakah yang akan beliau tawarkan?

P.P.S.: Sumpah aku tak kenal sape pompuan ni. (-_-!)

Tuesday, May 4, 2010

Kau pun semanis madu shabu-shabu kah?

Gambar dicilok dari blog Yati Basha si senget tanpa kebenaran beliau. Muahaha

Peh... tajuk buku Shabu-shabu Semanis Madu. Memang tak tahan... Sumpah kelakar tahap senget-benget tajuk buku gambar ayam tu *macam tuan dia jugak*. Yati, pasni nak pinjam eh.

P.S.: Abaikan citer Maid Maiden tu sebab drawing Kaouru dah tak best macam dulu. Si senget, ko jangan marah aku sebab kita adalah kekasih gelap yang sangat manja. Mwahaha.