Ingat lagi semasa tingkatan empat pada tahun 2002 dahulu, ada seorang cikgu yang baru masuk mengajar Bahasa Inggeris di kelas kami. Jadi semasa kelas pertama dia memilih beberapa orang pelajar secara rawak untuk memperkenalkan diri masing-masing. Saya juga terpilih.
Tapi bukan secara rawak. Sebenarnya cikgu tu kawan kepada kakak saya. Saya pun sebenarnya memang dah kenal dengan dia di luar kelas. Cuma pura-pura buat tak tahu saja. Hihi...
Sambung kembali cerita, saya pun keluar ke depan dan mula memperkenalkan nama penuh saya, hobi, dan cita-cita.
Kemudian cikgu tu bertanyakan tentang impian saya dan saya balas "Saya nak jadi orang baik." Mudah.
Dia cakap "Itu saja? Mudahnya." Sambil dahi berkerut.
Ya. Cakap memanglah senang. Tapi tak semudah nak melaksanakannya. Kan? Namun ada betulnya cakap cikgu tu. Insyaallah kalau hati berniat mahu jadi baik, ada Tuhan untuk tunjukkan jalan.
Ini resolusi saya untuk 2012, pernah pada 2002 dan insyaallah untuk 2022 nanti.
P.S.: Hari Rabu Hari Bahasa Kebangsaan, bak kata Yanut dan Mash. ;-)