Baiklah. Berbalik kepada tajuk entry cukup sampai enam patah perkataan yang terawal sahaja yakni "Makan dengan banyak di hujung minggu," aktiviti makan-makan memang seronok lebih-lebih lagi kalau ianya percuma (tapi bukan NG yang belanja).
1# Makan sikit je tapi banyak kali pada hari Sabtu
Sabtu lepas adalah hari kenduri kahwin kawan semasa di bangku sekolah menengah dahulu. Tapi dia buat kenduri sebelah pengantin perempuan je, dekat Balik Pulau. Jadi terpaksa pergi jugak walaupun jauh sebab tak nak dia kahwin sorang-sorang tanpa berteman. Sedih kot kalo kahwin tapi member tak pergi. Mesti lepas tu rasa macam nak kahwin lagi satu pulak kan. Haha.
Bertolak dari rumah pukul 8.00 pagi tapi sebab singgah kat Manjung nak ambil hadiah dari kawan yang tak dapat pergi, nak tunggu bini, bini, dan bini bersolek lagi, maka sampai sana pukul 12.00 tengahari. Pandai kan? Sedap-sedap je timing untuk makan lunch. Lagi pun tak sesat langsung sepanjang perjalanan. Peta kad kahwin memang sangat membantu.
Watak supir selalunya takde masa depan yang cerah dalam sesi menangkap gambar
Sampai-sampai je hari dah hujan tapi pengantin lelaki tak sampai lagi. Silap kitorang jugak, lupa nak contact beliau. Patutnya ikut rombongan diorang sekali tapi mana nak tau. Ingatkan dah tengahari diorang dah sampai dah. Sebab perut dah lapar sangat, semua member serbu khemah makanan dulu. Lauk kenduri memang sedap tapi makan sikit je sebab pagi tu pergi dengan perut yang agak kosong. Kalau makan banyak terus rasa macam nak muntah. Rasa macam nak tapau nasi minyak tapi risau je kena lempang dengan makcik yang jaga makanan tu. Lepas habis makan hujan makin lama makin lebat. Kitorang lepak dalam rumah pengantin perempuan. Pengantin perempuan memang cool habis. Walaupun baru kenal time tu tapi bila cakap macam kawan lama je. Kitorang berbangga ade bini kawan yang macam tu.
Sweet doves
Pukul 2.30 petang baru pengantin lelaki sampai. Gambar bersama pengantin tak sempat nak tangkap. Tapi dapat tangkap gambar pengantin pun dah kira okey kot. Janji ade bahan bukti. Nak tunggu pengantin habis makan pun memang tak sempat jugak sebab nak bawak bini, bini, dan bini pergi Queensbay pulak. Nak beli asam la. Jumpa kawan la. Sembahyang pun belum lagi.
Dekat Queensbay pun sambung makan lagi sebab perut dah lapar balik. First time pesan sizzling mee sebab bini nak belanja *jaki gila*. Sebelum ni bedal orang lain je. Macam biasa. Makan sikit je, separuh lagi berjaya ditapau dengan menggunakan bekas Tako Tao. Nak dekat pukul 6.00 petang baru bertolak pulang. Pukul 9.00 malam baru sampai rumah. First time jugak bawak kereta lebih dari 3 jam. Nasib baik tak mengantuk sebab ade ceramah free secara bergilir-gilir oleh bini yang berkhidmat kat agensi dadah dan bini yang bakal menjadi cikgu Sejarah kat sekolah menengah dan bini yang menjadi bekas cikgu Sains kat sekolah rendah. Dalam kereta jugak asyik makan jajan yang entah ape-ape.
Sampai je kat rumah rasa lapar lagi. Tengok kat dapur meja, lauk suma dah habis tapi sebab ade lebih sizzling mee yang separuh tu maka habiskan yang tu je. Bagus. Nasib baik takde berlaku pembaziran.
2# Makan banyak tapi sekali je pada hari Ahad
Majlis makan-makan ni dikelolakan oleh kawan ayah/abang/abang ipar sebab nak rasmikan rumah baru dia. Makanan punya la banyak. Ade nasi lemak, nasi minyak, ayam masak merah, daging kambing, bihun, satay ayam, cendol, aiskrim, bihun goreng, kuih macam-macam jenis, kira dah tahap pesta makanan dah ni.
Sebenarnya bukan nak cerita pasal makan tapi nak bagitau yang aku sangat respect dengan kawan ayah/abang/abang ipar ni. Dia ni pengusaha stesen minyak. Ade jugak buka kedai runcit. Kalau tengok kedai runcit tepi sawah milik dia tu memang nampak daif gila la. Memang kampung sungguh. Tapi... bila tengok rumah agam dia sebiji macam muzium kesenian kat Turki dengan candeliar besar gedabak, ade kolam renang, sistem CCTV, kereta pulak Nissan Fairlady Z memang hartawan sungguh la. Bila compare rumah baru dengan rumah lama dia, macam enggang dengan pipit.
Abang cakap dia jenis yang berjimat cermat. Keuntungan bisnes stesen minyak dengan kedai runcit tu dia simpan dalam bank sampai la lebih kurang 20 tahun sampai mampu kumpul berjuta-juta ringgit. Sekarang dah nampak kan kebaikan berjimat cermat masa muda? Masa tua boleh goyang kaki. Tapi yang lagi best bila tengok zuriat kawan ayah/abang/abang ipar tu berjaya. Anak-anak dia yang besar semua produk sekolah tahfiz. Bagus betul. Pandai seimbangkan dunia dan akhirat. Kagum...kagum.
Rasa macam nak jadi kaya. Tapi kalau ditakdirkan jadi miskin pun okey je... sebab Allah suka orang kaya yang dermawan, tapi Allah lagi suka kat orang miskin yang dermawan. Yang penting kena kongsi rezeki yang kita ada sebab hidup kat dunia ni sekejap saja. Tak ada makna kalau kita sorang-sorang je yang seronok tapi orang lain hidup sengsara kan?
Hidup itu indah bila kita berkongsi. :-)
4 comments:
btol2.. sharing is caring..
*bukak dompet, tgk ade singgit lime puloh sen*
nah, amik seposen..
tak tahu malu bet0l mkan byak!
tak malu!!!
ps: peduli hape kec0h kt twitter kl0 mmg xtau..xmalu!XD
bila baca starting from "rasa macam nak jadi kaya.." sampai "..kita berkongsi. :-)" terus automatic delete monolog dalaman.
rasa hormat semakin bertambah la ketua!!
jimah: agagaga. jahat budak jahat.
FaStLiEna~: nget! biar la makan banyak. takmo keding cam badan ko. ;p
xiraburkhan: kau memang pembaris kan? perenggan tu sekadar penyedap rasa je. cuba ko baca 'the quote'kat penjuru kanan tu. huhu
Post a Comment