Monday, October 11, 2010

Jadi siapakah yang telah menangis di hari persandingan Datuk Sheikh Muszaphar?

Ini mungkin bakal menjadi entry yang paling merepek disebabkan timing menulis entry ini adalah selepas berlakunya pembacaan Dik Cerdas, Bintang Paling Kelakar. Oh ye, tajuk entry jugak memang sah-sah tak tally dengan penceritaan entry ini.

#Mahu tukar nama
Buat kali ke berapa entah, aku rasa macam nak tukar nama sebab dah bosan dengan nama sendiri. Bukan setakat nama Syahmi je, nama Chameytto pun nak tukar jugak sebab umur dah semakin meningkat tua tapi nama adalah Chameytto. What the heck? Mungkin lepas ini akan tukar nama kepada Encik Razak tapi tunggu dulu lah. Hitam putih masih belum disiapkan lagi.

Dulu masa kat matrikulasi budak praktikum memanggil Siput. Tapi bila tiba-tiba kawan cakap, "Syahmi... Syahmi, mari kita makan" atau "Syahmi, apakah permainan yang kamu suka lakukan ketika boring?" terus aku rasa tak nak mengaku yang nama aku Syahmi.

Nama Syahmi agak berskema tapi takpe la. Penat je akak aku bagi. Kasihan. Nama tu ilham akak aku ambil dari pembacaan surat khabar, bagi masa aku lahir. Entah nama artis atau nama penjenayah yang dikehendaki atau nama mangsa kemalangan. Yang penting nama aku pernah masuk surat khabar. Lepas ni aku nak salahkan budak sekolah aku pulak yang mula-mula naikkan nama Chameytto tu.*langsung tak kronologi dengan cerita Syahmi dan surat khabar tadi* Tu nasib baik nama Chameytto tu kira pendek lagi. Tapi ada seorang si bedebah yang telah memanggil Chameyttomitomito dengan girang di hadapan guru kelas. Cis!

Oh ye, berkenaan dengan Mak Cik Aji yang digelarkan oleh si Zarep, adekah kerana ketika pertama kali berjumpa dengan Mak Cik Aji lalu terdengar perbualan dia nak pergi haji, maka dia digelar sebagai Mak Cik Aji? Jadi adakah kalau Zarep terdengar perbualan aku nak pergi ke Disneyland, maka aku digelar Abang Disneyland? Eh, nanti dulu, bagaimana pula dengan nama Encik Razak tadi?


#Belaan di rumah
Ini bukan cerita pasal jin yang bertandang di tingkat atas rumah tapi ialah pasal belaan binatang comel bila tiada apa yang hendak dibuat di rumah selepas semua makanan di dapur habis dimakan. Ada tiga belaan semuanya di rumah ini. Mula-mula perlu cerita pasal dua ekor arnab yang comel dulu sebab arnab-arnab ni pernah hampir-hampir sahaja hilang dari pandangan apabila ade seorang yang pura-pura comel telah terlupa untuk menutup pintu sangkar arnab ini. Jadi ape-apehal kena cerita yang ini dulu supaya bila hilang lagi nanti aku dah tak risau dah. Asal rindu je karang boleh baca entry ni balik sebagai pengubat rindu di hati.

 Arnab miang. Siang-siang begini pun mahu kiss-kiss lagi

Arnab-arnab ni bernama Nobita dan Shizuka tapi sebenarnya tak tahu pun mana satu Nobita atau Shizuka sebab testis dengan payudara diorang tak keluar lagi *sudah diedit supaya lebih bersopan*. Abang ipar aku (yang menghasut aku untuk membela arnab ni) cakap tunggu umur diorang dua bulan baru keluar testis tu. Jangan dah umur dua bulan karang, dua-dua sekali keluar testis sudah. Mau pengsan aku membela makhluk-makhluk yang gay ni. Astaga. Oh ye, arnab ni jenis telinga patah. Kadang-kadang nampak macam anak anjing, kadang-kadang pulak boleh nampak macam sheep. Tapi takpe, aku suka je sebab aku kan mudah bosan. Kalau aku bosan bela arnab karang, aku pura-pura la membela sheep. Senang bukan hidup ini?   
Belaan kedua ialah ikan-ikan neon tetra. Masa kali pertama membela ada 10 ekor tapi sekarang dah tinggal empat je. Tiada gambar untuk belaan ini sebab aku sangat segan dengan pencapaian diri sendiri. Nanti bila dah beli balik enam ekor ikan tu mungkin baru aku letakkan gambar di sini. Ai...


Inilah belaan yang ketiga dan terakhir di rumah ini, baby Abbasy yang baru sahaja berumur satu tahun. Cubaan beliau yang terbaru ialah mahu terus berjalan dan skip fasa merangkak. Mungkin kerana tak mahu kelihatan seperti ju-on. Bagaimanapun cubaan beliau gagal. Oh ye, beliau lah yang berpura-pura comel lupa untuk menutup pintu sangkar Nobita dan Shizuka itu sehingga menyebabkan mereka lari dari rumah dan terlupa jalan untuk pulang kembali. Nasib baik pak cik beliau yang tersohor ini cepat bertindak. Maka, masalah penghilangan arnab dapat dibanteras dengan mudah! Syabas, Encik Razak!

#Tak mahu berperangai emo lagi
Ini lagi lah cerita yang paling kuno sekali. Waktu budak-budak Biotech di Mukahead lebih kurang tiga bulan yang lepas. Kat sana kan aku macam mental sikit duduk sorang-sorang lone ranger lepas tu suka marah-marah kengkawan. Ampun ye *bongok, baru nak mintak maap sekarang*. Ni semua salah beruk-beruk yang bersendawa serta-merta kat depan aku ketika sedang melalui tepi pantai. Dah la bau kuih semperit basi. Bongok! Sungguh keji dan tak dapat dimaafkan langsung perbuatan mereka ini!

Sekian.

6 comments:

-zArEp- said...

hahaha....makcik aji tuh ade cte disebalik nye~muahahahah

Syahmi said...

ceh... ade sekandel la tu

Ashraff said...

woi! censored la sket ko nye blog ni~ haha psl jantina arnab tu! kang kena masuk ISA kang~

Syahmi said...

ceh, ko ni... citer pasal arnab je pun. lagi nak terangsang.

aku dah tukar dah ke bahasa yang lebih saintifik. amacam, okey tak? huhu

aKu Ruzanna.. said...

adoiii...entry ko nie..ayt semua x leh blah..tbaik la encik razak!!

Syahmi said...

haha... ni semua pengaruh sin chan