"hahaha :) camni cerita dye..."
9hb 10 adalah hari jadi adik Simanislollipoppelangi. Mengikut pelan A, sepatutnya pagi-pagi lagi Simanislollipoppelangi dah menapak ke go-kart Ayer Keroh tapi kerna tengahari buta baru terhegeh-hegeh nak bangun maka pelan A itu terpaksa dibatalkan. Dengan muka tak basuhnya, beliau terus memaki diri sendiri secara keterlaluan dan entah macam mana, tiba-tiba saja beliau telah transform jadi Mak Lampir. Mungkin kerana efek marah yang berlebihan telah membuatkan beliau menjadi sedemikian rupa.
Beginilah rupa mak lampir itu. Sangat mengerikan bukan?
Mak Lampir ini telah mengganas di seantero dunia dan ini termasuklah di sekitar Kampung Asam Wajib Ada. Semalam, anggunita Mash dipaksanya makan ikan darat. Tercirit-cirit Mash dibuatnya sampai beliau terpaksa ditahan kat wad ICU.
“Puan Odah, camne ni?” tanya Milah Hassan. “Kampung Asam Wajib Ada dalam bahaya sekarang. Dah banyak anggunita yang tercirit gara-gara perbuatan Mak Lampir itu!”
“Bertenang, Milah Hassan.” Kata Penghuluwati Odah dengan anggun. “Kita mintak pertolongan daripada Adiwirawati Raifana je.”
“Tapi beliau off day hari ni, Puan. Pergi outing dengan tunang dia kat KL.” Jawab Milah Hassan.
“Macam mana pula dengan Adiwirawati Salwa?”
“Beliau pun tak free, Puan. Tengah kerja.”
“Aik? Weekend pun kerja jugak ke? Pekedehal?” Berkerut dahi Odah.
“Err…dia kerja ikut waktu USA, Puan. Memang begitu. Timing USA memang tak sama dengan kita.” Milah Hassan jawab dengan gabra. Nasib baik lepas.
“Kalau macam tu tinggal Adiwirawati Sharmini je lah.”
“Pun tak ade, Puan. Beliau tengah cuti seminggu sebab nak shopping tops untuk Diwali karang.” Jawab Milah Hassan dengan yakin. “Nampaknya kita terpaksa mintak pertolongan dari Kampung Gajah Bau Masam sajalah, Puan. Tu je harapan kita.”
“Cis, tak boleh!” Kata Odah dengan narsistik.
Milah Hassan cuba memujuk lagi. “Tapi kalau kita lambat puan, lagi ramai anggunita yang akan cirit birit. Ini boleh menjejaskan keanggunan kita. Kalau asyik berak je, macam mana kita nak dapat beauty sleep?”
“Betul jugak ape yang ko cakap tu.” Akhirnya si Odah bersetuju juga.
“Well, you know me.” Jawab Milah Hassan dengan bangga. “Biar saya call Penghulu Zarep.”
“Hello, Zarep’s speaking here. Siapa di sana?” Kata Zarep di hujung talian.
“Aku lah, Milah Hassan.”
“Oh, makhluk kaki berbulu yang offer aku kerja kat SimplySiti tu kan?” Teka Zarep tanpa was-was. “Aku tak nak kerja dengan ko la. Full stop. Noktah.”
“Bukan lah, jahanam. Aku ni anggunita Kampung Asam Wajib Ada.” Marah Milah Hassan. “Kitorang nak mintak tolong korang, boleh tak?”
“Boleh, tapi ade syaratnya.” Kata Zarep dengan maksud ada udang di sebalik batu.
“Ape?”
“Ko cakap dulu yang kitorang ni handsome dan beriman.”
Ceh, takde pedoman betul lah diorang ni, desis hati Milah Hassan tapi nak tak nak terpaksa jugak dia cakap. Ade lah sebaldi jugak dia muntah lepas tu. Odah yang menunggu kat belakang dah risau-risau apesal pulak si Milah Hassan ni tetiba je termuntah. Risau takut kesan pembawakan budak je.
“Makan asam ni, Milah Hassan. Insyaallah ko takkan muntah dah.” Pelawa Odah.
“Ko nak kitorang tolong ape ni, Milah Hassan?” Kata Zarep di hujung talian.
“Gini, ko panggil mana-mana adiwira yang ko ade tolong kitorang membasmi Mak Lampir kat sini. Ramai dah anggunita yang tercirit. Stress pulak aku dibuatnya.” Milah Hassan sambung muntah.
“Oh, small matter je tu.”
Maka Zarep pun memanggil semua maskulinawan yang ade di Kampung Gajah Bau Masam untuk datang ke mesyuarat tergempar AKA bachelor party end of the year 2010 yang telah ditaja oleh Ashraff. Tak ketinggalan, Adiwira Van Persie juga turut dijemput supaya Zarep dapat menyampaikan amanat kepadanya untuk menangani masalah di Kampung Asam Wajib Ada.
“Ko pergi ke Kampung Asam Wajib Ada sekarang jugak untuk tolong diorang.” Perintah Zarep kepada Van Persie. “Nah, ko naik kereta Subaru ni. Mat Ezad akan jadi pembantu peribadi merangkap supir ko.”
“Mana kuncinya, Tuan?”
“Syafiq, my darling. Tolong bagi kunci kat Mat Ezad please.”
Ceh, ada skandel rupanya penghulu aku ni dengan si Syafiq, desis hati Van Persie.
"Nanti ko balik tolong belikan aku nasi goreng ayam kat kedai Kak Nor ye. Nak yang bungkus punya tau. Sebab selalu kalau bungkus, Kak Aishah letak nasi banyak." Pesan Syafiq sebaik saja dia menyerahkan kunci Subaru kepada Mat Ezad.
Sebelum bertolak ke Kampung Asam Wajib Ada, Van Persie singgah dulu ke rumah untuk bertemu dengan kakaknya, Ruzanna Shazwani untuk meminta restu.
"Nanti ko pergi sana, jangan lupa diri. Jangan tinggal sembahyang." Pesan Ruzanna Shazwani sambil mengesat air mata yang tak henti-henti keluar.
Van Persie mengangguk tanda faham. Maka dengan ASAP, Van Persie pun bertolak bersama Mat Ezad ke sana dengan segera tapi entah macam mana boleh tersesat pulak. Tapi dalam perjalanan tu diorang telah bertemu dengan seorang pemuda yang kelihatan sangat tampan dan wajahnya disinari dengan penuh cahaya keimanan.
“Ko Chameytto kan?” Tegur Van Persie.
“Taklah.” Jawab pemuda itu.
“Dah tu, Encik Razak ke?” Teka Mat Ezad pulak. *adakah ini pertandingan teka nama?*
“Bukan jugak. Nama aku Ahmad Durrah.” *ye, aku tukar nama lagi kawan-kawan*
“Kitorang nak pergi Kampung Asam Wajib Ada sebab nak lawan Mak Lampir tapi sesat pulak. Ko tau tak jalan nak pergi sana?”
“Tau. Nah, ko ambik telefon Dosh ni. Dalam ni ade disertakan perkhidmatan GPS. Aku dah setting GPS ni siap-siap dah ke Kampung Asam Wajib Ada.” Beritahu Ahmad Durrah.
“Ko tak nak ikut kitorang sekali ke pergi lawan Mak Lampir?”
“Takpelah. Aku demam.” Ahmad Durrah menolak permintaan mereka dengan penuh tata susila. *Ape ko ingat ini fun fair nak ajak pergi ramai-ramai?*
Selepas berbalas pamit, maka Van Persie dan Mat Ezad pun meneruskan perjalanan. Sekali lagi mereka berhenti apabila ternampak seorang wanita telah berdiri di tengah-tengah jalan macam nak suruh kereta tu stop sekejap. Dengan kelajuan 206 km/j Mat Ezad cuba menghentikan Subarunya serta-merta.
"Ko sape?" tanya Mat Ezad dengan geram.
"Akulah bomoh yang terkenal, Yanut the Famous Amos." Jawab wanita itu dengan rasa rendah diri. "Nah, ko amik kitab 'One Piece' edisi 598 ni. Rujuk mukasurat 9. Kat situ ade tunjuk camne nak bunuh Mak Lampir tu."
Lantas Van Persie pun mengambil kitab itu.
"Think out of the box... Think out of the box." Pesan bomoh tua Yanut berkali-kali sebelum beliau menghilangkan diri secara tiba-tiba di dalam kepulan asap yang tebal. *langsung tak eco-friendly*
Tanpa membuang masa, Van Persie pun merujuk mukasurat 9. "Ceh, ni apehal ade tunjuk jari pulak ni?"
"Relaks. Kan bomoh tu cakap kena think out of the box. Aku rasa mungkin jari tu ibarat macam paku kot. Maybe kita kena drill paku kat tengkuk Mak Lampir tu kot lepas tu boleh lah dia transform jadi Simanislollipoppelangi balik." *ceh, think out of the box sangat. padehal tengok tv pun dah tau boleh apply cara ni*
Mereka pun meneruskan perjalan sekali lagi dan selepas 46 tahun mengembara, barulah mereka nampak signboard Kampung Asam Wajib Ada. Hati mereka girang sekali. Tak lama lagi bakal bertemu juga dengan Mak Lampir.
"Eh, tu! Aku nampak Mak lampir tu bergayut kat pokok kacang bendi tu!" Jerit Van Persie secara tiba-tiba.
Mat Ezad pun terus memberhentikan kereta di bahu jalan.
"Cepat, Mat Ezad. Mak Lampir tu dah culik budak sekali tu." Van Persie jadi gabra.
"Aisehmen! Kita mana ade bawak paku lah." Mat Ezad dah hilang kawalan lantas terus mencungkil skru yang terdapat pada dashboard Subarunya. "Nah, ko amik la skru ni. Buat syarat... alaa... belasah je la."
Terus Van Persie meluru ke arah Mak Lampir yang sedang mengendong budak kecil itu dan seterusnya mencucuk skru tepat ke tengkuk Mak Lampir.
Terus Mak lampir itu mengaduh kesakitan. "Aduhhhh, sakitnya! Ko buat ape ni, shaitan?!"
"Kitorang nak jadikan kau Simanislollipoppelangi balik la." Jawab Van Persie secara segan. "Kau buat ape culik anak orang? Kerajaan kan dah haramkan kita buat pemerdagangan orang."
"Aku Fazlina Fauzi lah. Yang aku kendong ni anak sedara aku. Mak bapak dia pergi kerja. Sebab tu lah aku kena jaga dia. Budak ni asyik menangis je, tu yang aku bawak dia panjat pokok bendi tu demi untuk menikmati keindahan alam semesta ni. Cuba ko sedut udara kat sekeliling pokok bendi ni. Segar bukan?"
"Oh, maafkan kami, Fazlina." Mat Ezad senyum nipis dengan harapan semoga Fazlina Fauzi dapat memaafkan mereka berdua.
"Takpe...takpe... ramai je yang selalu confuse dengan muka kitorang. Sebab tu lah kitorang ni dianggap sebagai kembar yang eksklusif. Mungkin kitorang kembar sebab kitorang berdua sangat kawaii kot...hahaha." Terang Fazlina Fauzi tanpa rasa segan silu. *muka arnab adalah kawaii tapi adakah muka Mak Lampir boleh dikira sebagai sangat kawaii?*
Tiba-tiba Mak Lampir yang sebenar muncul dan terus landing di atas pokok bendi yang sama sebelum say hi kepada Fazlina Fauzi."Ye. Aku setuju dengan ape yang ko cakap tu, kembar. Kalo ade butang 'like' memang aku akan meng'like'kan kata-katamu itu. Hobi sampingan aku ialah meng'like'kan comment orang di Facebook." Mak Lampir itu tersengih seketika mengenangkan hobinya yang unik itu.
"Mak Lampir!" Jerit Mat Ezad tatkala Mak Lampir itu sudah beberapa minit lama berada di situ.
Tanpa membuang masa, sekali lagi Van Persie terus cuba untuk mencucuk skru ke tengkuk Mak Lampir. *kali ni Mak Lampir yang sebenar, bukan Fazlina Fauzi*
Maka Mak Lampir itu pun berubah wajah menjadi Simanislollipopelangi semula.
"Alhamdulillah, saya dah jadi cantik kembali." Kata Simanislollipoppelangi dengan penuh rasa yakin. "Terima kasih, Van Persie."
"Alhamdulillah, saya dah jadi cantik kembali." Kata Simanislollipoppelangi dengan penuh rasa yakin. "Terima kasih, Van Persie."
"Sama-sama."
Akhirnya dunia kembali aman dari serangan Mak Lampir dan kini tiada lagi yang tercirit birit. Dimaklumkan bahawa Mash pun sudah keluar dari wad ICU dan akan pulih sepenuhnya sekiranya beliau berjaya melepasi ujian memakan ikan darat yang bakal dikelolakan oleh bomoh Yanut tak lama lagi.
Sekian.
P/S: Kepada mereka yang terlibat dalam cerita ni aku mintak maap sangat-sangat ye. Huhu. *padahal sendiri yang cari bala dulu* Entry ni sekadar parody sahaja, just for the sake of joking and nothing. Sila rasa gembira sekarang.
May the best moments keep locked in our mind, heart, and soul.
Eh, lepas baca balik entry ni baru perasan rasa macam tak menjawab pulak soalan Yati dengan Lala. Bagi keliru lagi ade la kot. *memang hobi aku suka mengelirukan orang* Begini ye, sebelum ni Xira pakai gambar Mak Lampir di atas sebagai gambar profil untuk belog dia. Lepas tu ubah tukar gambar baru *gambarmukadia*. Tapi dia letak gambar Mak lampir tu kat Facebook dia pulak. Lepas tu
Alaa... aku tak reti nak terang la. *give up* Korang faham-faham sendiri je la eh. Wassalam.
15 comments:
woi!ahmad durrah tu aku.cuba bace:
ahmad durrah = ahmad dosh. kan nak same bunyi tuh.. hahahhhha..
syahmiiiiii!!!! *dr td gelak x sopan lgsung*
nice job!! sume ayat2 dkt fb zman dulu ad dkat parody ni~ tntg simplysiti [prnah trbaca dkt blog en.rep], tntg kawaii, tntg bachelor party GBM, tntg ikan darat mash. ah. snang cerita semua ad 'isi tersirat'
................kagum!!*standing ovation*
ps: ak bkan trhegeh2 bgun lmbat la!!! *haishh*
ROFL!! haha tak berhenti2 gelak dah ni. hadoi hadoi. sokong dgn xira--> semua ada kena mengena.
**tapi kenapa perlu cirit birit? pastu nama aku je kelua pulak tu.
**bosan2 nanti, aku baca balik post ni. sila jgn delete! :D
btul^w^ jgn deleteeeeeee wahai pemuda yang kelihatan sangat tampan dan wajahnya disinari dengan penuh cahaya keimanan a.k.a ahmad durrah :)
*nnt karang lg cerita laen ye* ^__^
ngahaha..kering gusi ak gelak xtutup2 mlut..XD
kami kembar time kembar ak xjdi mak lampir jek..hahaha~
*nice j0b cami!!^^
irfat - haha. kita pun kembar eksklusif gak, bro. nahu nama pun hampir-hampir sama kalo disebut ahmad durrah tu secara sengau.
m.a.s.h - insyaallah aku tak delete entry ni. perkataan cirit birit agak kelakar kan? hihi
xiraburkhan - insyaallah kalo adeidea lagi aku karang. jadi sebab ape pelan A tak jadi?
FaStLiEna~ - haha. ade ke patut biarkan xira je jadi kembar... isy..isy.. ;p .kerja lagi ke dengan supervisor lama?
karang lagi? yeay!! (^o^)v
ps: jumaat malam sampai rumah around 12 tengah malam after ambil cik harizah dekat stesen ktm. maka pagi sabtu tu lah baru terhegeh2 nak basuh baju la. angkat baju la.(T.T")
pss: kembar dah x kerja lagi dengan supervisor lama. harap maklum.
:)
ler... apesal le angkat baju awal sangat? takde keroje.
thanks for the info anyway ;)
hahahaha..pjg gle crita nih..bleh buat short muvie seyh..ko mmg the best narrator ever!
warkh! panjang sampai saye tak bace dan tinggalkan komen utk menunjuk2 yg aku ada singgah di sini :p
"Kampung Asam Wajib Ada" - AWA!
parody ni, aku suke! gelak sepanjang 4km cerita nih! gelak sampai nangis sebaik shj baca perkataan 'ahmad durrah'.. haha! tibe2, hobi aku dgn mak lampir jd serupe.."kalau ade button like kt entri nih, aku memang dah like dah!" hihi.. XD
ok. lepas dengar milah hasan baca kuat2, syaaaaaaaamiiii!! anda jahat! XD btw, entri oleh pemuda yg disinari cahaya keimanan yg dah tukar nama ni mmg sengal! *ketawa*
lala - panjang gak la. dengan menaip selama 3 jam pada waktu pagi yang hening (-_-')
Neko D. 13 - sengal seperti selamanya. ;p
milah hasan - haha. kelakar sangat nama ahmad durrah tu..
Membaca karangan ini di waktu asar boleh membuatkan aku tergigit lidah.uhuk2.Sunggu panjang entri ini wahai en chameytto hingga bomoh TUA yanut rasa penat membacanya dengan nafas yang tersekat2.
Apasal aku dapat title bomoh tua? aigo,aigo. Ye,sila jangan delete entri ini kalau tidak mahu disumpah menjadi kotak. Boleh baca balik ^^
huhu... ampun ye yanut. saja je nak portray kan tipikal bomoh/ahli sihir.
p/s: tapi realitinya ko tetap nampak macam budak baru lepashabis SPM ;p
Post a Comment