Hi kawan-kawan semua! *sambil terlompat-lompat*
Kelmarin saya baru adopt keluarga baru. Diorang ialah dari spesis Tetra Neon. Ada 10
orang ekor semuanya dan semua pun comel dan baik hati belaka. Sekarang saya dah melantik diri saya sendiri sebagai babah kepada diorang ini:
Diorang kuat makan. Berak pun sama juga.
Azizan Aydin (brilliant, intelligent, light of the moon)
- Basil (brave, bold, valiant)
- Chairell *Homonym untuk Khairil* (good, blessing, wealth, fortune)
- Delia (gentle, tendril, slender branch)
- Erina (beautiful lady)
- Fawwaz (winner of victory after victory)
- Noor Ghazi *tapi panggil NG pun boleh juga* (light of conqueror, hero)
- Hanaa (happiness, bliss, felicity)
- Ibtisam (smile)
- Jannah (heaven)
*Dialog Cerekarama*
Ashraff: Ko memang dah lama minat nak bela ikan ke?
Chameytto: Ha-ah. Dulu dah pernah bela tapi...
Ashraff: Mati? *cis!*
Chameytto: Yang mula-mula tu tahan 3 hari je. Second round bela tahan 2 minggu kot. (-_-!)
Kali ni saya berharap boleh jaga diorang sampai mati. Maksudnya bukan 3 hari atau 2 minggu tapi mungkin boleh jaga sampai 10 tahun ke... atau 18 generasi pun nampak lebih hebat. Mesti diorang kagum dengan kemampuan saya sebagai seorang babah yang berketerampilan tinggi. *sambil melihat diri di hadapan cermin dan menyelak rambut depan*
Hari pertama membela diorang, saya sangat terkesima bila tak sampai 4 jam mereka tinggal bersama-sama, ada 5 ekor ikan dah bunting. Tapi pagi esoknya saya tengok dah kurus balik. Kesian diorang. Bila saya tengok najis yang panjang-panjang kat dasar akuarium tu baru saya tahu diorang ade
sembelit buasir batu kar sembelit. Baiklah, nanti saya suruh Khalis mengajar diorang bagaimana untuk berdehem bila teringin nak berak lagi.
Oh ye, nanti bila free saya nak pergi ke Borders atau Popular untuk mencari Kamus Dwibahasa Bahasa Melayu - Bahasa Ikan supaya hubungan kami akan lebih rapat. Komunikasi yang berkesan adalah penting untuk mewujudkan suasana yang harmoni antara ahli keluarga.
P.S.: Kepada Ruzanna atau Mak atau Yanie atau Shazwani Shaikh Bokhdi, jangan sesekali cuba memasang impian untuk menggoreng ikan-ikan ini kalau stok ikan bilis korang sudah habis. Sila makan kuaci bunga matahari sebagai alternatif untuk sumber protein.
P.P.S.: Kemanjaan laptop saya semakin menjadi-jadi. Saya rasa macam nak jual. ade orang nak beli dengan harga RM3200 tak?
P.P.P.S.: Sekarang baru saya perasaan bahagian mana yang Dr. Azizan sangat ensembles dengan Jalaludin Hassan. Kat bahagian mulut.