So today I had a book shopping spree at
Big Bad Wolf Book Sale with Farah. Nama kempen ganas tapi jual produk buku je. Lain la kau jual organ manusia ke kira logik la jugak nak letak nama Big Bad tu. Ceh, sangat
beefstik narsissistik.
Farah said that her friend of friend who organized this big event. Sengaja je nak pergi hari yang terakhir dengan harapan diorang akan buat diskaun 100%. Haha. But obviously impossible. We reached MAEPS (Malaysia Agro Extension... err, apakah?) at about 9.00 AM and saw a long queue there already at the entrance.
*Bukti sahih disertakan di sini*
"Ah, ape kelas beratur. Kami bukan ulat buku sejati." Getus Farah sambil dipersetujui oleh aku. Jadi kitorang lepak kat kafe makan nasi lemak sambil cerita pasal masalah kat tempat kerja. Tskk...
After almost half an hour, they opened the main entrance and we joined the minions!
Okey, sejujurnya aku tak faham pun apa maksud minions tu walaupun dah rujuk kamus Inggeris. Saja je berlagak pandai nak bercakap orang putih. Xira Burkhan tulis minions dalam belog, aku pun nak jugak ikut tulis sama. Ceh, dasar algojo sangat ni.
Berbalik kepada senario tadi, aku lupa nak tangkap gambar dalam dewan sebab lupa diri bila dah tengok buku bertimbun-timbun ni. Jadi sila rujuk
belog Xira atau belog orang lain yang pergi ke jualan gergasi ini untuk melihat situasi sebenar.
Kat dalam dewan tu memang meriah. Siap ada yang bawak troli dari rumah. Pegang kotak kiri kanan nak isi buku. Pehh... mentang-mentang la diskaun sampai 95%. Boleh buat lupa diri sampai anak-anak kau sendiri pun boleh hilang. Tapi ada juga suami yang buat pengumuman cari isteri dia hilang. What the? Haha...
Tapi tak seronoklah pergi hari yang terakhir sebab banyak buku yang seronok dah habis terjual. Harry Potter's is out from this year collection, so I've to wait for next year event. But that didn't mean that I've to come back with empty hands.
Taddaa!
Lapan buah buku dengan harga RM61.00 sahaja. Jimat bukan?
Walau bagaimanapun, kitorang kalah dengan orang yang beratur kat depan kitorang masa bayar kat kaunter tadi. Tengok mesin kira tu tunjuk RM365.00. Gilo ekau, Jang?
Jangan jadi macam aku sudah. Lepas beli buku simpan bawah katil, tahun depan baru pasang azam nak buka balik plastik ni. Haha.
Kesian