Sunday, March 21, 2010

Kurang sorang lagi the most eligible bachelor

CONGRATS, MUNAJAT & WIFE

Bilakah turn aku?

Thursday, March 18, 2010

Salwazimzarepacap = soalan lawak lazim serupa kicap

Ini kicap Ahmad Albab yang punya

Hoho... siang tadi kitorang suma budak-budak Biotech pergi field trip. Acap je yang tak pergi...haha... Abis la, Acap. Rahsia ko tersemat kemas dalam gengaman aku.... muahaha. NG bagitau aku ape yang ko buat semalam.

Kejap.

Ape? Hoh... tak percaya yang kitorang ade fieldtrip? Ape korang ingat budak Biotech ni asyik lepak dalam lab je ke? Hello...hello...Sila ubah paradgima anda tu...tapi jangan ubah kaca tv pulak sebab pasni ade slot yang cambest, contohnya macam peraduan kereta berhias dan teka kacang dalam balang... hahaha...Waklu!!

Ni semua rancangan kesumat Dr. Ahmad la ni nak bawak kitorang pergi loji rawatan air kumbahan. Memang terbaik punya fieldtrip! Korang ade ke pergi melawat tempat bertemakan loji-loji camni? Mesti takde kan? Tu lah... Orang malang cam kitorang je yang terpilih tau... haha. Sedih, ya Rabbi. Adekah sebab perkataan Biol-loji tu yang menyebabkan kitorang terpaksa pergi melawat loji-loji ni? Pasni nak tukar kos la.

Oh ye, aku rasa dua-tiga ari ni adelah musim untuk mengetag kengkawan. Contoh yang terbaik ialah budak empat ekor yang telah mengetag aku ni...haha....okey, terima kasih kepada Cik Salwa, Ajim, Zarep, dan Acap sebab mengetag aku. Korang nak kasi komisyen berapa ek?

60-40 bleh? Ahaks...

Soalan satu: Nama-nama timangan oleh orang tersayang...
  1. Syahmi - Yang ni paling famous amous la.
  2. Amin - Most family members panggil nama ni.
  3. Cikemin - Si Cikeja panggil, ko suka kan pedajal adik sendiri? Haha...
  4. Cakmin - Anak buah aku yang panggil. Kalo panggil Amin je memang besar peluang kena buah libas aku.
  5. Chameytto - Budak sekolah menengah aku panggil nama ni. Nama komersial yang diciplak dari jenama minuman yang sekarang dah tak laku. *Sangat takde class amik jenama air*
  6. Siput - Yang ni pun takde kelas jugak *Kelas amfibia mungkin, bak kata Cik Salwa*. Budak matrik yang panggil nama ni sebab diorang cakap aku lampi...Hello, bab-bab lucah je yang aku lampi okey. Kalo ko tanya pasal ilmu peradaban Islam dan Asia Tenggara pejam mata je aku boleh jawab.

Soalan dua: Anda seorang yang...
  1. Baik, beriman dan bersopan santun... well, lelaki Melayu terakhir la katakan... haha... Okey, sila cari baldi cepat!
  2. Tak suka konfrontasi... daripada gaduh, baik aku mengalah je.
  3. Mesra je tapi sangatlah pemalu ya amat. 
  4. Reserved, aku skema dekat ramai orang. Kalo yang betul-betul rapat dengan aku baru tau perangai aku ni baik sikit je dari anak jin. Haha...
  5. Paling tak suka kena marah... Ada satu hari dulu time sekolah rendah, sanggup aku ponteng semata-mata tak nak kena marah dengan cikgu sebab buku aku hilang. Tapi hari tu sekolah buat majlis sambutan hari raya. Melepas aku nak melaram baju raya petak-petak aku...haha...Esoknya baru tau kawan aku yang pinjam buku tu tak pulang balik. Cerempet punya sahabat!

Soalan tiga: Mak....

Aku dah semput la jawab soalan ni. Kasi 5 minutes break jap la. Nak buat susu jap...haus ni...hoho.

.............

Okey, sudah tidak haus lagi. Sila ulang soalan.

Soalan tiga: Makanan favourite anda...
  1. Mesti la suma yang sedap dan halal. Pedas tu kira bonus la....Pstt... sekarang Pecalele terpaksa compete dengan pecal ayam special dari Solehin Cafe. Memang dua-dua punya tahap kepedasan sangat lah terbaiknya.
  2. Aiskrim...aiskrim...Oh Tuhan, sedapnya kalo makan time cuaca panas ni.
  3. Masakan mak aku kot. Dia masak takde la sedap mana tapi sebab air tangan tu kot. Yang aku paling ingat kalo nak pergi sekolah bila cium tangan mak mesti ade bau bawang putih...Sedap je aku bau sampai hype...haha... Eh, ni nak citer pasal makanan favourite ke bau-bauan favourite ni?

Soalan empat: Favourite colours...
Takde la...huhu... I take it as every colour is very beautiful at a time. Hari ni suka colour ni. Esok suka colour lain pulak.

Soalan lima: Favourite songs (curently listening to)...
  1. Katy Perry - I'm Still Breathing
  2. Amylea - Akan Tiba (versi akustik)
  3. Almost Alice (Alice in Wonderland OST Album)

Soalan enam: Sikap yang membuatkan anda stress...
  1. Orang yang suka mengeluh. Padahal sendiri punya salah, pastu nak bising-bising pulak. Memang nak kena libasan maut aku mamat camni.
  2. Orang yang selalu marah tak tentu pasal. Dah la muka ketat macam montot tenuk, lagi nak marah-marah orang.
  3. Orang yang suka menyusahkan benda yang asal fitrahnya senang. Padahal hukum Tuhan takde pulak suruh buat camtu.
  4. Orang yang perasan diri dia maksum. Tolong la... suma orang pernah buat salah, suma orang tak sempurna. Jangan ingat ko dengan puak-puak ko je yang suci daripada dosa. People do make mistakes, but people also are given chances to improve themselves. That makes us human, isn't it?

Tiba-tiba aku rasa stress je menjawab soalan ni...hahaha... okey, proceed...proceed...soalan seterusnya.

Soalan tujuh: 3 benda yang mesti ada dalam bag/handbag anda...
  1. Wallet
  2. Stationary
  3. Matric card

Soalan lapan: Kali terakhir anda menangis beriya-iya... kenapa?
Tahun lepas kot... family matter.

Soalan sembilan: Tag 5 rakan anda...
Okey, sejak bila 'tag 5 rakan anda' ialah sejenis soalan? Hahaha... tiba-tiba aku pulak yang menyoal.

Okey, aku rasa ramai dah yang kena tag, yang ni je kot baki orang yang belum di-tag lagi:
  1. Hani Shakila yang sedang memasang hasrat untuk mintak MC Isnin depan untuk memuaskan nafsu berjoli. ;-p
  2. Si Jimah, junior yang masih lagi berhutang aiskrim dengan aku. Mana nye Jimah aiskrim nye...lama dah tunggu ni.  ;-p sekali lagi
  3. Mash yang asyik nak tido je. Daripada ko tido, baik ko jawab tag ni Mash...haha.
  4. Kak ju yang dalam pencarian mencari cinta sejati...Good luck, Kak Ju! Bersemangat! Fire! Hahaha...
Haha...tu je kot...kawan blogging aku sikit je tapi sape-sape yang baca blog ni dan terasa nak buat silakan la.

Bye peeps. Cheers!

Saturday, March 13, 2010

Type C untuk Chameytto takde ke?

Korang cuba try dulu test ni tengok dapat result ape. Nanti kalo dapat Type C bagitau aku ye....hehe.

About Type A and Type B Personality
According to scientific literature, Type A behavior is characterized by an intense and sustained drive to achieve goals and an eagerness to compete. Personalities categorized as Type A tend to have a persistent desire for external recognition and advancement. They are involved in various functions that bring about time restrictions. Such personalities have a tendency to speed up mental and physical tasks with extraordinary mental and physical alertness. These characteristics make for super-achievers and high-powered people. 

Type A individuals can get a lot done and have the potential to really move ahead in the world. But there is a high price to pay. Certain components of such a personality can inhibit happiness and even threaten health. For example, the goals that Type A folks set are often poorly defined and therefore hard to achieve—a perfect recipe for misery. 

Type A is also characterized by a general discontentedness and the impulse to be overly critical and demanding, even contemptuous of imperfection, in the self and others. This focus on negative aspects and the accompanying bursts of hostility and impatience result in guilt, remorse and anxiety. 

Type A personalities are motivated by external sources (instead of by inner motivation), such as material reward and appreciation from others. Type A folks experience a constant sense of opposition, wariness, and apprehension--they are always ready for battle. And anyone can imagine how this constant (and very exhausting) existence would deplete reserves of contentment and happiness and disrupt personal equilibrium.
Although the literature is somewhat inconsistent because of problems with the conceptualization and definition of Type A behavior pattern, it has been linked to higher risks of cardiovascular diseases. The risks seemed to be reduced with intervention aimed at reducing Type A behavior. Indeed, those with a high Type A score would be happier and healthier if they were to file down the jagged edges of their personality. By learning how to control the negative behavior patterns while preserving their drive, Type A people can be successful without sacrificing their emotional well-being. 

Type B behavior is usually defined as the absence of Type A behavior. Type B personalities are relaxed and have a laid-back attitude and posture. They are friendly, accepting, patient, at ease, and generally content. They are at peace with themselves and others. They show a general sense of harmony with people, events, and life circumstances. They tend to be trusting. They focus on the positive aspects of things, people and events. Type B folks are self-encouraging, have inner motivation, are stable and have a pleasant mood. They are interested in others and accept trivial mistakes. They have an accepting attitude about trivial mistakes and a problem-solving attitude about major mistakes. They are flexible and good team members. The Type B person is able to lead and be led.


Results of Your Type A Personality Test


Personality Type
Ruler
Your score = 55 Your score


What does your score mean?

You seem to be in the middle between the Type A and Type B personality. In this case, the middle ground is good. Your attitude to life is more of the "smell the roses" kind and you know how and when to relax. Nonetheless, you realize that picking up a challenge and competing a little bit for your place in the sun can add some spice to your life. The equilibrium is important, so don't let your hostile, aggressive, and competitive alter ego take over too often. Generally, you are easy to be around, and people tend to feel relaxed and comfortable in your presence. Yours is a very healthy attitude towards life.

Wednesday, March 10, 2010

Sekali aku tershasyul la pulak

Babak 1 - Kat dalam kereta Lala sambil membincangkan pasal tema Bionite...
Farah: Syahmi, ko pesal takmo pergi? Segan nak pakai  rambut afro ye?
Chameyto: Eh, bukan tema Bionite nanti kena pakai tradisional ke?
Farah: Ye la. Tradisional dengan klasik la. Danial tadi suruh pakai rambut afro gulung-gulung dengan bell-bottom.
Aizat: Aku nak pakai baju batik bapak aku je la nanti.
Lala: Alaa... Aizat, aku takde baju batik lagi, camne?
Chameytto: Korang berdua pakai songket orang kahwin tu je sudah. Kalo segan sangat, pakai je baju kaler lain-lain. Sorang pakai songket hijau, sorang lagi pakai kaler merah.
Farah: Aku nak pakai sari malam nanti *konon*. Rugi Syahmi kalo ko tak ikut *konon sekali lagi*.
Aizat: Aku pun nak pakai yang macam Jai Ho tu jugak la. Pastu ketuk-ketuk dram.
Chameytto: Haha... aku pulang nanti nak tiup serunding je. Mesti hensem.
Farah: Ko pehal nak tiup serunding???
Chameytto: ......... *Astaga, camne boleh tersasul ni?*

Babak 2 - Nak makan lunch kat restoran tak tau nama ape.
Aizat: Uish... ade pucuk, cepat-cepat! kang Syahmi ambik.
Chameytto: Eh, Aizat, yang batang besar tu sayur seleri kan?
Aizat: Salary tu gaji la, Syahmi. Yang ni namanya saderi.
Chameytto: Pffttt.... *Oh Tuhanku, camne boleh silap lagi ni?*

P.S.: Aku syak yang mak bapak aku sebenarnya orang Mexico.... Takpun Jerman....*lalalala*

Monday, March 8, 2010

Eyes-eyes baby

Korang ingat lagi tak masa aku kena tag dengan Azim dulu, ade soalan tanya which is better, lips or eyes?

Ape, korang tak ingat? Dah lupa? Fine, hidup aku kat blog ni memang untuk syok sendiri je. *Lalala… ade aku kesah?*

Okey, berbalik pada soalan tadi, which is better the lips or the eyes?

Maka dengan semangat yakin bolehnya aku memilih mata sebab eyes cannot lie. Itu ape yang cikgu aku cakaplah. Kalo nak tengok orang tu menipu ke tak ko tengok ke dalam matanya. Nescaya nanti ko dapat merungkai lubuk hatinya. *Ayat novel tak tahan.* Kecuali kalo dia pukau ko pastu ko pun tenung lama-lama mata dia, itu menempah bala namanya ye. Habis segala ketuanan dan maruah ko tergadai.

Okey, mula-mula nak gostan dulu kejadian minggu lepas.

Specs aku sebenarnya tunggu masa je lagi nak dikuburkan. Almaklum la tuan punya specs kan ganas ya amat orangnya. Kalo tak pakai, mesti letak dalam poket seluar. Tau-tau je la poket seluar tu kan kecik je, lagi-lagi kalo jeans. Sebab selalu sangat terperosok, lama-lama bingkai specs aku tu macam dah retak menanti belah je lagi.

Nak dijadikan cerita, ade satu masa tu baru je aku nak sangkut kat hidung tiba-tiba terus patah dua. Mungkin sebab time tu baru lepas makan kat Pecalele. Makan pulak banyak dan gelojoh. *Siap habiskan nasi ngan ayam orang lain lagi.* Jadi aku rasa kadar perkembangan kepala otak aku pada masa tu adalah sangat pesat sekali sampai specs aku pun dah tak boleh nak tampung dah. Maka tamat la riwayat kesan degil beliau di situ.

Ke… sebab hidung aku ni mancung sangat sampai specs boleh terpatah dua?

 
Contoh prototype asli hidung aku

Yayy,ape pun boleh beli specs baru!

Specs baru ni beli kat BJ je sebab Syafiq cakap kat Sungai Dua mahal. Sampai kat satu kedai ni, ade sorang kakak tu layan la aku. Dia tanya, "bajet specs berapa?"

"RM250 je kak."

Sekali ade sorang nyonya ni, merangkap pekerja kat situ jugak tanya, "you kerja kilang ke?"

Astaga, nyonya ni. Mengucap panjang aku sambil memuji nama Ilahi. Ni kalo aku dengar soalan tu lagi sekali ni memang boleh gugur jantung aku kejap lagi. Tapi sebab bila aku fikirkan balik yang Remy Ishak dengan Brandon Routh dulu pun pernah jadi buruh kasar sebelum diorang popular, maka aku anggap yang soalan itu adalah sejenis pujian yang berbentuk tersirat. Hanya golongan cendekiawan macam aku je yang boleh tafsir benda-benda camni. Sangat poyo gila okey aku. *Berpijak pada bumi yang nyata... lalala.*

Lepas dah pilih specs tu, nyonya tu panggil masuk dalam bilik sebab dia nak buat service. *Sila jangan berfikiran di luar tabii.* Bila dah cek mata, nyonya tu cakap power belah kiri 1.75, yang belah kanan pulak 2.00.

Wah, sangat terkejut okey. Penurunan power yang terlampau drastik sebab power sebelum ni 2.75 (kiri) ngan 2.50 (kanan). Mula-mula rasa macam mesin cek mata tu rosak tapi bila cek kat kedai lain pun result dia tetap camtu jugak. *Suka*

Tapi bila cermin mata tu dah siap, aku pakai rasa macam blur-blur lagi. Ape yang lecturer tulis aku rasa macam dia conteng je kat whiteboard tu. Banyak sangat cacing yang berlingkar-lingkar.

Maka hari ni aku pun pergi la balik ke kedai tu untuk cek semula. Sekali cek, nyonya tu cakap hari ni power dah naik jadi 2.50 balik. Sangat sedih okey bila dengar dia cakap camtu. Perasaan tu rasanya mungkin boleh diibaratkan seperti memakan aiskrim Hadgen Dasz dalam mimpi saje. (T_T)

Suka-suka hati je mata aku ni nak tukar power dia. Hari ni 2.50, esok kalo bosan tukar jadi 2.00. Kalo bosan lagi tukar jadi 5.50 terus. Nyonya tu cakap power mata aku sekarang tak stabil.

Bagus, aku harap lepas ni mata aku boleh keluarkan laser pulak.

Beware of me, nyonya!

Sunday, March 7, 2010

Pulangkan cintaku yang telah kau nodai

Salam all.
Dah seminggu tak berblogging rupanya. Tiba-tiba rasa janggal pulak. *Tangan pun dah menggigil macam nak bersalam dengan tok kadi*

Okey.

Ermm........

Hari ni letih sebab ade banyak kerja. Ada macam-macam kerja la... Err... aaa...

Hari ni rasa sang

Hari ni ra...

.........

Ha

...........

#$&%$#*&^$(@

Haisyy... I lost my writing skill again.  -_-"

Friday, February 26, 2010

Kenangan untuk kekasih hatiku

Assalamualaikum. Entry kali ni adalah khas sempena Maulidur ar-Rasul Muhammad SAW 1431H.

Dulu dapat forwarded emel dari Abang Long pasal tinggalan barangan hak milik peribadi ar-Rasul SAW. Sekarang ni baru dapat seru nak publish kat sini. Hihi. Maka dengan ini, mari kita sama-sama menatapnya. Bak kata orang, bila orang yang kita sayang dah takde, baju busuk yang dia selalu pakai tu lah yang asyik kita cium tiap-tiap hari. :-'(

 
Baju gamis ar-Rasul Muhammad SAW

 
Busur ar-Rasul Muhammad SAW

Jubah ar-Rasul Muhammad SAW

Warkah yang diutuskan kepada Kaisar Romawi

Warkah yang diutuskan kepada Heraclius

Warkah yang diutuskan kepada an-Najasy, Raja Habsyah

Serban, baju dan tongkat ar-Rasul Muhammad SAW

Mangkuk minuman ar-Rasul Muhammad SAW

 
Capal ar-Rasul Muhammad SAW

 
Topi perang ar-Rasul Muhammad SAW

Koleksi pedang ar-Rasul Muhammad SAW

Helaian rambut ar-Rasul Muhammad SAW

Bekas tapak kaki ar-Rasul Muhammad SAW

Makam ar-Rasul Muhammad SAW

*Gambar lain boleh tengok kat sini.*

Okey, dah puas tengok? Jom kita baca kisah di bawah ni pulak tatkala saat-saat ar-Rasul menemui ajalnya. Cerita ni agak panjang tapi sangat-sangat memberi kesan dalam sanubari kita. Kalo rasa macam tak larat tu baca sikit-sikit dulu pun takpe, yang penting kita dapat kesedaran darpada cerita ni. *Sedih lagi*

Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia
   aripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.

Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”

Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”

Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”

Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”

Semakin Tenat
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.

Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.”

Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.

Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?”  Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.

Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?”   Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.

Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”

Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”

Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”

Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”

Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”

Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?”   Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.

Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

Kesedihan Sahabat
Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”

Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?”   Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?”   Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?”
(Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”
(Ali-lmran: 144)

Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?”   Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”

Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?”   Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”

Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”

Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.

Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”

Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”

Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”
Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW. 

-Fin-

P.S.: Ingat tak kisah yang Allah nak mengfardhukan sembahyang tahajjud tapi Nabi Muhammad cadangkan supaya sembahyang tersebut disunatkan sahaja sebab dia tau umat dia memang takkan terlarat nak bangun pagi-pagi buta setiap hari. See, sayang betul kan Nabi Muhammad kat kita sampai sanggup tolong defend kita kat depan Tuhan. Jadi, kalo kita sayang kat Nabi, jom kita semayang tahajjud untuk tunjukkan yang kita sanggup bersusah payah demi dia. Sebulan sekali pun takpe, janji kita buat dengan ikhlas dan senang hati. *Sorry kalo kata nama 'dia' tu agak kasar untuk Baginda tapi aku rasa makin 'dekat' bila buat macam tu*