Wednesday, January 12, 2011

2011 ialah jubli perak untuk kami

January 01 - Lee Sungmin, Korean singer (Super Junior)
January 10 - Pradikta Wicaksono, Indonesian singer (Yovie & Nuno) 
January 12 - Gemma Arterton, British actress
January 24 - Mischa Barton, British-born American actress

February 10 - Yui Ichikawa, Japanese actress
February 19 - Björn Gustafsson, Swedish comedian

March 03 - Stacie Orrico, American singer
March 09 - Brittany Snow, American actress
March 23 - Lisa Surihani, Malaysian actress
March 28 - Lady Gaga, American singer and songwriter

April 03 - Amanda Bynes, American actress
April 04 - Eunhyuk, Korean singer (Super Junior) 
April 09 - Leighton Meester, American actress

May 13 - Robert Pattinson, English actor, model, musician and producer 
May 16 - Megan Fox, American actress
May 29 - Jaslene Gonzalez, Puerto Rican/American fashion model 

June 03 - Rafael Nadal, Spanish tennis player
June 06 - Kim Hyun Joong, South Korean actor, model and singer (SS501)
June 11 - Shia LaBeouf, American actor
June 13 - Mary-Kate and Ashley Olsen, American actresses

July 02 - Lindsay Lohan, American actress and singer
July 07 - Agnes Monica, Indonesian singer

August 21 - Usain Bolt, Jamaican sprinter
August 27 - Mario, R&B singer and actor

September 12 - Emmy Rossum, American actress and singer

October 15 - Lee Donghae, Korean singer (Super Junior)

November 01 - Penn Badgley, American actor
November 05 - BoA, Korean singer
November 14 - Yunalis Zarai, Malaysian singer
November 15 - Sania Mirza, Indian tennis player
November 24 - Pedro Leon, Spanish soccer player

December 08 - Amir Khan, American boxer
December 23 - Syahmi, Malaysian job hunter

Tuesday, January 11, 2011

Penjantinaan semula arnab di hadapan rumah sempena 2011

Sebagai seorang pelajar Biologi, saya berasa sungguh malu dengan hal ini. Bukankah sebelum ini saya telah menyatakan bahawa dua ekor arnab yang dipelihara selama ini berjantina jantan?

Itu semua pasu!

Pasu abah kau.

Palsu ye para pelajar sekalian. Harus disebut betul-betul perkataan itu. Idgham tu patut kena tepat pada kedudukannya. Mesti dibaca dengan jelas dan tanpa dengung. *wah, hebat Ustaz Amirul!*

Contoh lain yang menjengkelkan:
1. Hal-hal - Hai-hai
2. Sarsi - Saksi

Baiklah. Seperti yang dinyatakan dalam tajuk di atas, proses menentukan jantina arnab telah diulangi sebanyak 3 kali oleh abang ipar bagi memastikan tiada perkara berbalik berlaku lagi seperti ini. Kali ini telah disahkan bahawa kedua-dua arnab tersebut sebenarnya adalah betina.

Sumpah aku terkejut macam beruk.

Sunday, January 9, 2011

Kalau aku rebel tak nak letak tajuk "Segmen Jom Berkenalan" macho tak?

Hai semua!

tagged by Kiddocrash [member universiti.bukan satu bilik. katil pun semestinya tak sebelah-menyebelah. bukan lahir hari yang sama. negeri pun tak sama. and of course tak sama ic bahagian tengah which is dia 43, aku 38. dia minat korea.jepun.ANIME! aku? err... takat surface-surface tu kira boleh la] oh. sekarang dia jadi pelajar sarjana kat UKM - Universiti Kelakar Mampus [ex-usm]. cool kan perempuan jadi pelajar master? cool.style.gojes.awesome :)

Ye. Copy-paste (dan edit sedikit supaya EndNote tak dapat mengesan penciplakan ini). Syahmi memang pemalas. Tolong ambil nota atau please take note!

You're hired. Nice job!

Tanpa membuang masa lagi, marilah saya sendiri menjawab soalan-soalan itu.

1. Apakah status anda?
Dalam proses... err... hmm. Bukan. Bujanglah! Macam the most eligible bachelor tu tapi yang versi indie punya.

2. Ceritakan tentang diri anda.
Hai, nama saya Syahmi. Berumur 25 tahun dan menetap di Perak. Dulu bersekolah di sekolah depan rumah (bukannya macam Sekolah Kebangsaan Depan Rumah tu tapi sekolah tu dekat depan rumah) sebab lebih santai rasanya pergi sekolah dengan berbasikal sambil singgah di gerai tepi jalan untuk membeli jajan kesukaan yakni Super Ring. Gagal dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (gatal sangat nak ambil kan, amik kau...) tapi sempat bertukar kursus Sains Gunaan Kajihayat di USM - Universiti Suka Makan (tapi belum pasti gemuk).


Sekarang menganggur.

Cita-cita? Rahsia. *bongok sejenak*

3. Ceritakan tentang blog anda.
Blog ni sepatutnya jadi tempat luahan hati peribadi tapi sebab dah jadi public maka fungsi blog ini telah ditukar kepada mode 'parti buih'. Yippie!!!

Oh ye, aku rasa background blog aku ade sipi-sipi sikit macam kad kahwin. (Faz, kenapa kau lurus sangat macam pembaris? Itu lah. Orang dah pesan awal-awal. Tahu tak kalau membakar Oreo Cheesecake sambil bermain Twitter boleh menyebabkan masalah jangkitan nyanyuk berbipolar? Tapi takpe, sikit masa lagi kau akan faham punca sebenar aku berbuat begitu. Hahaharunsalimbachikawasakivespa <--- tak, yang ni bukan kata kunci untuk mesej petang semalam)

4. Pandangan anda tentang dunia blog.
Boleh pandang-pandang,
jangan pegang-pegang,
duduk renggang-renggang,
bertambah sayang... *lempang kuasa enambelas*

5. Nasihat kepada rakan baru buat blog.
Pastikan dah buat benda-benda yang wajib dulu. Pastu baru la boleh tulis blog dengan tenang dan aman. (Sekarang ialah waktu untuk Syahmi sebagai Ustaz Amirul. No long for Ahmad Durrah)

6. Keunikan blog anda.
Kalau tekan simbol pangkah kat penjuru kanan atas tu, blog ni boleh melesapkan diri dengan cara tiba-tiba. Hebat bukan?


7. Sampai bilakan anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Sampai aku lupa password untuk blog ni (sumpah pernah berlaku).
Impian saya dalam dunia blog ini ialah Katy Perry membuat blog peribadinya dan dia menjadi follower saya  :-)

Thursday, December 30, 2010

Tiada watak Doraemon dalam cerita ini

Rupanya selama ini bukan Nobita Nobi dengan Shizuka Minamoto yang dibela tapi Nobita dan Giant aka Takeshi Goda (ah, Suneo Honekawa pun bolehlah!). Abang ipar dah cakap dia nak tukar balik dengan Giant (atau Suneo) kepada Shizuka yang tulen beberapa hari lagi.

Patutlah dah masuk bulan ke-4 pun tak pernah lagi nampak diorang bersenggama.

P/S: Zarep, pinjam anak kau dulu boleh?

Saturday, December 25, 2010

But Syahmi could be missing someone too

 
The stars lean down to kiss you
And I lie awake and miss you
Pour me a heavy dose of atmosphere

'Cause I'll doze off safe and soundly
But I'll miss your arms around me
I'd send a postcard to you dear
'Cause I wish you were here

I'll watch the night turn light-blue
But it's not the same without you
Because it takes two to whisper quietly

The silence isn't so bad
'Til I look at my hands and feel sad
'Cause the spaces between my fingers
Are right where yours fit perfectly

I'll find repose in new ways
Though I haven't slept in two days
'Cause cold nostalgia
Chills me to the bone

But drenched in vanilla twilight
I'll sit on the front porch all night
Waist-deep in thought because
When I think of you 
I don't feel so alone
 I don't feel so alone 
I don't feel so alone

As many times as I blink
I'll think of you tonight
I'll think of you tonight

When violet eyes get brighter
And heavy wings grow lighter
I'll taste the sky and feel alive again

And I'll forget the world that I knew
But I swear I won't forget you
Oh if my voice could reach
Back through the past
I'd whisper in your ear
Oh darling I wish you were here

Monday, November 15, 2010

Curiosity wouldn't kill any cat somehow

Yesterday evening...

  • Met with my ex-schoolmate at Marina Island
  • Haven't met him for quite a long time
  • Had a long chit-chat talking about the other ex-schoolmates
  • Asking who is where, who is doing what, and who else is married

And suddenly...

  • Unintentionally (and with stupidity) told him about my problem
  • To answering his curiosity on why I was wearing 'selipar jamban'

And to my surprise...

He said he is facing with the same problem.

...

Sharing is caring after all.

Saturday, November 13, 2010

Jawatan Kosong: Dr. Love

Salam pagi Sabtu.

Sebenarnya nak tanya sikit, korang lebih suka di'greatest love'kan ke atau di'true love'kan ye?

Faham ke beza 'greatest love' dengan 'true love'? Kalau tak faham jugak cuba rujuk graf kat bawah ni:

Buat graf memang sangat melecehkan

'Greatest love' ni biasanya tahap klimaks nya lebih tinggi berbanding 'true love' sebab kalau tak mestilah tak dinamakan 'greatest' kan? Cuma 'greatest love' ni kadangkala tak ada penghujungnya. Oh ye, klimaks yang disebutkan di sini bukannya macam klimaks masa melakukan seks tu tapi 'spark in love'.

Faham dah bezanya?

Kalau tak faham jugak, cuba ingat balik pasal kisah Imaan dalam cerita Sepi. Imaan (Baizura Kahar) dalam dilema bila dia tak dapat lupakan Khalil (Pierre Andre) yang dah lama mati sebab sembelit *tipu je*. Walaupun Khalil dah lama pergi tinggalkan dia tapi Imaan ni masih lagi tak dapat nak lupakan Khalil sebab cinta dia terlampau mendalam. Lepas tu datang pulak Ian (Sein Ruffedge) yang bisa menggugat jiwa raga Imaan *ceh, bahasa!*. Walaupun Imaan mula-mula menolak cinta Ian sebab masih teringatkan cintanya pada Khalil tapi lama-lama dia terima juga Ian dan akhirnya jatuh cinta sekali lagi. Sekarang, Imaan hidup bahagia bersama Ian sampai akhir hayat tapi Khalil masih tetap ada dalam hati dia sampai bila-bila *sukahati reka sendiri*.

Okey, sekarang dah dapat gambaran pasal perbezaan antara 'greatest love' dan 'true love' kan?

Khalil - greatest love
Ian - true love

Kadang-kadang 'greatest love' boleh jadi 'true love' tapi kadang-kadang jugak dah tersurat manusia ditakdirkan Tuhan diberi rasa dua cinta. Tak ada siapa pun yang mampu mengelak.

Okey, kembali balik pada persoalan tadi, korang lebih suka menjadi 'greatest love' bagi seseorang atau nak jadi 'true love' based on "Cinta tak semestinya memiliki atau dimiliki."

Yang mana lebih istimewa?